Monday, January 4, 2010

aprisiasi buat Dyah

Jika aku tidak tersilap, semalam aku bersembang dengan Dyah di Yahoo Messenger. Dia excited dengan tajuk entriku (entri khas untuk Encek Q).

"Entri untuk saya tiada ke?" Okay, ini bukannya ayat yang Dyah gunakan. Terlalu skema. I have paraphrased her words . Hehe http://emo.huhiho.com

Jawabku, "Insyaallah. Saya akan menulis apabila saya ingin menulis. Jika ada idea. Kalau tanpa mood dan idea, saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat pertama. Jika tiada ayat pertama, sudah tentu tiada ayat penutupnya, kan?

Seingat saya, saya mengenali Dyah sewaktu tahun ketiga saya di universiti. Kami sama-sama mendiami bilik yang sama cuma compartment berbeza di tingkat paling tinggi di salah sebuah asrama di sana. Apabila saya melihat Dyah buat kali pertama, saya ingatkan dia pelajar fakulti Pengajian Islam. Tetapi, hakikatnya, dia pelajar fakulti lain. Tekaan saya silap sama sekali. Kami berbual, memperkenalkan diri masing-masing. Saya tidak pandai berbual dengan orang yang baru saya kenali. Saya perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri. Namun, akhirnya kami kenal-mengenali antara satu sama lain.http://emo.huhiho.com

Lama-kelamaan kami menjadi serasi. Memang seronok berborak dengan Dyah. Dyah orangnya penuh ekspresi. Maksud saya di sini, apabila Dyah menceritakan sesuatu, dia akan bercerita dengan bersungguh-sungguh dan saya seronok mendengar ceritanya. Saya selalu cakap banyak dengan awak ke, Dyah? Kadang-kadang saya sendiri tidak tahu.http://emo.huhiho.com

Pada waktu itu, saya sangat suka menonton animasi Jepun, Naruto. Ketika saya asyik menonton salah satu episod Naruto, Dyah masuk ke compartment saya.

"Awak buat apa tu, Dilla?"
"Oh, saya tengok cerita animasi Naruto ni"
"Yeke? Best tak?"
"Saya suka lah"
"Nanti saya nak tengok jugalah!"

Aku rasa, sehingga sekarang Dyah masih meminati Naruto. Aku? Sudah lama aku tinggalkan dunia itu sejak aku bekerja selepas graduasi. Tidak sempat. Hehe. http://emo.huhiho.com

Dyah masih ingat tak, kita pernah bersengkang mata hanya untuk menonton drama Korea. Sampai pukul tiga pagi. Maaf, saya sudah terlupa tajuk drama tersebut. Saya rasa mata saya pada waktu itu sudah seperti mata beruang panda. http://emo.huhiho.com *ini bukan beruang panda ye. Hehe.

Kenangan memang indah, kan? http://emo.huhiho.com

Memang mudah untuk mencipta kenangan. Namun, sukar sekali untuk kita melupakan kenangan itu. Walaupun kenangan itu pahit dan perit, ia masih terkesan di jiwa. Kenangan manis sehebat gula sudah pasti menjadi pengubat duka lara.http://emo.huhiho.com

Buat Dyah:
Saya sudah siapkan satu entri khas untuk awak. Maafkan saya jika ada kesilapan, ya? Saya tidak pandai bermadah pujangga. Hanya tahu menulis ikhlas dari hati. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya. http://emo.huhiho.com

2 comments

January 9, 2010 at 10:53 PM

awak...perasan tak?

kita takde gambar bersama...huhu

January 10, 2010 at 12:49 PM

hehehe...

tu la...nak buat macam mane...

Post a Comment