Sebelum ini pernah menulis tentang rakan sekerja, kawan dan sahabat di entri ini. Dan ada kawan-kawan blog bertanyakan tentang status mereka. Bagaimana pula dengan kenalan di blog? Kategori apa?
Blog merupakan satu medium yang sangat luas. Mendekatkan yang jauh dan merapatkan lagi yang sudah sedia dekat. Seperti biasa kenalan blog bermula dengan fasa mudah.
Menegur di kotak sembang (chatbox) dan seterusnya bersembang pelbagai topik. Kalau waktu sekarang ni, sembang tentang rayalah! Kemudian rajin meninggalkan komen. Timbal balik. Bertukar-tukar pandangan.
Fasa-fasa mudah ini membuatkan kita mengenali kawan-kawan blog. Bukan sekadar ucap Hi! atau Kunjungan! di kotak sembang tetapi setia bersama dengan penulisan kita.
Lama-kelamaan kita akan selesa dengan kawan-kawan blog. Biasa dengan cara pergaulan dan biasa dengan gaya penulisan. Hubungan ini boleh dikembangkan menjadi kawan-kawan dan jika tiada apa-apa masalah boleh menjadi sahabat.
Seorang rakan sekerja boleh menjadi seorang sahabat jika kena dengan gayanya. Begitu juga dengan penulis blog atau blogger, pun boleh menjadi sahabat. Yang penting selesa berkawan atau bersahabat. Tiada udang di sebalik batu. Ikhlas.
Tanpa jiwa-jiwa penting di sekeliling kita boleh diibaratkan seperti sebatang pokok yang tumbuh sendiri di tengah-tengah padang yang luas. Sunyi.
32 comments
:) akhirnya...
eh, mana link yg Lu bagi kat Gua?
yeah. aku sygkan rakan blogger aku. amat
akhirnya apa ....kau ni tergantung sangat la tukang karut ...kasi habislah...keh3!
sgt best bile dh brgabung dgn blogger yg gile kentang cm kite2 jgk,.ehehe,.boleh geng!,.
hai sahabat!
yaa,
aku jumpa ramai orang dekat blog, tak mcm fesbuk, tak kenal maka tak approve lah..
HAHAHAHAHAHAH
Blog juga medium untuk berkongsi pelbagai informasi termasuk cerita, isu semasa, ilmu dan macam-macam lagi :)
sejak aku mengenali blog, aku rasakan rakan di sini lebih tulus berbanding di luar.
jom bersahabat .. haha :D
meow meow meow
kita kawan kan?? huhu
jom berdoa?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html
*senyum
mmmmm.... walaupun tak pernah bersua muka, tapi mungkin itu lebih selesa & mudah mesra + gila! haha!!
Salam Dill.. yerrrr... selamat berposa... Ada mena kata ktk lam entry tuk :)
Sungguh dill.
Buat aku percaya tulis kata kamu.
suka part akhir tuh.. :)
salam
sayangkan sahabat blogger seperti sahabat realiti.
terasa hati apabila diabaikan sahabat blogger spt apabila diabaikan oleh sahabat realiti.
sama sahaja.
eLL
blogger yg kawen ngan blogger pun ramai.. hehehe
dapat kenal kawan2 blogger mmg best..
tetiber ingat lagu Padi-sahabat..betul3 upin ipin
aku pun suka sahabat-sahabat blogger.semua baik-baik belaka ye dak. hihi
betul tu,syg sama kwn2 blogger! :)
walaupun tak bersua, keakraban tu sgt terasa )
berkawan baik dengan few bloggers... :D
bila dah rapat, orang tu merapu aapun leh faham..hhe
Sy pokok ketapang dill.. Jd sy bes.. Eh~
sahabt blogger. hehe
ayt yg last skli tu indah la..:)
kita kwn kn dill? ;)
betoll..sunyiii tanpa kawan..tekanan pun cepat dtg..hu
kalian semua adalah kawan-kawan saya. sungguh bahagia dikurniakan kawan-kawan seperti kalian. moga persahabatan ini berkekalan hendaknya. :)
suka kwn sama cik Dill kat dunia luar..kat dlm dunia blog apetah lagi..lebih mengeratkan kita~ ^^
setuju dgn en khalis..
dah mcm rapat dah..tak singgah beberapa hari pun dah tak kesh..mcm dah faham, masing2 sibuk..
abu makin suka bersahabat dgn blogger2 semua...salam perkenalan dripada saya Abu..hehehehe