Tuesday, November 29, 2011

beku seperti ais

Hai semua! Tiga hari tidak menulis. Sedikit terasa namun tidak sehebat mana. Cuma menjenguk blog kawan-kawan. Update tentang bola sepak, BE Nuffnang, cicak dan macam-macam lagi.

Hari ini aku cuma ingin menulis tentang hati (hati lagi?). Buat kawan-kawan yang tidak pernah merasai keperitan akibat penangan cinta, kamu mungkin tidak berapa mengerti rasa itu. Aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan rasa perit itu. Em. Mungkin boleh dikatakan seperti hati kita dicucuk-cucuk dengan sesuatu yang tajam. Sakitnya tidak tergambar dengan kata-kata. Bisa buat tidak lena tidur. 

Bila kita sayangkan seseorang, kita mengharapkan yang terbaik daripadanya. Give and take bak kata omputeh. Jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha untuk menjayakan suatu hubungan itu manakala satu pihak yang lain tidak ambil peduli, rasanya ia tidak akan ke mana. Sama-sama berusaha. Memahami dan setia antara perkara penting yang perlu ada dalam satu-satu perhubungan. Walau bagaimanapun, manusia ini boleh berubah. Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.

Buat yang pernah kecewa, rasa-rasanya hati akan jadi sedikit beku. Ini tidak merujuk kepada semua ya. Ada yang mudah mendapat pengganti manakala ada yang lebih selesa sendiri. Apa yang aku maksudkan dengan beku di mana hati itu emotionless. Tidak ada perasaan. Tipulah jika tidak ada keinginan untuk bahagia seperti orang lain. Namun pengalaman lalu kadang-kadang boleh bikin trauma. Dan trauma ini menyebabkan kita beku seperti ais. Dingin.

kredit: Google

Tidak dinafikan akan ada insan-insan yang cuba mendekati. Fikirlah dengan sebaiknya. Kenal hati-budinya. Ketahui latar-belakangnya. Biar kamu tahu kamu berkawan dengan siapa. Ikhlaskah atau hanya ingin mengambil kesempatan?

Apa-apa pun, sama-sama berdoa supaya diketemukan dengan insan yang ikhlas menyayangi kita seadanya. Buat kawan-kawan yang baru mendirikan masjid, Tahniah aku ucapkan. Kawan-kawan yang sedang bahagia, aku doakan moga ia berkekalan.

Kamu, terima kasih kerna sentiasa ada untuk aku :)

Friday, November 25, 2011

2 p.m

Ammar looks at his watch. It is already 1.50 p.m. and Aida is not even here. Normally Ammar is the one who is always late. Aida promises that she will wait for Ammar at 2.00 p.m.

"Where are you Aida?" says Ammar. He starts dialing Aida's number but it is unreachable. He tries over and over again. But still no answer.

"Well, I just wait for her. It is just 1.55 p.m"

While waiting for his sweetheart, his mind starts wondering. 

Aida. 25 years old. A simple girl. Always wears Bawal scarfs, long sleeve T-shirts and jeans. She is very good in time management. She loves punctuality and hates procrastination. Aida has a very beautiful smile. And a small dimple on her cheek. Aida always meets Ammar at 2.00 p.m everyday since her break starts at that time. She has to wait for almost 15 minutes for Ammar to arrive. Ammar will apologize every day when Aida starts complaining.

"Hey, Ammar! What are you doing here? Buying some stuffs?" A male voice suddenly struck Ammar's ears.

"Oh, Khairi! Nah, I am just waiting for Aida. She is late you know. It is already 3.30 p.m" Ammar looks at his watch again.

Khairi remains silent before looks at Ammar. "Ammar, Aida is no longer with us. She passed away last month. Don't you remember?"

"What are you saying, Khairi? Aida is not dead. She will come. I know," Ammar's voice starts to change.

"Ammar, let's go home. You come here everyday for Aida. She will not wait for you as always. I am sure she does not want to see you like this Ammar. I know you love her and we both know she loves you more. Let's go home ya"

"Khairi, I miss Aida. I miss her so much. Ya Allah..." Ammar's tears start to run on his cheek. Everybody is looking at him and he does not give a damn. He just wants Aida.

"Remember Allah, Ammar. He knows what is best for you. Everything happens for a reason. Allah loves Aida more. Come, let's go."


:Google:

Wednesday, November 23, 2011

di sebalik .44

Baru sekarang berkesempatan menulis tentang .44. Sebenarnya sejak awal November buku ini sudah berada di tangan aku. Namun kesibukan maha hebat menghalang aku membacanya dengan penuh kosentrasi.

