[alien] haii
[dill] hai :)
[alien] posa tadi?
[dill] alhamdulillah. awak pose?
[alien] hehe. ary ni kantoy
[dill] ha?
[alien] xpe t ganti la. hahaha
[dill] awak amik mudah je pasal mende ni ye?
[alien] kne marah la ni? esok sy puasa la
[dill] hmm
[alien] sehari je
[dill] saye cume ingatkan je. ramadhan ni bukan boleh diambil mudah
[alien] ye sy tahu :-(
Kat atas tu adalah sebahagian perbualan antara aku dan alien. Mula-mula bersemangat bertanyakan tentang sama ada aku puasa atau tidak. Ya, itu adalah soalan rutin pada setiap Ramadhan. Lebih-lebih lagi kepada kaum Hawa. Telah difahami seantero dunia kaum Hawa ada keistimewaan tersendiri pada setiap bulan.
Apa yang ingin aku tekankan di sini, Ramadhan bukan lagi menjadi bulan istimewa buat sesetengah umat Islam. Tidak malu mengakui yang mereka tidak menunaikan tanggungjawab berpuasa. Seperti kawanku si alien itu. Dia seperti memperlekehkan puasa apabila menyatakan dia cuma kantoi sehari. Dia seperti menyamakan puasa itu seperti kapas. Ringan dan terbang bila ditiup angin. Jika alien masih berumur setahun atau sebaya dengan anak-anak kecilku di sekolah, aku akan memahami kondisinya. Tetapi dia sudah layak dipanggil ketua keluarga. Subhanallah. Puasa diambil mudah.
Walau ada yang mungkin berkata, mungkin dia kerja buruh. Letih. Ya, aku faham rukhsah puasa. Tetapi dia sudah baligh, mampu, tidak kerja berat dan dia seorang Islam. Nama Islam yang dibawa. Perbualan semalam begitu terkesan di hati aku. Aku kecewa sebenarnya.
Pernah aku membaca satu artikel tika belajar di Taman Ilmu dan Budi dahulu. Jika kaum Adam tidak solat atau puasa sebabnya mungkin dua perkara. Sama ada dia gila atau datang haid. Dan..
alien ini seorang Adam. Kamu rasa macam mana?
25 comments
ermm mung kin dia tidak tahu akibat tinggal puasa, pahalanya pun tak sama, sbb 2 dia amek mudah, tinggal dan ganti..
gila agaknya adam tu.. sama2 kita doakan dia berubah.
tak tahu nam cakap ape sebab dah tua-tua bangka tak ada kesedaran lagi nak puasa kan...
(hurm, termenung fikirkan masa depan anak-anak nanti)
pegangan agama x kukuh mana barangkali..goyah~
Bukan ke org yg boleh berpuasa, tp tak berpuasa, kalau dia ganti dgn puasa seumur hidup pun, Allah takkan terima? Wallahu'alam.
Semoga kita dijauhkan daripada menjadi begini.
amik mudah sgt tu yg jd mcm tu.
rasa sgt x patot. :)
S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
balik KAMPUNG!!
Bismillah.
kakCT : assalamualaikum dill (sambungan sapaan dill dlm komen republic aku...heeee).
Bulan Ramadhan tak perlu la nak tanya puasa ke tidak. Yang tidak boleh puasa kerana "wajib tidak berpuasa" pun kena menahan diri...
Soalan bangang kalau tnya puasa ke idak pada org Islam yg wajib berpuasa di bulan Ramadhan.
Sorry2...terkurang ajar pulak sekejap. ampon ye!
tiap manusia itu punya pemikiran tersendiri, alien tu boleh jadi terlalu berfikiran remeh sehingga mengambil mudah sesuatu yang wajib. tidak mengapa dill, kamu telah lakukan yang seharusnya, biar dia jawab dengan Yang Esa nnt. pasti dia punya alasan.
tak kena lagi tu..huhu
wt malu kt adik aku yg techik la klu pose x cukop
erkk. laki2 ke. hmmmmm
aku nak bersyarah rasa macam tak cukup ilmu didada... lu pikiaq la sediri wahai alien!
uish dah besor pun xleh nak pose penuh ke?
wat malu kaum adam je..ish3
lebih teruk dari 'gay'...
KEJI
hahahhaa
alasan....apa lagi..
Haish.. Mmg taley blah kot.. Jgn wat laki dill! Orlando buleh krana dia pose.. Eh tol ke? Ahaks~
pahala puasa di bulan Ramadhan tak sama ngan pahala bile ganti di bulan posa
kebanyakan manusia suka ambil mudah perkara penting.. sedangkan perkara yang tidak berfaedah itulah yang sibuk diutamakan.
p/s:ingatak buat amna juga :')
owh... urm.. aku juga berkerja buruh. naik 16 tingkat sehari. sehat ja berpuasa. walaupon tak makan sahur... =.="
dy berguro kut =)
org mcm ni pun ada ya kak?
kalo dy sengaja. mmg tak patot
Cakap balik kat dia, "Hari ni jangan bernafas. Esok je bernafas okey. Alaa sehari je pun".. Tengok reaksi dia camner.. Grrrr~
ssh nk ckp la si alien ni..iman dia x seteguh mn,rapuh mcm tart keju.