Sunday, January 10, 2010

jangan lupa lirik...

"Okay, saya mahu kamu semua cipta lirik lagu berdasarkan lagu kanak-kanak. Nursery Rhymes,"

Satu kelas berpandangan sesama sendiri.

"Apa subjek major dan minor kamu?"

"Bahasa Inggeris, Matematik dan Kajian Tempatan, Encik"

"Okay, buat tiga lirik lagu. Tapi mesti ada kena mengena dengan Bahasa Inggeris, Matematik dan Kajian Tempatan. Eh, senang sahaja. Saya bukan suruh kamu cipta lagu. Cipta lirik sahaja. Kamu sediakan hard copy dan soft copy ya?"

"Kami perlu nyanyikan lagu-lagu itu ke, Encik?"

"Mestilah. Saya akan mainkan minus one dengan organ. Kamu, dalam kumpulan akan menyanyi bersama-sama."
Alamak!!!

Kami semua sibuk mereka lirik. Hendak pilih lagu yang mana ya? Twinkle, Twinkle Little Star? Old Mac Donald had a Farm? Clementine? fikir

"Eh, macam mana hendak reka lagu pasal Matematik ni?" tanyaku. "Saya kalau bab reka-reka lagu atau lirik ni, memang tiada harapan." sambungku lagi. :sigh:

Masing-masing berkerut dahi memikirkan perkataan yang sesuai. Nasib baik Bahasa Inggeris dan Kajian Tempatan sudah disiapkan awal-awal lagi. Muka bingung. :hilo:

"One little two, little three, little Indian...bla..bla..bla.. Lagu tu boleh tak?" tanya Dayang. "Kita tukar la lirik." "One plus two plus three plus four...bla..bla...Sampai mati tak habis!" :sigh:

Kami ketawa. :ahaha:

Sambung berfikir sehingga azan Asar berkumandang. Tidak lama kemudian, mungkin hikmah dari azan, salah seorang dari sahabatku mula mengeluarkan perkataan yang chantek.

"Cepat tulis! Nanti lupa!" :scream:

Kalut Kak Yana menulis. Akhirnya siap. Alhamdulillah. doa

Macam mana lah kami menyanyi esok, ya? :sweaty:

*off topic: Encek Q tak anta sms pon. sedihnye.

2 comments

January 11, 2010 at 8:42 PM

huhuhu aku teringin nk dengo lagu korang!!!!

January 11, 2010 at 9:37 PM

haha! tengah hari tadi kami menyanyikan lirik ciptaan kami. It was fun!!!

Post a Comment