Dill berjalan-jalan sendirian. Orlando sibuk. Katanya hendak menolong ayah membersihkan kandang lembu.
"Bosan la jalan sorang-sorang ni. Kalau ada teman best jugak. Tapi nanti mesti Orlando busuk bau tahi lembu!" omel Dill perlahan.
Kaki Dill sibuk menguis dedaunan kering atas jalan. Bulan puasa kali ni jarang sekali dia berjumpa dengan Orlando. Orlando asyik-asyik dengan lembu kesayangannya. Kata Orlando, lembunya ada nama. Qaisarah. Dill cemburu okei. Tapi takkan nak cemburu dengan lembu. Dill menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Dill! Sorang je ke? Mana kawan baik ngko si Orlando bajet handsome tu?"
Langkah Dill terhenti. Di hadapannya ada tiga orang samdol; Kudin, Sandi dan Nasrul. Mereka ni antara budak-budak nakal di kampung. Mereka menghampiri Dill.
"Korang jangan dekat! Aku sepak terajang korang nanti!" jerit Dill.
Samdol bertiga itu ketawa terbahak-bahak. "Wei! Badan pun tulang-temulang je, ada hati nak sepak terajang kitorang. Mimpi la wei!" sahut Kudin. Dalam masa beberapa saat mereka bertiga sudah mengelilingi Dill.
"Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini," doa si kecil berumur 8 tahun. Dill tutup mata. Takut. Tiba-tiba terdengar jeritan berdekatan.
"Hiyahhh!!! Ke tepi korang semua! Kat dalam plastik ni ada tahi lembu. Panas lagi wei! Kalau korang tanak kene lumur sekor-sekor, baik korang blah!"
Dill buka matanya perlahan-lahan. Orlando di hadapannya sedang memegang sebungkus plastik penuh dengan sesuatu. Dill syak itu sisa kumuhan Qaisarah.
Kudin, Sandi dan Nasrul buat muka cuak. Tidak pasal-pasal habis muka mereka dilumuri tahi lembu. Orlando ni boleh tahan jugak otainya. Mereka berundur perlahan sebelum mengambil langkah seribu.
"Terima kasih, Orlando"
"Lu ni apahal jalan sorang-sorang? Tak reti-reti nak ajak gua? Tengok muka tu, takut habis. Nasib baik malaun tiga orang tu tak buat apa-apa kat lu,"
Dill tunduk. Diam. Dapat bebel free daripada Orlando.
"Nah, ambil plastik ni. Mak gua kasi pulut panggang kat famili lu." Sarung plastik bertukar tangan. Mati-mati Dill ingat itu tahi lembu yang sebenar-benarnya. Kena tipu hidup-hidup Kudin, Sandi dan Nasrul termasuk Dill.
"Dah, jom balik. Gua hantar lu sampai depan rumah"
21 comments
hehehe (gelak notty)
hahah. Suka2. :)
kah3... okey nanti lepas gua bagi lembu makan gua cross entry ni kat blog gua hahaha
sah... memang ada skandal dua orang ni... sila beri penjelasan...
orlando tu romantik juga.
haha
aku sudah syok dengar korang punya sequel kisah cinta terkenang di ramadhan..hihi
ingatkan tahi lembu betul betul hahahaha jijik..
kAHKAHkahkah... Huahuahaua.. Sengal punye ticer.. Eh nape name lbu itu qaisarah? T dpt ank bg name maimun dil.. Bru exotic!!! Hahaha..
isk3..orlando2
nice one... i like banget
bek lu cek elok elok pulut panggang tu. gua syak ada ilang satu. tak kerja si orlando mesti kerja Qaisarah.
tak minat orlando..minat qaisarah je..aha
salam ramadhan
wawawa dill to pagal hai
ok.. sangat comel kisah cinta ni :)
makwe orlando ke ni
sdpnya cte! :)best.
hihi^^ kelakar la dill. ;D
aku nak ulang nyanyian Kptn Atok-Dill to Pagal Haiiiiii!!!!
Ustaz Orlando Ahmad kah itu?? auwww!! tokey lembu rupanya!!(^.^)
ehemm..sweet nya orlando tuh
mesti comel kan qaisarah tu... hahaha
whahah..encek Orlando mmg gentleman gitu~ anto sampai depan uma ~