Nuffnang ada mengadakan sambutan Hari Blog atau Blogs' Day pada hari ini. Teringin juga menjadi sebahagian daripada sambutan ini. Cuma perlu ceritakan tentang enam blog yang diminati. Semestinya banyak blog yang kamu adore kan? Ceritakan tentang enam blog bukan satu masalah besar kan?
Pada pendapat aku blog garapan Aiman Azlan ini penuh dengan mesej Islamik. Cara dia menyampaikan suatu perkara dengan buah fikirannya sendiri. Santai tetapi penuh makna.
http://mybacteria.blogspot.com/
Salah seorang kenalan blog aku. Senang berbicara dengannya. Penulisan Ghost Writer penuh dengan makna tersendiri. Aku tidak tahu orang lain tetapi kadang kala aku perlu lama berfikir sebelum memberikan sebarang komen dalam blognya. Bait-bait perkataan yang digunakan lebih kepada bahasa nusantara. Usah malu bertanya jika kamu tidak faham coretan penulis ini. Aku pun tengok kamus kadang-kadang. Hehe
HS menggunakan pendekatan kartun untuk menceritakan segala-galanya. Kartunnya tidak kompleks dan senang untuk difahami. Kalau kamu sudah bosan untuk menghadap tulisan yang panjang lebar, singgah sebentar ke blog HS. Pasti kamu tersenyum lebar ^^
Okei. Ni pun blog yang menggunakan kartun sebagai perantara antara dia dan pembaca. Memang lawak penulisan dia. Suka singgah dan gelak sorang-sorang bila lepak blog ni. Kartun simple membuatkan kita lebih santai dan seronok untuk membaca sambil ketawa.
Suka sangat menjenguk blog Cik Cha ni. Pelbagai gambar menarik Cik Cha muatnaik dan dia turut sama menyelitkan sedikit perasaan bersama gambar dengan menulis beberapa bait kata-kata. Sambil layan gambar menarik, baca sekali kata-kata indah Cik Cha ^^
Seorang penulis. Penuh imaginasi tersendiri. Sangat suka membaca penulisan dia di blog. Aku sedang bertungkus-lumus mencari novel terbaru dia, Sekebun Bunga Cinta. Namun masih belum ketemu. Entri-entri dia bisa buat kita ketawa. Senang membaca entri dia. Dia juga seorang yang peramah. Tidak lokek senyum. Lesung pipit yang mahal tu =)
Ini hanyalah sebahagian daripada blog-blog yang aku minati. Ada banyak lagi yang lain. Kamu semua sentiasa di hati.
i heart u.