Tuesday, August 2, 2011

kotak ubat gigi #2

"Aduh, pedihnya! Apa ni cik!" lelaki itu berlari sedikit jauh dari Aisyah. Dia mengelap muka dengan hujung bajunya. Matanya terkedip-kedip menahan kepedihan.

Aisyah tergamam. Kotak ubat gigi masih digenggamannya. Matanya merenung lelaki itu. Aisyah membuat muka hairan bercampur takut.

"Kau siapa ha?! Kenapa kau usik-usik aku?" Aisyah meninggikan suara. Mahu tunjuk berani. Padahal dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

Lelaki itu menoleh ke arah Aisyah. Pipinya masih terlekat lagi saki baki ubat gigi. "Saya ternampak cik tergolek dalam semak tadi. Masa tu kebetulan saya menunggang motor kat belakang cik. Niat saya baik nak tolong cik. Tapi cik lumurkan pulak muka handsome saya ni dengan ubat gigi. Habis putih melepak muka saya ni ha."

Aisyah tergelak kecil. Dia  berdiri membersihkan daun-daun kering yang penuh di badannya. Dikerlingnya lelaki itu. Sibuk mengelap muka handsome nya.

"Maafkan saya. Saya ingatkan awak nak buat apa-apa dekat saya tadi. Mana la tahu awak nak tolong. Bila buka mata tiba-tiba nampak orang lelaki. Mana tak histeria," kata Aisyah.

Lelaki itu tersengih. "Saya Nizam. Boleh saya tahu nama awak?" Sempat meniup ayat-ayat cinta.

Aisyah menuntun basikalnya. Ubat gigi penyek dimasukkan ke dalam raga. Cokelat Crispy entah ke mana. Aisyah senyum lagi. "Saya Aisyah"

bersambung...

jom baca!

9 comments

August 2, 2011 at 11:24 PM

pehhh saspen..
ingt kn laki 2 org jahat..
hihikk

August 2, 2011 at 11:26 PM

nape nama lelaki tu nizam? ceh!!!

August 2, 2011 at 11:36 PM

siapakah nizam tu?

August 2, 2011 at 11:39 PM

ala..
cite cinta pulak ke kali ni...

August 2, 2011 at 11:40 PM

amendanya bawa ubat gigi naik beskal..baru balik dari kedai runcit aper..

nanti owang teka kesudahan citer nih..

August 2, 2011 at 11:43 PM

ala bersambung ke?

August 3, 2011 at 6:35 AM

Sbnrnye sy bnama aisyah.. Hi nizam sy lah aisyah tu.. Ni nombo tepon awk jgn malu2 boye okeh? Ok t kt pesbok sy bg tawwww nizam..

August 3, 2011 at 6:58 AM

wah seronok...sambung pulak..

August 3, 2011 at 1:58 PM

seb baek x kena korek mata
hehe

Post a Comment