Monday, November 14, 2011

pesanan buat kamu

Sesungguhnya setiap daripada kita punya kerumitan tersendiri. Dan setiap darinya punya makna hakiki. Aku pasti kamu sedang mencuba sedaya upaya untuk berdiri menahan segala kerumitan itu dengan segala tenaga yang kamu ada.

Sebelum apa-apa, tolong jaga kesihatan kamu dahulu. Jika suhu meninggi dari biasa aku nasihatkan eloklah kamu berjumpa dengan doktor. Sekarang ni musim tidak sihat. Tolong makan ubat ikut preskripsi. Elakkan ubatan itu tertinggal di mana-mana tempat. Pastikan juga kamu punya ubatan dan minyak angin di rumah. Jika kamu menderita sakit kepala yang amat dasyat, sekurang-kurangnya kamu ada minyak angin cap kapak.

Buat kawan-kawan yang tertekan akibat kerja kursus atau lebih senang kita panggil assignment usah ribut-ribut ya. Kamu hanya perlu lakukan satu demi satu mengikut dateline paling dekat. Aku pernah melalui zaman ini. Aku faham dengan kekalutan dan kesibukan kamu. Tak ape. Yang penting kamu lakukannya sendiri. Bukannya mengupah orang lain atau plagiat hasil kerja orang lain. Kepuasan belajar itu lebih terasa jika kamu buat semuanya sendiri. Utamakan yang utama. Aku kagum dengan kawan-kawan yang punya teman istimewa tika belajar kerna kamu bisa membuat dua kerja dalam satu masa. Bercinta dan belajar. Aku tidak mampu. Dan rentetan dari itu aku hanya memilih untuk belajar. 

Untuk kawan-kawan yang dalam alam pekerjaan, kamu berusaha untuk lakukan yang terbaik dalam apa jua yang kamu buat ya. Perlu mempunyai semangat juang yang tinggi. Kehadiran kata-kata semangat dari keluarga dan teman rapat bisa melonjakkan paras semangat ke tahap tertinggi. Mereka yang sentiasa ada tika suka dan duka memberi impak besar dalam kehidupan.

Oh. Sebelum aku terlupa. Kat sini ada pembaca yang masih bersekolah? Buat adik-adik yang mengambil peperiksaan SPM tahun ni, aku ucapkan 'Selamat Berjuang!'
Tiada kesenangan tanpa usaha. Tiada kesempurnaan tanpa sedikit kesulitan. Selamat menempuh salah satu medan ujian dalam hidup. Ingat Allah dan keluarga. Doa sentiasa mengiringi kamu. I am not going to wish you 'Good Luck' because luck is not counted in this battle. Your continuous efforts and prayers will help you. Do your best!
Kawan-kawan, ujian demi ujian membuatkan kita lebih menghargai semua perkara di sekeliling kita. Kecil atau besar tidak menjadi hal. Yang penting, kamu sentiasa tahu di bumi mana kamu berpijak.

Buat kamu, terima kasih kerna sentiasa ada untuk aku. ^^

42 comments

November 14, 2011 at 5:45 PM

(^^,)

November 14, 2011 at 6:27 PM

"I am not going to wish you 'Good Luck' because luck is not counted in this battle. Your continuous efforts and prayers will help you. Do your best!"

gudluck jugk dill :)

November 14, 2011 at 6:29 PM

huhu! 'tacing' la cik dill..

*pretend to be strong.. ;)

Anonymous
November 14, 2011 at 6:57 PM

buat adik2 yg nak SPM, uncle nak pesan supaya jangan risau kalo exam percubaan kamu dapat 13 F bukan 13 A, kerna uncle juga penah mengalaminya...

jadi orang jugak...

keh3

orlando ahmad
November 14, 2011 at 6:57 PM

laa lupe nak log in akaun, tak pasal2 Gua jadi anon

keh3

November 14, 2011 at 8:01 PM

kehkehkeh. Rilek2.

November 14, 2011 at 8:14 PM

Oh,

kali ni kau tak mention nama aku. Bagus !


AHAHHAHAHAHAH

November 14, 2011 at 9:08 PM

pasti tersenyum puas jika usaha itu mendatangkan hasil~ ^^

November 14, 2011 at 9:33 PM

esk paper kedua terakhir
dan mlm ni TH dh rs puas stdy =.=''

November 14, 2011 at 9:34 PM

untuk akukah?

