Saturday, August 20, 2011

mahu tulis pagi-pagi buta

Apa punya tajuk la. Tetapi memang ada kebenarannya. Sewaktu aku menaip jam menunjukkan pukul 5.39 pagi. And I am wide awake

Maaf ya jika kamu semua rasa ayat-ayat dalam entri sebelum ini seperti ayat longkang atau ganas semacam. Aku jua manusia biasa. Ada sifat amarah. Cuma aku bukan jenis meletus seperti Gunung Berapi Krakatoa tu. Oleh sebab itu aku memilih untuk menulis di sini. Kadang-kadang aku bosan dengan karenah manusia di luar sana. Muka Ya Rabbi, pijak semut pun tak mati. Tetapi hati Allah s.w.t. sahaja yang tahu.

Bila membaca entri Republic Aku  tentang cinta, aku teringat kisah-kisah dahulu. Cewah! Macam banyak pengalaman je. Padahal seciput. Lain kali aku cerita. Mungkin tidak ada yang kisah tetapi aku mahu tulis juga. Haha!

Jadi kawan-kawan, aku mungkin akan menulis entri ayat longkang beberapa bulan sekali kerna aku jelik dengan perangai mamat itu. Jelik. Dulu hingga kini. Masa hadapan tak tentu lagi.

mode: menunggu Subuh.

5 comments

August 20, 2011 at 6:40 AM

huhuhu rilek laling...

August 20, 2011 at 7:37 AM

tu dia... ayat manis dari orlando...

August 20, 2011 at 11:34 AM

Kite harus adil dan saksama pda blog dan dri sndri.. Maka ayat longkang itu adalah tanda keadilan pda kelongkangan.. Bak kata mat kilau, takkan melayu hilang di dunia.. Ehhh ape nih?

August 20, 2011 at 8:47 PM

patot la, slalu nampak dill on9 subuh2

August 21, 2011 at 2:25 AM

patut le ayat,,hahaha

Post a Comment