Membuat satu-satu keputusan bukan semudah yang disangka. Setiap keputusan yang kita buat bakal mencorakkan kehidupan kita di kemudian hari. Seringkali aku katakan kepada familiku, sahabat-sahabat dan kawan-kawan tentang prinsipku membuat keputusan.
Membuat keputusan ibarat ABC. Jika kamu memilih keputusan A, kamu harus berfikir apa yang mungkin terjadi kepada G. Jika kamu memilih N, apa akan terjadi kepada W?
Apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah setiap keputusan yang kita ambil, kebarangkalian untuknya memberi impak kepada kehidupan hadapan masih wujud. Banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum kamu membuat sebarang keputusan.
Acap kali aku melihat tika aku masih bersekolah dan juga masakini, adik-adik yang masih bersekolah rakus menghisap rokok. Sebelum kamu mengambil keputusan untuk menghabiskan wang belanja untuk membeli rokok atau kondom, pernahkah kamu terfikir betapa berhempas pulas emak ayah kamu membanting tulang bagi mencari sesuap nasi? Sebelum kamu mengambil keputusan untuk melucutkan pakaian dan menyerahkan segala-galanya kepada lelaki tanpa ikatan halal, pernah kamu terfikir seksa bagai hendak mati tika emak kamu melahirkan kamu?
Oh. Itu contoh kurang kool. Lebih enak rasanya jika menggunakan contoh lain.
Selesai sahaja peperiksaan SPM, aku rasa ramai yang membaling kertas-kertas ujian dan bersorak riang. Tanda kemenangan. Perjalanan hidup baru bermula, Dik. Pabila keputusan diumumkan nanti, pemilihan kos/bidang di universiti sangat penting. Pemilihan kos/bidang yang tepat bisa menempatkan kamu di institut perngajian tinggi (tertiary level). Kos/bidang ini sedikit sebanyak mampu membantu kehidupan kamu pada masa hadapan. Itupun jika kamu menggunakan sehabis baik ilmu yang dipelajari.
Kawan-kawan yang sudah bekerja, kamu lebih arif daripadaku. Sebelum menghadiahi diri kamu dengan kad kredit, banyak perkara yang perlu diambilkira. Silap-silap kegembiraan membeli aksesori kereta, barangan kemas, beg tangan Louis Vuitton , Prada, jersi Manchester United mungkin diganti dengan tangisan hiba bila bil mencanak tinggi.
Oh. Satu lagi, buat kawan-kawan yang memilih untuk membuat pinjaman dengan PTPTN satu ketika dahulu, aku cadangkan mulalah membuat pembayaran. Sekurang-kurangnya sedikit tinggi daripada kos pentadbiran. Bukan apa, untuk kesenangan kita di kemudian hari.
Alamak. Panjang berjela lagi entri aku kali ini. Kalau tak larat baca, skip aje. Haha!
18 comments
Hmmmm , now kena start berfikiran terus ke masa hadapan , kita tak tahu , so buat keputusan dengan betul okeyy . yeahh . HAHA , ececece , sis dill tak boleh pergi lah gambar tepi tub pegang Kitab Terfaktab . Hew hew . D:
sy rasa ini lebih kepada persekitaran & mcmna kita dibesarkan..kita dulu diterapkan dgn nilai disiplin yg tinggi & pegangan agama yg InsyaAllah mencukupi..memberi kesan pada cara kita berfikir & membuat keputusan dlm kehidupan..~ bersyukur..
zaman skrg terlalu byk cabaran..iya, dunia makin canggih tp apa gunanya jika nilai murni & sikap positif sukar sekali dijumpai & selalunye keputusan dibuat secara membuta tuli~
abg x bt pinjaman ptptipu. :D sebaik la..yg tgh bt pinjaman ptptn tu pun rasanya x pyh la bazir2 bli bnd karut2.elok simpan lebihan dr byr kos bljr.sbb nti kne byr blk kn. :)berfikir sblm bertindak.
dill kalau emy pilih z,,,ape jadi kat D ye?pikir utk emy boleh? ngeeehh :D
Dill kan aku dah ckp ko emmang setuju punye dengan aku. ko je ni tak nak ngaku.. haaa tengok... (eee apa aku ckp ni?)
soal keputusan ni memang susah nak buat. lagi2 kalau macm aku ni. buat itu salah buat ini salah? apa yang betul ye?
please think wisely.. cewah!
seeloknya, istikharah dulu sebelum membuat pilihan. :-)
uwaa..tak bayar utang lgi...mekasih ingatkan
1.aku selalu rembat rokok abah.
2.abah paksa ambik kos/bidang tue.
3.aku takde kad kredit.
4.aku pinjam duit mak buat belajar.sampai sekarang lum habis bayar.
kesimpulan: saya sayang mak abah.hehe
kalau yg sebelum adalah lebih baik dari kalau yg selepas. berfikir sebelum lakukan..=)
jom bacer kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html
yaaa,
membuat keputusan ibarat bermain catur, perlu difikr apa yang akan jadi pada KING jika BISHOP dialihkan.
LALALALALLALALAL
manusia suka buat hidup susah.
padahal sendiri guna kan lutut bila berfikir.
entah
kehkeh..power dill kasi nasihat..setuju banget!
dulu Nelly ingat lepas habis sekolah , memang bestlah ! merdeka !
then result keluar , dah kena fikir nak masuk mana , kos apa !
hampeh !~!!
last2 masuk f6 sebab rindu kat sekolah ~
=.=
kad kredit paling byk buat muda mudi muflis...ingat tu ^_^
*Nonie xd hutang ngn ptptn.hehhe.tp ade hutang ngn JPA...cmne nk keje kt s'pore cmni..:(
gUA lepas spm dulu Gua cukur semua rambut atas kepala...
choices can kill and save us at the same time...
:D
err, balik kertas tu macam gaya aku je haha pas final exam kat u haha
duk pikir cmne la nk byr ptptn nanti..hoho
*sume bende kena buat keputusan..kalau x, xberjalan lah idOp neh..huhuhu.