Thursday, January 7, 2010

sekolah praktikum

"Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam?" :hilo:

Berkerut dahi Puan Rashidah apabila mendengar nama bakal sekolah praktikumku. Jelas sekali beliau tidak pernah mendengar nama sekolah tersebut. Aku sudah menjangkakan perkara ini. Haha! Ada desas desus mengatakan bahawa sekolah itu berada kira-kira 40 minit Batu Rakit. Aku cuak. Adakah aku terpaksa keluar rumah pada pukul 6.30 pagi pada setiap hari? Bangun pukul 5 pagi? Aduh...:galit:

Aku dan Kak Yana mengambil keputusan untuk pergi menjenguk sekolah tersebut. Kak Yana set meter kereta manakala aku set masa perjalanan. Kami pergi bersama-sama dua orang sahabat dari unit Pemulihan. Kami melalui jalan lama ke Kuala Berang. Ia mengambil masa kira-kira 30 minit/21km untuk sampai ke sana. Kak Yana nampaknya bersetuju dengan jarak sekolah itu. Rasanya dia tidak ada masalah untuk memandu ke sana.

Kalau mengikut kajianku dan Kak Yana, sekolah itu merupakan sekolah cemerlang di Terengganu. Kategori Luar Bandar/Gred A. Berdebar-debar juga hati ini memikirkan tentang diri ini. Mampukah aku? :sweaty:

2 comments

January 8, 2010 at 8:57 AM

good luck dill

January 8, 2010 at 9:18 AM

thanks Anis :)

Post a Comment