Hai semua! Tiga hari tidak menulis. Sedikit terasa namun tidak sehebat mana. Cuma menjenguk blog kawan-kawan. Update tentang bola sepak, BE Nuffnang, cicak dan macam-macam lagi.
Hari ini aku cuma ingin menulis tentang hati (hati lagi?). Buat kawan-kawan yang tidak pernah merasai keperitan akibat penangan cinta, kamu mungkin tidak berapa mengerti rasa itu. Aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan rasa perit itu. Em. Mungkin boleh dikatakan seperti hati kita dicucuk-cucuk dengan sesuatu yang tajam. Sakitnya tidak tergambar dengan kata-kata. Bisa buat tidak lena tidur.
Bila kita sayangkan seseorang, kita mengharapkan yang terbaik daripadanya. Give and take bak kata omputeh. Jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha untuk menjayakan suatu hubungan itu manakala satu pihak yang lain tidak ambil peduli, rasanya ia tidak akan ke mana. Sama-sama berusaha. Memahami dan setia antara perkara penting yang perlu ada dalam satu-satu perhubungan. Walau bagaimanapun, manusia ini boleh berubah. Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.
Buat yang pernah kecewa, rasa-rasanya hati akan jadi sedikit beku. Ini tidak merujuk kepada semua ya. Ada yang mudah mendapat pengganti manakala ada yang lebih selesa sendiri. Apa yang aku maksudkan dengan beku di mana hati itu emotionless. Tidak ada perasaan. Tipulah jika tidak ada keinginan untuk bahagia seperti orang lain. Namun pengalaman lalu kadang-kadang boleh bikin trauma. Dan trauma ini menyebabkan kita beku seperti ais. Dingin.
kredit: Google
Tidak dinafikan akan ada insan-insan yang cuba mendekati. Fikirlah dengan sebaiknya. Kenal hati-budinya. Ketahui latar-belakangnya. Biar kamu tahu kamu berkawan dengan siapa. Ikhlaskah atau hanya ingin mengambil kesempatan?
Apa-apa pun, sama-sama berdoa supaya diketemukan dengan insan yang ikhlas menyayangi kita seadanya. Buat kawan-kawan yang baru mendirikan masjid, Tahniah aku ucapkan. Kawan-kawan yang sedang bahagia, aku doakan moga ia berkekalan.
Kamu, terima kasih kerna sentiasa ada untuk aku :)
41 comments
sdg membekukn hti ni.
sentiasa doa yang terbaik ;-)
doakan yang terbaik & sentiasalah minta pertolongan dari Allah :)
kedukaan itu pasti terubat... percayalah
wiwit!! sapa yg ade di sisi kamu tu.
tp putus cinta memang sakit.
T__T
KAMI doakan yang terbaik, amin. :)
jangan risau, ais cepat cair...
hihihi
rasa itu sudah lama kulontarkan jauh ke laut dalam sana~
kudoakan yg terbaik buat kamu, Dill~
hee..
ais cpt cair tau..hee..
:)
insya-Allah pasti ada jodoh y tbaik buatmu...
beku hati tu sama macam alasan tak nak beremotion
akan datang ketikanya kau bertemu dengan yang betul2 ikhlas dalam hubungan.sabar dan sabar.
ais : asrul ilham sany
lelama hati yg beku tu akan cair kalau jumpa orang yg memanaskannya
:D
i'm also writing 50 Tentang Kawan...tp xsiap lagi :) kwn itu peranan juga dlm hdup kite, give and take perlu seimbang :)
Entri Terkini | Done With MMU Terus Balik!
Putus cinta , yes amat menyakitkan .
Sentiasa berdoa mendapat jodoh yang baik . Aminn . (:
soal hati dan perasaan ni memang podih kan
Allah sengaja menemukan kita dgn jdoh yg salah, spya satu hari nti bila kita bertemu dgn jodoh yg sebenar kita akan bersyukur padanya... insyallah....
dah jumpa nanti, jangan lupa jemput ai ye cik Dill.. :-)
tak berani nak lawan ombak yg tak tetap... tapi Dia selalu ada bila kita hadirkan diri kita untuk Dia...
ps: semoga kamu ditemukan dengan yg berhak ke atas kamu... senyum sikit...
ehem..
ira tak jiwang la..haha..;p
dill chill naaa..:)
jodoh ni xyah cari..nt dia dtg..doa je byk2 k..
Hti kamoo beku..
6t ada la tu org yg akn mcairkan hti kamoo..
Hope kamoo cpt cair..
Ngeee
hati ku tidak beku lagi untuk kembali kepada si dia semula. :)
dill. entry awak makin power. nice. ^^
aminnn..apik sentiasa mendoakna yang terbaik untuk sahabat2 apik
pernah merasa sakit kerana cinta
memang benar ia tidak dapat digambrkan dengan kata2.
perit seksa amat.
aku tidak ingin masuk kedalam rasa itu lagi
ade hati...xde perasaan...
hmm...i'm speechless....cause him..i've get hurt!
tapi dah punya KAMU kan? :D
kenapa kita harap yg terbaik drpd dia?
sebab kita pun sudi untuk memberi yg terbaik untuk dia
kan?
nanti pun akan ada yg sudi untuk kamu
:)
menyayangi dan disayangi...sesuatu y didambakan manusia.Semoga kta semua dpt pasangn y dpt membhgiakn kira..aminn ya rabb ^_^
ini topik kegemaran orang perempuan .
dan ya , beku mana yang tak boleh cair ? =)
wah itu dia pengalaman dan nasihan orng yg berpengalaman..
ya tahniah kpd pengntin2 baru di luar sana
Sy selalu kecewa tp lepas tu sy akn berusaha buat org yg kecewakan sy menangis... Oh sy berjaya.. Maka sy riak juger ni..
dh lame xdtg sini, rase mcm byk yg dh berubah :P
thanks dill
nt ira baca ea..
:D
aku paham apa yg kau rasa...
sama2lah kita berusaha untuk mencari pengganti yang lebih baik...chill..:)
betul...doala semoga kita mendapat yang terbaik dariNya..
iqa dah penat jadi baik.
taknak bagi peluang dah. -.-
haha ok,iqa mmg kejam
aku pernah rasa apa yang kau dah rasa.tapi rasanya aku lebih suka rasa macam tuh dari aku tak rasa apa-apa.
aku memang tak pernah rasa sendiri sakit bercinta tu tapi aku pernah rasa masa baca novel . yelahh , kalau dah baca novel sah sah lah kita rasa macam jadi watak utama dalam novel tu kann . hermm waktu tu lahh aku nangis beriya dan sebab tulah aku tak nak kapel ni dohhh
hati yang beku macam ais tu akan cair jugak suatu hari nanti :)
dill update!;p
ke bz tgk tv?hehehe
asrul sedang mempromo diri :D
tak elok dingin terlalu lama, sampai satu tika, rasa tu membunuh hati..
aku doakan kamu dill bahagia dengan cara kamu, Allah tempat kita sebagai hambaNYA untuk memohon doa ..
selamat membeku kan hati.
LALALALALLALALA