November 14, 2011 at 9:47 PM

yes asgment , huh tengah final nih pun saya still mengadap asgment , ape laa nasibb . hew hew *ya sekarang musim demam .

November 14, 2011 at 9:58 PM

esainmen dan lecturer garang tu adalah ujian jugak, tapi susahnya saya nak hadapi ujian ni.... huhu :'(

November 14, 2011 at 10:45 PM

malam ni sy rs sgt sedih.k bye! ;(

November 15, 2011 at 12:09 AM

a'ah skrg musim bz... bz keje, esemen, exam... takde sape blh tlg kita selain kita sndiri kan...

November 15, 2011 at 12:43 AM

hehe.. suka ayat "I am not going to wish you 'Good Luck' because luck is not counted in this battle. Your continuous efforts and prayers will help you. Do your best!"

eheee.. tanpa usaha tak ada ada kejayaan yang datang bergolek.semuanya dengan usaha, doa, tawakal. :)

November 15, 2011 at 2:48 AM

saya masih bersekolah kakak..aku tipu..Ahaks! yang dulu mesti didahulukan..kan?selamat berjuang ye..

November 15, 2011 at 7:55 AM

walau esok masa depan, mungkin berhadapan dengan pelbagai kemungkinan, hadap apa saja dengan senyuman.nie pesan mak.hehe

November 15, 2011 at 10:46 AM

hidup tanpa masalah = orang gila

November 15, 2011 at 11:31 AM

teruskan hidup.
thanks Dill sebab bagi semangat

November 15, 2011 at 12:11 PM

life is AWESOME

:D

November 15, 2011 at 12:15 PM

moga baik2 saja sayang

November 15, 2011 at 1:21 PM

nice sharing...

November 15, 2011 at 1:34 PM

yes betul..tiada usaha..tiada kesenangan

November 15, 2011 at 2:15 PM

dari tekanan kita mengenal usaha... dari usaha kita mengenal kejayaan.........

November 15, 2011 at 3:01 PM

ko tolong aku wehh hadapi tekanan ni hehe

November 15, 2011 at 3:22 PM

kakak sy seteres takley jwb paper bm ritu sbb sy lama dok togo.. sedihlah kakak.. mak kate lau gagal bm sijil SPM batal.. Sia2lah sy blajo lama gile nk mati..

November 15, 2011 at 8:28 PM

entri ni mcm sesuai utk sy je..hihi

ok! teruskan usaha selagi mampu =)

November 15, 2011 at 10:53 PM

usaha doa tawakal :)

November 16, 2011 at 2:18 AM

dugaan datang silih bergnti menguji kekuatan hambaNya...

terus berusaha dan sentiasa lakukan y terbaik utk menghadapinya

November 16, 2011 at 10:13 AM

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


jaga diri dan makan ubat Dill. :)

November 16, 2011 at 11:25 AM

tq dill..akan sntiase kaklimah ingt nasehat ni ^_^

November 16, 2011 at 12:28 PM

atok pun pernah jatuh teruk gak masa dulu.....alhamdulillah sekarang baru nak mengecapi kesenangan

November 16, 2011 at 5:02 PM

mohon berkongsi pesanan ini untuk ingatan diri sendiri..... =)

November 16, 2011 at 5:05 PM

ada sedikit yang aku boleh kutip sepanjang teks kau .

terima kasih . =)

November 16, 2011 at 6:20 PM

aku pulak suka buat keje last minute. memang last minute punyalahh . mehheh

November 16, 2011 at 7:12 PM

berusaha tanpa kenal erti putus asa....xsng nk jd sbg....gudluck spm cndidate :)

November 16, 2011 at 7:17 PM

tak susah utk jadi susah
dan bukan senang utk beroleh kesenangan .. >_< hidup harus di teruskan walau tersungkur d tgh jalan..

November 16, 2011 at 8:03 PM

14 dec ni kite exam.skng kena pulun hbs hbs.doa kan iqa.
selamat berjuang syg.

November 17, 2011 at 4:20 PM

yang penting utamakan mana yg lebih utama dan wat kerja secara terususn. ye tak?

November 18, 2011 at 12:58 AM

nice :)

speechless.

November 18, 2011 at 8:04 AM

haa,terima kasih. terimakasih.

November 23, 2011 at 2:02 PM

haha prlondo buat lawak plak kat ats tu..

entry ni bagi aku semangat!

Post a Comment