Ini hanyalah secebis pandangan tentang buku Poin Empat Puloh Empat karya Khrlhysm dan Lucifer. Koleksi kispen penuh makna.

Jujurnya aku rasa penulisan dalam buku ini sedikit sebanyak mencarik-carik sel-sel otak kiri dan kanan aku. Termasuk corpus callosumku yang sedikit cedera terkena tempias penulisan di sini. Erm. Aku hanya akan memperkatakan secara general apa yang aku rasa tentang .44.


Penulisan bertemakan seks, dendam kesumat, politik, kebodohan manusia dan fantasi maksima antara intipati yang aku boleh rasa dalam buku ini. Penggunaan laras bahasa dan perbendaharaan kata yang kadang-kadang memeningkan kepalaku. Penuh sastera. Itu lebih tepat rasanya. Padaku, buku ini ringan secara material namun berat secara pengupasannya. Khrlhsym pernah memberitahuku:
Orang kata buku kitaorang 100 muka surat tapi macam seribu ._.
Hisyam, aku tak nafikan perkara itu. Haha! Serius, kepala otak aku menangis kerna dipaksa mencerna isi buku kamu berdua. :)
Orang yang berlari isinya penat, dan orang yang duduk isinya rehat. Sedangkan semua aktiviti di dunia penuh dengan isi tersendiri aku berada di celah-celah dunia lagi satu, tidak punyai apa-apa, aku seperti kertas kosong yang dipenuhi dengan dakwat-dakwat halimunan untuk menulis, aku kosong. Kosong juga berisi sebenarnya, isinya ialah tiada. - Kosong oleh Khrlhsym, .44, 2011
Kamu sudah cerna .44?

Sunday, November 20, 2011

Saturday, November 19, 2011

keputusan kehidupan

Membuat satu-satu keputusan bukan semudah yang disangka. Setiap keputusan yang kita buat bakal mencorakkan kehidupan kita di kemudian hari. Seringkali aku katakan kepada familiku, sahabat-sahabat dan kawan-kawan tentang prinsipku membuat keputusan. 
Membuat keputusan ibarat ABC. Jika kamu memilih keputusan A, kamu harus berfikir apa yang mungkin terjadi kepada  G. Jika kamu memilih N, apa akan terjadi kepada W?
Apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah setiap keputusan yang kita ambil, kebarangkalian untuknya memberi impak kepada kehidupan hadapan masih wujud. Banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum kamu membuat sebarang keputusan.

Acap kali aku melihat tika aku masih bersekolah dan juga masakini, adik-adik yang masih bersekolah rakus menghisap rokok. Sebelum kamu mengambil keputusan untuk menghabiskan wang belanja untuk membeli rokok atau kondom, pernahkah kamu terfikir betapa berhempas pulas emak ayah kamu membanting tulang bagi mencari sesuap nasi? Sebelum kamu mengambil keputusan untuk melucutkan pakaian dan menyerahkan segala-galanya kepada lelaki tanpa ikatan halal, pernah kamu terfikir seksa bagai hendak mati tika emak kamu melahirkan kamu?


kredit: Google

Oh. Itu contoh kurang kool. Lebih enak rasanya jika menggunakan contoh lain.

Selesai sahaja peperiksaan SPM, aku rasa ramai yang membaling kertas-kertas ujian dan bersorak riang. Tanda kemenangan. Perjalanan hidup baru bermula, Dik. Pabila keputusan diumumkan nanti, pemilihan kos/bidang di universiti sangat penting. Pemilihan kos/bidang yang tepat bisa menempatkan kamu di institut perngajian tinggi (tertiary level). Kos/bidang ini sedikit sebanyak mampu membantu kehidupan kamu pada masa hadapan. Itupun jika kamu menggunakan sehabis baik ilmu yang dipelajari.

Kawan-kawan yang sudah bekerja, kamu lebih arif daripadaku. Sebelum menghadiahi diri kamu dengan kad kredit, banyak perkara yang perlu diambilkira. Silap-silap kegembiraan membeli aksesori kereta, barangan kemas, beg tangan Louis Vuitton , Prada, jersi Manchester United mungkin diganti dengan tangisan hiba bila bil mencanak tinggi.

