Kedengaran suara nyaring menjerit-jerit memanggil Uncle Ghost. Dill masuk ke kedai runcit Uncle Ghost. Matanya melilau mencari empunya kedai. Dari kejauhan kelihatan Uncle Ghost sedang sibuk menyusun botol-botol sos tiram di raknya. Dill ingin mengejutkan Uncle Ghost tetapi hasratnya dimatikan apabila dia melihat Uncle Ghost merenung satu botol sos tiram. Uncle Ghost tersenyum lagi. Perlahan-lahan Dill mendekati Uncle Ghost.
Dalam masa yang sama Uncle Ghost terkenang kembali kisah dulu-dulu. Botol sos tiram. Memang menggamit jiwa raga.
"Abang, tolong pergi ke rumah Pak Mail. Mintakkan Emak bunga kantan. Terlupa pulak yang bunga kantan kat rumah kita ni dah terkorban semuanya,"
Penulis Hantu yang sedang syok melayan drama orang putih bingkas bangun. Diulang semula kata-kata emaknya, "Bunga kantan, Emak? Okei"
Penulis Hantu mencapai basikal kesayangannya dan mula mengayuh. Makin lama makin laju. Dia seperti sudah terlupa insiden sakit tulang belakang akibat jatuh tempoh hari. Mulutnya mengalunkan lagu 'Roulette' nyanyian kumpulan System of A Down. Lima minit Penulis Hantu drift, selamat sampai dia ke rumah Pak Mail. Rumah kayu Pak Mail tersergam indah. Pak Mail ada rumah atas. Penulis Hantu mendongak ke atas.
"Assalamualaikum!" tiada sahutan. Dia memberi salam sekali lagi. Masih tiada sahutan. Dari kejauhan dia ternampak pokok bunga kantan tumbuh cantik menghiasi tepi laman rumah Pak Mail. Takkan hendak cilok pula. Tak baik oh!
"Mungkin orang kat rumah tak dengar aku kasi salam kot," desis hati Penulis Hantu. Dia mendekati tingkap paling hampir. Baru sahaja dia membuka mulut untuk memberi salam, dia terasa kepalanya dicurah sesuatu dari atas. Bukan air kerna ia berbau. Kepalanya basah. Cepat-cepat dia lari dari tempat asalnya berdiri. Dia mengelap rambut dan menghidu bau di tangannya. Bau sos tiram! Dia lihat gadis yang sama tertumpahkan sos tiram dari tingkap itu. Dan gadis itu tidak perasan!
"Err. Assalamualaikum, Cik Keropi. Sos tiram awak tertonggeng tu ha," sound Penulis Hantu.
Keropi tersentak. Dilihat botol sos tiram di tangannya. Hanya tinggal separuh. Terus dia melihat wajah Penulis Hantu. Sudah dilumuri dengan sos tiram. Dari rambut hingga pipi. Keropi menutup mulutnya yang ternganga.
"Ya Rabbi! Mintak maaf! Saya tak perasan la boleh tertumpah sos tiram ni tadi. Kejap-kejap, saya datang" pantas kelibat Keropi hilang dari pandangan Penulis Hantu.
Keropi muncul semula di pintu dapur dengan sapu tangan bersih. Dia melangkah laju menuju ke arah Penulis Hantu. Dicubanya lap muka Penulis Hantu tetapi dia tiba-tiba tersedar. Malu. Diberikan sapu tangan itu kepada Penulis Hantu. "Awak lap muka awak ya. Maafkan saya"
"Aduh. Sweetnya minah ni," bisik Penulis Hantu dalam hati. "Err, awak.."
Keropi menoleh. "Ya?"
"Nak bunga kantan dua tiga batang boleh?"
Keropi mengangguk. Dia masuk ke dapur semula dan keluar menghala ke pokok bunga kantan. Dicantasnya beberapa batang bunga kantan. Dihulur kepada Penulis Hantu.
Mata mereka bertentangan dan masing-masing tersenyum.
"Uncle!"
"Subhanallah!" Hampir terlepas botol sos tiram dari tangan Uncle Ghost. Nasib baik sempat disambut. "Ya Allah, Dill. Usah buat macam tu lagi. Semput Uncle."
9 comments
hahahhaha cik keropi mesti cakap:
"ong ong gedek gedek" sebelum terkedek kedek menuju ke hencek penulis hantu hahhaha
makin berkembang cerita ni... tapi aku tak ada pun... sedey...
@Tukang Karut
nak watak ke? bleh2. tunggu jalan cerita lain ya ^^
mandi sos tiram mungkin membantu melebatkan rambut penulis hantu
hahhaha, kecian penulis hantu mandi sos tiram..mesti makin putih die...hi3
salam Ramadhan, Ajeyy ziarah sini yerr..
kat bawah ni ada sikit entry dari Ajeyy, mintak pandangan dari semua yaa.. :)
http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/exam-pmr-penting-juga-sebenarnya-dalam.html
http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/hantu-bergambar-di-sebelah-ahmoi.html
p/s : Selamat hari raya, maaf zahir dan batin . 0-0 :))
haha selamat cik frog tak tumpahkan minyak panas.kalo tak...hehe
ini mcm cite flashback..apakah yg telah terjadi? suspen~
haha, kan da kata TK jelez..nak watak jugak..kikii~ =p
Encek Orlando : bukan g terkedek2..tp tersipu2..ngee~