Tuesday, January 12, 2010

2010 - tahun berjimat cermat

Tahun baru kali ini kita diserikan dengan kenaikan harga gula. Tambahan 20sen daripada harga asal. Sebaik sahaja pengumuman keluar, syarikat roti berebut-rebut menaikkan harga roti pula. Gardenia, High 5, Mighty White dan macam-macam jenama lain lagi. Aduh...:sweaty:

Hampir semua bajet dikurangkan untuk setiap perkara. Kata mereka, untuk menyelamatkan negara kesayangan kita. Jika kita berniat baik, Insyaallah, Tuhan akan memberikan pulangan yang baik kepada kita. Tidak semestinya dalam bentuk kebendaan atau duit yang berkepul-kepul.

Jika kita mempunyai keluarga yang bahagia, bukankah ia satu rahmat dari Tuhan? Salah satu hadiahNya kepada kita, bukan begitu? doa

Apakata kita renungkan bersama. senyumkenyit

Aku juga perlu berjimat-cermat. Kebetulan aku belajar di kawasan yang penuh dengan institusi pendidikan. Maka secara tidak langsung harga barangan di sini melangkaui bajet kami sebagai pelajar.

Sekarang ini aku dan rakan-rakan serumahku dalam proses mencatu perbelanjaan. Makanan tidak terkecuali. Rasanya, banyak juga stok makanan segera di dapur tu. Hehe. Teringat pula keadaan semasa elaun lambat masuk. Sampai aku menulis satu entri di blog. Haha! :tsk:

Insyaallah, aku akan cuba bertahan selama mungkin. Cuba menjadikan bantuan kewangan dari ibu dan ayah sebagai pilihan terakhir. Bak kata orang putih, last resort. └( ̄▽ ̄*)


*Encek Q: jangan cakap banyak-banyak. nanti makin sakit.