Monday, January 25, 2010

hendak potong rambut ala-ala Jennifer Love Hewitt la!

Kebetulan semalam kami pulang awal dari sekolah. Tiada mesyuarat. Yay! Kak Yana bertanyakan kepada aku sama ada aku ingin memotong rambutku. Aku pun, kata okay. Kami memilih kedai yang paling dekat dengan kawasan perumahan kami. Jenguk-jenguk juga. Manalah tahu, kedai gunting untuk si Adam.

"AMARAN! LELAKI DILARANG MASUK"

Ah ha! Tanda di hadapan pintu masuk sudah menjanjikan kelebihan. Kalau boleh, aku tidak mahu kaum Adam masuk ke kedai sewaktu tukang gunting sedang syok-syok menggunting rambutku. Tidak rela dinoda secara tidak langsung!

TIba-tiba, pintu dibuka dari dalam.

"Kak, saya hendak potong rambut,"

"Em, masuklah,"

Aku pun masuk dengan bersemangatnya. Baru sahaja melangkah satu kaki, mataku terpaku pada insan di hadapanku. Kemudian, aku menoleh ke kiri. Aku terpempan. Kenapa mereka ada di sini? Di dalam bilik kecil itu, penuh dengan manusia. Ada Hawa dan juga Adam yang memakai topeng Hawa. Aku terkedu di situ. Lalu aku menoleh ke arah Kak Yana.

"Alamak, kak! Saya rasa saya tertinggal barang di luar. Jom kita ambil,"

Kak Yana yang turut terkejut, mengekori aku dari belakang. Kami sama-sama tidak menyangka bahawa amaran yang ditampal di pintu mempunyai ironinya tersendiri.

Persoalannya, si Adam yang bertopengkan Hawa itu fikir dia Hawa tulenkah? Dia tiada kena-mengena dengan kertas amaran tadi?

Aku tidak tahu sama ada aku hendak gelak, protes atau ada perasaan lain yang aku sendiri tidak dapat menafsirnya?

Kecewa.




*ini hanyalah gambar hiasan semata-mata


4 comments

Mrs.Mior
January 27, 2010 at 12:33 PM

OhhhhhHhhh sgt xmunasabah~

January 27, 2010 at 8:33 PM

tu la. pelik.

January 28, 2010 at 2:45 PM

hahahahahahahahahaha (gelak guling2).......adam bertopengkan hawa...epic la ayat ko!!!

January 28, 2010 at 7:12 PM

huhuhu! ko pun gelak sakan ha...

Post a Comment