Oh. Satu lagi, buat kawan-kawan yang memilih untuk membuat pinjaman dengan PTPTN satu ketika dahulu, aku cadangkan mulalah membuat pembayaran. Sekurang-kurangnya sedikit tinggi daripada kos pentadbiran. Bukan apa, untuk kesenangan kita di kemudian hari.

Alamak. Panjang berjela lagi entri aku kali ini. Kalau tak larat baca, skip aje. Haha!

Monday, November 14, 2011

pesanan buat kamu

Sesungguhnya setiap daripada kita punya kerumitan tersendiri. Dan setiap darinya punya makna hakiki. Aku pasti kamu sedang mencuba sedaya upaya untuk berdiri menahan segala kerumitan itu dengan segala tenaga yang kamu ada.

Sebelum apa-apa, tolong jaga kesihatan kamu dahulu. Jika suhu meninggi dari biasa aku nasihatkan eloklah kamu berjumpa dengan doktor. Sekarang ni musim tidak sihat. Tolong makan ubat ikut preskripsi. Elakkan ubatan itu tertinggal di mana-mana tempat. Pastikan juga kamu punya ubatan dan minyak angin di rumah. Jika kamu menderita sakit kepala yang amat dasyat, sekurang-kurangnya kamu ada minyak angin cap kapak.

Buat kawan-kawan yang tertekan akibat kerja kursus atau lebih senang kita panggil assignment usah ribut-ribut ya. Kamu hanya perlu lakukan satu demi satu mengikut dateline paling dekat. Aku pernah melalui zaman ini. Aku faham dengan kekalutan dan kesibukan kamu. Tak ape. Yang penting kamu lakukannya sendiri. Bukannya mengupah orang lain atau plagiat hasil kerja orang lain. Kepuasan belajar itu lebih terasa jika kamu buat semuanya sendiri. Utamakan yang utama. Aku kagum dengan kawan-kawan yang punya teman istimewa tika belajar kerna kamu bisa membuat dua kerja dalam satu masa. Bercinta dan belajar. Aku tidak mampu. Dan rentetan dari itu aku hanya memilih untuk belajar. 

Untuk kawan-kawan yang dalam alam pekerjaan, kamu berusaha untuk lakukan yang terbaik dalam apa jua yang kamu buat ya. Perlu mempunyai semangat juang yang tinggi. Kehadiran kata-kata semangat dari keluarga dan teman rapat bisa melonjakkan paras semangat ke tahap tertinggi. Mereka yang sentiasa ada tika suka dan duka memberi impak besar dalam kehidupan.

Oh. Sebelum aku terlupa. Kat sini ada pembaca yang masih bersekolah? Buat adik-adik yang mengambil peperiksaan SPM tahun ni, aku ucapkan 'Selamat Berjuang!'
Tiada kesenangan tanpa usaha. Tiada kesempurnaan tanpa sedikit kesulitan. Selamat menempuh salah satu medan ujian dalam hidup. Ingat Allah dan keluarga. Doa sentiasa mengiringi kamu. I am not going to wish you 'Good Luck' because luck is not counted in this battle. Your continuous efforts and prayers will help you. Do your best!
Kawan-kawan, ujian demi ujian membuatkan kita lebih menghargai semua perkara di sekeliling kita. Kecil atau besar tidak menjadi hal. Yang penting, kamu sentiasa tahu di bumi mana kamu berpijak.

Buat kamu, terima kasih kerna sentiasa ada untuk aku. ^^

Friday, November 11, 2011

demam

Orlando baru sahaja menuruni anak tangga tika dia terlihat Qaisarah berbaring lesu di bawah pohon ketapang. Hasratnya untuk bermain congkak di rumah Dill dimatikan. Jantungnya berdegup kencang bila dia melihat Qaisarah berkeadaan begitu.

"Qaisarah, kenapa ni?" kata Orlando perlahan sambil mengusap lembut leher Qaisarah.

Qaisarah merengus kecil. Pada hemat Orlando, Qaisarah tengah demam. "Sekarang ni memang musim demam. Takpe. Takpe. Gua teman Qaisarah okei," pujuk Orlando sambil berbaring hingga tertidur di sebelah Qaisarah

Dalam masa yang sama Dill tertunggu-tunggu kedatangan Orlando. Janji pukul lima. Sekarang sudah hampir pukul tujuh petang. Batang hidung Orlando pun tak nampak. Dill sarung selipar dan berlari ke rumah Orlando. Dari jauh Dill boleh nampak Orlando sedang enak tidur berbantalkan perut Qaisarah. Dill geleng kepala.

