Ini hanyalah pendapat peribadi. Kamu bebas untuk setuju atau tidak dengannya.
Kehidupanku belum lagi mencapai separuh abad. Pengalamanku hanya setahun jagung. Namun begitu aku melihat pelbagai rencah dan rentak kehidupan manusia bernama lelaki.
Apa yang aku tahu negara-negara Asia amat mementingkan martabat lelaki. Aku faham lelaki dan wanita punya kedudukan istimewa dalam setiap agama. Termasuk Islam. Aku bukan ingin menentang hukum agama. Tolong usah fikir begitu. Ini hanyalah sedikit pendapat atau pandangan tentang tanggungjawab lelaki dari kaca mata seorang manusia bernama Dilla.
Dalam komuniti aku dapat lihat tika satu-satu keramaian diadakan lelaki dan wanita akan makan pada waktu yang sama. Namun apabila semua sudah kenyang, hanya wanita sahaja bertungku- lumus mengemas dan membasuh pinggan. Sehingga kini aku tertanya-tanya mengapa tiada lelaki turut sama membantu membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga dan periuk kawah? Mengapa biarkan wanita terkapai-kapai sendiri? Lelaki enak-enak menghisap rokok atau berborak sakan di bawah pohon rendang. Walau bagaimanapun bukan semua tempat begini. Acap kali kulihat tika kenduri kahwin ramai jejaka idaman Malaya bertungkus lumus membanting tulang memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Apa yang aku kongsikan hanya sekadar apa yang aku nampak. Keadaan di atas bukan waktu kenduri kahwin. Ia majlis kecil-kecilan. Tapi tak salahkan membantu? Walaupun hanya sebiji cawan?
Itu dalam skop komuniti. Jika dikecilkan dalam skop keluarga, aku lihat perkara sama jua terjadi. Pernah sekali aku terlibat sama dengan acara makan-makan. Selesai makan-makan, habis semua manusia pergi ke ruang tamu. Ada sesetengah anak teruna masuk bilik. Berborak gelak-gelak. Tidak ada cubaan untuk membantu. Tinggal aku dan seorang wanita mengandung. Kami membasuh pinggan bagai nak rak. Aku tidak kisah membuat kerjaan begitu. Tetapi mengapa dibiarkan wanita mengandung itu turut sama terlibat? Aku acap kali menyuruh dia duduk tetapi dia degil mahu membasuh jua. Aku turutkan kedegilan dia.
Bukan niatku untuk mencari gaduh. Aku jua tahu bukan semua lelaki begitu. Namun aku terkilan sangat-sangat. Tidak ada salahnya jika kamu dan kamu menyumbang sedikit tenaga membantu kami, wanita-wanita ni. Rasanya tidak kering habis peluh jantan kamu. Lelaki dan wanita saling melengkapi. Tidak ada yang melebihi antara satu sama lain. Usahlah asyik mencari kehebatan sendiri dan memperlekeh yang lain. Kita tidak sempurna tetapi kita boleh cuba untuk menjadi sebaik mungkin.
Aku sering terfikir, adakah adik-adik lelakiku bakal berkelakuan begitu? Aku harap sangat-sangat mereka akan ringan tulang membantu isteri dan juga wanita lain dalam majlis keramaian. Bukan duduk sahaja, mengibas-ngibas punggung, memegang surat khabar sambil menunggu secangkir kopi dihantar sampai depan mata.
Pasti ada akan aku kuat merungut. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Terbuku dari azali. Maaf jika terkasar bahasa.
sekadar hiasan
36 comments
setuju tu!
dah la kite masak, kite jugak kena basuh pinggan
"tu kerja wanita"
ahhhh itu sume stigma masyarakat
tak salah pun kalo nak ubah
eh emo pulak
hihi
abg sepupu aku rajin tolong org buat kerja2 tu (memasak dan membersih) tiap kali keramaian di adakan kat kg. tapi org kg sibuk ckp abg aku tu yg bukan2. padahal die ikhlas.
ikut apa yg anis nampak ..
kalau kenduri , lelaki yg masak n lelaki yg membasuh.
kalau kat rumah , sekadar kecil2 .. pmpn yg masak n pmpn yg mencuci.
anis ada adik lelaki yg waktu umur dia 10 thn , lepas anis paksa .. tu lah pertama kali dia basuh pinggan yang dia makan sendiri . hahaaa..
adik akn rjin bl nk isi perut die je
dh knyg pinggan mls nk basuh mlainkan dgncara TH tercegat kt tepi sinki tgk dia basuh
harharhar
eh betul tu. hehe. asal lepas majlis je mesti perempuan jugak yang kena. dah la siang penat masak untuk majlis, lepas habis majlis pun perempuan yang membersihkan segalanya. wuuuu
sy x tergolong dlm lelaki itu dila.terus terang sy lg suka di dapur dr duk melepak bwh pohon smbil borak kosong dan isap rokok.sbb sy bkn perokok dan sy suka kje di dapur.terbalik plk dgn pndgn sy..kdg2 sy yg terfikir tgk ank2 dara duk main baby je.pdhal bkn baby dia pun.tp sy plk lelaki yg tlg2 kt dapur.sekian trm ksh dila. :)nmpk sgt bergantung pd tahap kemalasan dan kerajinan seseorg dan kdg2 ego seorg insan bernama lelaki.
