Penulis Hantu terduduk keletihan setelah seharian menyusun stok-stok barangan runcit yang baru sampai pagi tadi. Kedai runcitnya lengang waktu lewat petang. Dia terpandang basikal tua miliknya. Walau sudah uzur namun masih bertenaga membawa badan Penulis Hantu yang kerempeng itu. Penulis Hantu tersenyum sendiri. Teringat kisah lama.
Penulis Hantu mengayuh basikal laju-laju. Sudah hampir masuk waktu Maghrib dan dia masih di luar. Dia menyalahkan dirinya kerna terlalu asyik bermain bola sepak sampai tak ingat dunia. Penulis Hantu menyusuri jalan kampung dan tidak semena-mena ada sebuah basikal lain muncul dari simpang berdekatan.
Dum! Basikal mereka berlaga. Kedua-duanya jatuh.
"Aduh, sakitnya tulang belakang aku!" keluh Penulis Hantu. Matanya memandang tepat kepada empunya basikal yang satu lagi. Seorang gadis!
Gadis itu memegang kepalanya. Pening barangkali. Dia membetulkan cermin mata yang senget akibat jatuhan tadi. Dia mengangkat kepala dan turut memandang Penulis Hantu.
"Maafkan saya," katanya.
Penulis Hantu terkedu. "Eh, tak pe-tak pe. Salah saya. Laju sangat tadi. Saya Penulis Hantu, Cik ni nama apa?
"Keropi." Mereka tersenyum sesama sendiri
"Uncle!"
"Opocot!" Penulis Hantu melatah.
"Hahaha! Uncle berangan ye. Senyum sorang-sorang. Nasib baik Orlando tak de kat sini. Kalau tak, kena bahan la Uncle ni." Dill sengih
"Aduh. Kamu ni Dill. Kus semangat Uncle. Ha! Nak beli apa ni?"
"Nak bawang setengah kati"
Jom baca!
cintaku ibarat udara: kenangan ramadhan [versi Dill] / cintaku ibarat udara: kenangan ramadhan [versi Orlando]
27 comments
Cik Dill..kamu ni ade aje ideanya~ ;p
Sal x dpt jadik pelakon, jadik watak lam cite cik Dill pun jadi la kan..haha
aisyehhhhmen... dah masuk watak penulis hantu la pulak... kacau daun betul la... nak cerita dill dan orlando jea...
keropi? lawaknye nama..:D
fulamak, cite pendek sambil guna nama2 artis fofuler ni
;D
wah, gua konfius ni, camne Gua bleh tertinggal cerita bab yg merajuk tu? huhuhu
Da boleh da ni slow2 tulis novel ni Dill..hi3
hahahah,
best baca cerita tipu. Nak lagi, nak lagi !!
kesian penulis hantu..hehe
amboih.. cite cinte gitu.. :-p
tapi penulis hantu tu berbadan tough. ekekeke.
satu pertembungan yang manis :D
hehe terlanggar betul2 ke??
bawang setengah kati?hahahaha
nasib baik hantu kena ikat bulan2 posa ni, kalo tak siap ngko aku bahan hahahaha
uit TK, apa plak kacau daun..TK jelez la tu nak watak jugak..hehe~ =p
bawang setengah kati??hehe
nak halau penulis hantu ke beli bawang2 banyak tu
En.Penulis Hantu sedang bertafakur cum hibernate bersama teman yg sekutu dengannya..
*'keropi' itu kerempeng yang AFTER yek?? (>.<)
hahah..uncle berangan ke dill yg berangan ni. :)
haahhahahaa. lawak je. kuat berangan tol uncle. hehe
Jom Tukar bloglist? : Segmen Tukar Bloglist
aik keropi?
ade satu watak kartun katak tu pun nama keropi hihi
p/s: first time singgah sini, tau dari belog ABU xP
cikgu dill kuat berangan la..hehe
banyaknye bawang :)
AMARAN 18 SG : UNTUK YANG BERANI SAHAJA
sempat pulak uncle tu berangan ye?? hahah, kelakar :D
smoga cepat sembuh dill... =(
haha, ade je cerite dill ea=)
Ankel itu suke mkn buah beranganlah rasenye.. Yeh.. Ce tnye dill ce tnye.. Ehh~
hakikatnya,aku bukan peruncit.aku adalah perompak kedai runcit.