"Weh! Bangun! Bangun! Dah dekat Maghrib ni!" Dill mengoncang-goncang bahu Orlando. Orlando menguit sedikit. Namun matanya masih tertutup.

"Eh, awak! Ni kenapa peluh-peluh ni? Awak tunggu sini, kite panggil emak awak." Berlari Dill memanggil Emak Orlando. Beberapa minit kemudian kelam-kabut Emak Orlando datang. Dia meletakkan tangannya atas dahi Orlando.

"Ya Allah! Dah demam budak ni. Berjangkit dengan si Qaisarah la ni. Terima kasih, Dill. Dill balik dulu. Dah lewat ni. Makcik nak dukung Orlando ni bawak masuk dalam rumah. Hati-hati tau balik," kata Emak Orlando sebelum mendukung anak terunanya masuk ke dalam rumah.

Petang esoknya Dill datang menjenguk Orlando.

"Assalamualaikum, makcik!" jerit Dill.

"Waalaikumussalam. Ha Dill! Masuklah. Tu, dia tengah baring kat ruang tamu."

"Makcik, ni Emak ada buatkan sup ayam untuk Orlando," kata Dill sambil menghulurkan semangkuk besar berisi sup ayam.

"Terima kasih. Susah-susah je. Sampaikan terima kasih makcik kat Emak Dill ye. Pergilah jenguk Orlando tu. Bising mulutnya nak main dengan kawan-kawan. Padahal demam teruk," jawab Emak Orlando. Mangkuk sup ayam bertukar tangan. Dill berjalan menuju ke arah Orlando yang terbaring lesu dan terus duduk.

"Awak. Tu la. Baring lagi kat tengah panas sampai demam. Awak rehat tau. Emak kite ade buatkan awak sup ayam. Nanti awak makan."

"Gua demam rindu," jawab Orlando selamba tanpa memandang wajah Dill.

p/s: ini cerita umur budak 10 tahun (konon)



Wednesday, November 9, 2011

lelaki ini...

Ini hanyalah pendapat peribadi. Kamu bebas untuk setuju atau tidak dengannya.

Kehidupanku belum lagi mencapai separuh abad. Pengalamanku hanya setahun jagung. Namun begitu aku melihat pelbagai rencah dan rentak kehidupan manusia bernama lelaki.

Apa yang aku tahu negara-negara Asia amat mementingkan martabat lelaki. Aku faham lelaki dan wanita punya kedudukan istimewa dalam setiap agama. Termasuk Islam. Aku bukan ingin menentang hukum agama. Tolong usah fikir begitu. Ini hanyalah sedikit pendapat atau pandangan tentang tanggungjawab lelaki dari kaca mata seorang manusia bernama Dilla.

Dalam komuniti aku dapat lihat tika satu-satu keramaian diadakan lelaki dan wanita akan makan pada waktu yang sama. Namun apabila semua sudah kenyang, hanya wanita sahaja bertungku- lumus mengemas dan membasuh pinggan. Sehingga kini aku tertanya-tanya mengapa tiada lelaki turut sama membantu membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga dan periuk kawah? Mengapa biarkan wanita terkapai-kapai sendiri? Lelaki enak-enak menghisap rokok atau berborak sakan di bawah pohon rendang. Walau bagaimanapun bukan semua tempat begini. Acap kali kulihat tika kenduri kahwin ramai jejaka idaman Malaya bertungkus lumus membanting tulang memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Apa yang aku kongsikan hanya sekadar apa yang aku nampak. Keadaan di atas bukan waktu kenduri kahwin. Ia majlis kecil-kecilan. Tapi tak salahkan membantu? Walaupun hanya sebiji cawan?

Itu dalam skop komuniti. Jika dikecilkan dalam skop keluarga, aku lihat perkara sama jua terjadi. Pernah sekali aku terlibat sama dengan acara makan-makan. Selesai makan-makan, habis semua manusia pergi ke ruang tamu. Ada sesetengah anak teruna masuk bilik. Berborak gelak-gelak. Tidak ada cubaan untuk membantu. Tinggal aku dan seorang wanita mengandung. Kami membasuh pinggan bagai nak rak. Aku tidak kisah membuat kerjaan begitu. Tetapi mengapa dibiarkan wanita mengandung itu turut sama terlibat? Aku acap kali menyuruh dia duduk tetapi dia degil mahu membasuh jua. Aku turutkan kedegilan dia. 