give n take.
klu lelaki bersihkan longkang tersumbat depan rumah.ada ke pompuan datang tolong?
ohhh, typical reason. 'itukan kerja lelaki"
dan lelaki selalunya tak mengeluh pun.
ahakss
takpela. kan dpt pahala..suka tak.suka tak?
abang aku pernah cakap, hal2 dapur memang kerja perempuan, lepas tu aku jawab, habis kalau bini hang cuti bersalin depa gak ka kena wat? terus dia diam. laki ni liat sikit dan tunjuk rajin bila depan marka jah. habis kuar slang utara aku. hue hue hue
setuju~
:)
entah . cerit tentang lelaki-perempuan ini takkan pernah habis . yang lelaki mahu begitu , yang perempuan mahu begini . =)
Ish ish, Aaron Aziz ni apalah nak jadi. Hahaha. Selalunya lelaki pemalas ni sebab dari kecil lagi tak dilatih untuk jadi rajin. Tak di asuh dengan kesusahan tapi selalu disuapkan dengan kemewahan. Wallaaa, jadilah koko crunch!
aku berdoa dapat suami serajin & sebaik abang2 & bapak. Aamiiiinnn...
gua kalo malas alamatnyer kena belasah ngan mak gua keh3
maaf diterima.eceh hehe
huntung dapat laki macam kat bawah tu...
apa yang penting , kerjasama :D
errrrrr....
mulianya kalu kerjasama
perangai masing-masing kena ubah.
skeptikal yang pompuan kena wat keja umah, pity.
dah itu lumrah nya orang kita, dari zaman nenek moyang pon camtu kan?
betul 2..kerjasama 2 penting...tapi kdg2 berantung pada cara hidup merekala kan, samaada mereka dimanja kan ke tidak sejak dari kecil..
adek iqa mcm tu.pas makan,letak dlm sinki,blah.ingat ada maid agak nya -.-
geram kan?kdg baju tu,da leptak dlm mesin,tlg pusing spin kan pun depa xnak.lag geram -.-
tak semua,tp kebanyakkan ye.
sape cakap x de laki yg basuh pinggan??hehe..aku di besarkan di asrama penuh dari form 1 lagii..phtu fly g obesi 3 tahun..so, mmg sllu basuh sndri pinggang..
juz bila de pompuan..bg kt diorang je basuh..haha..mengalah katakan..
ni pon kelebihan jadik lelaki jugak ni,boleh sesuka hati je gi lepak macam pondan lembik semacam herghhhh hahha
memang pom kann . but why . dorang tak gentlemen ke dorang tak berapa rajin ? hehe
ermm..x sume jenis laki mcm yg dinyatakan seperti diatas kan...:)
lelaki memang begitu pun.dia punya sifat didayakan dengan perasaan egonya.
dan lelaki-lelaki yang kau harap tak akan jadi macam tuh,pun akan jadi macam golongan lelaki-lelaki yang pertama tadi.
sifat lelaki tetap lelaki.
*aku masih suka kalau basuh pinggan aku sendiri lepas makan.kecuali ianya ditegah.
tapi tak semua macam tu sesetengah tu adalah macam abang-abang kita,hehe
nak marah pun rase cam tak bguna , aishh , haha
Nice entry sis . Setuju ! Sebenar nya kalau ikut kan agama , bukan ke si suami sepatut nya kena menolong si isteri buat kerja rumah and etc . Sebab isteri dah melahirkan anak . Kira nya lelaki pun kena lah tolong sikit , jangan tahu makan jee ke apa . hm .
sme2 la kita bertimbang rasa :)
ade gak lelaki yg rajin ke dapur dan pd hakikatnya mmg dia agak macho..tp seriyesly dia x malu pon utk masak + cuci pggan smua...moge2la beliau itu menjadi peneman hidupku kelak..kikiki =P
luv,
cik ana
lumrah lelaki kot.
hero-hero kampung rain memang basuh pinggan mangkuk, cawan, bancuh sirap sume - tu masa kenduri kendara.
hoho cepat la gi minang depa.
satu hal lagi yang melibatkan lelaki dalam keluarga utamanya, berbalik pada sikap, cara didikan dan lumrah.
nak pertikai, tiada sudah.
Salam Dilla, suke entry ni... betul gak laki ni malas, bile ade ramai org je baru rajin, pandai ckp dr buat... mcm g market la jugak, para suami just tunggu dlm kete biarkan isteri angkat bakul berat2 bwk makanan, then blk isteri yg cuci makanan&masak... skop kerja lelaki sgt² kecik, kalau di ikutkan dalam Islam, tugas seorg Isteri just melayan suami&jage anak... so para lelaki wake up, bile cite pasal syurga&neraka korg pandai lak, tapi bile cite pasal keje dapur korg paling "hampeh"... just sekadar pandangan, kadang aku hangin tgk org yg g market just duduk dlm kete bace paper, padehal bini korg sibuk mencarik makanan utk penuhkn perut korg... hidup kena ade kerjasama, xleh laki je nk senang, pempuan pn ade hak dia... k la, adios... marah ke ni?hahaha