Orlando baru sahaja menuruni anak tangga tika dia terlihat Qaisarah berbaring lesu di bawah pohon ketapang. Hasratnya untuk bermain congkak di rumah Dill dimatikan. Jantungnya berdegup kencang bila dia melihat Qaisarah berkeadaan begitu.
Qaisarah merengus kecil. Pada hemat Orlando, Qaisarah tengah demam. "Sekarang ni memang musim demam. Takpe. Takpe. Gua teman Qaisarah okei," pujuk Orlando sambil berbaring hingga tertidur di sebelah Qaisarah.
Dalam masa yang sama Dill tertunggu-tunggu kedatangan Orlando. Janji pukul lima. Sekarang sudah hampir pukul tujuh petang. Batang hidung Orlando pun tak nampak. Dill sarung selipar dan berlari ke rumah Orlando. Dari jauh Dill boleh nampak Orlando sedang enak tidur berbantalkan perut Qaisarah. Dill geleng kepala.
"Weh! Bangun! Bangun! Dah dekat Maghrib ni!" Dill mengoncang-goncang bahu Orlando. Orlando menguit sedikit. Namun matanya masih tertutup.
"Eh, awak! Ni kenapa peluh-peluh ni? Awak tunggu sini, kite panggil emak awak." Berlari Dill memanggil Emak Orlando. Beberapa minit kemudian kelam-kabut Emak Orlando datang. Dia meletakkan tangannya atas dahi Orlando.
"Ya Allah! Dah demam budak ni. Berjangkit dengan si Qaisarah la ni. Terima kasih, Dill. Dill balik dulu. Dah lewat ni. Makcik nak dukung Orlando ni bawak masuk dalam rumah. Hati-hati tau balik," kata Emak Orlando sebelum mendukung anak terunanya masuk ke dalam rumah.
Petang esoknya Dill datang menjenguk Orlando.
"Assalamualaikum, makcik!" jerit Dill.
"Waalaikumussalam. Ha Dill! Masuklah. Tu, dia tengah baring kat ruang tamu."
"Makcik, ni Emak ada buatkan sup ayam untuk Orlando," kata Dill sambil menghulurkan semangkuk besar berisi sup ayam.
"Terima kasih. Susah-susah je. Sampaikan terima kasih makcik kat Emak Dill ye. Pergilah jenguk Orlando tu. Bising mulutnya nak main dengan kawan-kawan. Padahal demam teruk," jawab Emak Orlando. Mangkuk sup ayam bertukar tangan. Dill berjalan menuju ke arah Orlando yang terbaring lesu dan terus duduk.
"Awak. Tu la. Baring lagi kat tengah panas sampai demam. Awak rehat tau. Emak kite ade buatkan awak sup ayam. Nanti awak makan."
39 comments
demam rindu??? dia rindu kat Dill ye..hihihih...
tag Dill
http://ajaratulaswad.blogspot.com/2011/11/soalan-dari-msredcheesecake.html
demam rindu pada seseorang...
=)
ececeh.demam rindu?
:D
demam rindu siapa?hehe
"puuuuiiihhhh." setepek air liur bercampur kahak dill melekat dikepala orlando.
AHAHHAHAHAHAHHA
jatuh hati aku ngan orlando..hahaha..seronoknyer dpt bce citer sal dorg lg ...sweet kapel ! :DDDDDD
mengada ngada orlando tu... tampaq sat g baru tau.
rindu smpy demam..
ouw, it's to0 hurt~~~~~
terbaekk..!!
erk mak dukung orlando?
ngade betui orlando tu ye..hihi
erkkk.. bila nak jumpa sama itu pemilik sebenar disebalik nama orlando?
dy demam rindu kat dill leteww~ ololololo..sweet! keh keh keh ;p
miss dill featured orlando
rancak benar skang,haha
aih, rindu nk menulis macam dulu :)
hehhe..orlando, suka bikin onar ye...
Sambil membaca sambil membayangkan drama latin..
bukan latin le Bdk Mall! 'qaisarah' biasa wujud dalam Boliwood!!
*gagah betul mak Olando nak dukung. dari kecik sampe 10 thn asyik tak menyenangkan mak je.. ;)
cute nye cite ni, pe ag dill, sile masuk minang ustaz romeo sementara beliau masih single
kang nyesal
:D
haha..demam rindu kt dill la tu..dill caring sangat kot..
demam rindu kat sapa tuh!!...hehe.
wahhhh rindu kat dill eh???
untungla ade yg rindu dill..hehehe
luv,
cik ana
peh..power!
cerita btul ke rekaan semata2 nie?? (^^)
hehehehe
gatal orlando ni. hehe
gitu orlando sungguh romantis..hahahaha
suspen ingtakn ada bunuh2 lagi hahahahaha
ada satu perkataan orlando tak di linkkan "kata Emak Orlando sebelum mendukung anak.." :P
ni rindu sape ni haaa???
ekekekeke
walaweyh !!! demam rindu bagai aceyhh weweeiiit
aiyooo, bile lak atok nak masuk dalam citer ni? hihi
haha aouch demam rindu :D
comei...
anak teruna sapa la ni sampai kena dukung kalu demam hihi..
aih, bila imaginasi aku nak sama ngan kamu dill?...
kagum dengan dill
ckp owang die pun same jiwanggggggggggggggggggggg hahahahha
nasib baik qaisara tak senggugut, kalo tak berjangkit kat gua
sedapnya sup ayam panas! lapa nih!
bdk 10tahun dmm rindu eh.hahah..da sunat blm si orlando ni?haha
belum
orlando rindu kat qaisara ke kat dill?
:P
baa~ CAK!!
demam rindu ubatnye kawin...
demam wndu ya ;p
sweet gila cerita nie. hehehe