Bukan niatku untuk mencari gaduh. Aku jua tahu bukan semua lelaki begitu. Namun aku terkilan sangat-sangat. Tidak ada salahnya jika kamu dan kamu menyumbang sedikit tenaga membantu kami, wanita-wanita ni. Rasanya tidak kering habis peluh jantan kamu. Lelaki dan wanita saling melengkapi. Tidak ada yang melebihi antara satu sama lain. Usahlah asyik mencari kehebatan sendiri dan memperlekeh yang lain. Kita tidak sempurna tetapi kita boleh cuba untuk menjadi sebaik mungkin.

Aku sering terfikir, adakah adik-adik lelakiku bakal berkelakuan begitu? Aku harap sangat-sangat mereka akan ringan tulang membantu isteri dan juga wanita lain dalam majlis keramaian. Bukan duduk sahaja, mengibas-ngibas punggung, memegang surat khabar sambil menunggu secangkir kopi dihantar sampai depan mata. 

Pasti ada akan aku kuat merungut. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Terbuku dari azali. Maaf jika terkasar bahasa.


sekadar hiasan

wordless wednesday #15


*auto-published.

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 2011 part ii

Pagi-pagi selepas subuh aku sudah tercongok depan laptop. Tengok jam, awal lagi. Aku terus mengacau sahabatku. Aku tahu dia belum mandi. Pasti bau macam ikan kat pasar tu ha. Ops.

Tengah syok-syok layan Mukabuku, ayahku membebel. Dia suruh aku urut belakang badan. Bukan badan dia, tapi badan aku. Sejak aku jatuh sebelum ni, aku selalu sakit belakang. Tak nak dengar ayah berceramah dengan lebih lama, aku menjadi anak yang sungguh patuh. Terus ejas-ejas tulang belakang ni ha. Ayah aku bersiap-siap hendak pergi kerja.

Ya, dia kerja hari ni. Adoi.

Lepas solat Aidiladha, terus pergi ke rumah opah. Syoknya tengok pemandangan kampung. Tak ada gambar sebab aku malas nak tangkap. Haha! 


cun tak gelang aku? 

dalam perjalanan nampak kedai ni

Aku pun tak tahu kenapa aku update cerita macam ni. Tak kisah lah. Haha! Cerita raya dill.

Salam Aidiladha!

Saturday, November 5, 2011

Aidiladha 2011

Salam Aidiladha buat semua.

Famili tercinta
Sanak-saudara
Sahabat-sahabat

Walau di mana juga kamu berada, raya tetap raya ^_^

Maaf Zahir Batin :)

Thursday, November 3, 2011

kalau tak nak kena bahan, mesti pandai masak ye

:Awak, saya ni tak boleh dibuat menantu. Tak reti masak.

:Hoho. Yeke menda kecik? Nanti kena bahan dengan orang.

:Ramai orang bahan. Awak tak rasa.
Awak, perkahwinan itu 'menjadi' bukan 'mencari'. I mean menjadi lebih baik dari fasa hidup bujang. Ape yang kurang dibaiki, ape yang tak de waktu dah kahwin tu la diadakan. Semua tak sempurna dan bila kahwin ianya jalan menuju sempurna. Ibadat bukan adat :-)
:Baek. 


Aku membebel bagai nak rak. Karangan jawapan daripada sahabatku buat aku diam. Berfikir dalam-dalam.

Tuesday, November 1, 2011

air mata kehidupan

Manusia dan air mata memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi buat wanita yang sering sahaja dikaitkan dengan air mata. Seperti yang kita tahu ada dua jenis air mata. Air mata kegembiraan dan air mata kesedihan. Okei. Skema sungguh ayat-ayat aku.

Pengalaman seciput dalam kehidupan sedikit sebanyak bisa meruntun jiwa. Acap kali air mata tumpah mengenangkan perlakuan demi perlakuan yang diterima tanpa rela. Hati sudah dilatih menjadi setebal dinding, sekasar pasir dan sekeras batu. Namun rasanya latihan yang diberi masih belum mencukupi. Masih luka berdarah. Meninggalkan parut bernanah. Berbekas sampai mati.

thanks Google.

Tetapi bila menerima kata-kata semangat daripada mereka yang rapat dengan kita, sedikit sebanyak bisa mengubat hati luka. Walau tidak pulih semua namun ia membantu.
Kalo nangeh, kite nak tolong lap air mata die
Terima kasih kawan. Kamu sentiasa berusaha untuk berada di sisi tika aku memerlukan sokongan.  Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas segala jasamu.