Wednesday, October 26, 2011

ikatan cinta chester

Wilis memegang erat kepalanya. Ditarik-tarik rambut ikal mayangnya. Sakit tidak terperi. Sudah berhari-hari dia menderita kesakitan. Ditambah pula dengan sakit merindui Chester. Wilis pandang tanpa emosi pada akuarium di penjuru rumah.

Chester. Seorang pemuda misteri. Bijak bermadah pujangga. Bisa membuat sesiapa jua tersenyum gembira dengan bicara manisnya.


Ya, dia memang bijak memancing hati wanita Wilis.

Wilis sudah terbiasa dengan bicara manis Chester. Hampir setiap hari Chester akan membelai Wilis dengan kata-kata manis seperti gula. Wilis terbuai. 

Tetapi sudah lebih seminggu Chester senyap. Panggilan Wilis tidak berjawab. SMS dan emel tidak dibalas. Wilis runsing. Rindunya semakin mencanak. Wilis mesti berjumpa dengan Chester. Rambutnya disisir dan ditocang satu. Wilis keluar mencari Chester. Wilis menuju ke tempat biasa mereka bertemu dahulu. Dari kejauhan Wilis dapat melihat Chester sedang bergelak ketawa bersama wanita lain. Chester mengusap manja pipi wanita itu. Hati Wilis terbakar. Dia berjalan laju pulang ke rumah.

Di rumah Wilis sudah tidak keruan. Wilis cuba mendail nombor Chester dengan harapan Chester akan menjawabnya. Deringan demi deringan.

"Hello," suara malas Chester menjawab.

"Chester, aku nak jumpa kau malam ni. Penting," kata Wilis.

"Tengoklah macam mana nanti."

"Chester, aku ada kejutan untuk kau." Wilis cuba memujuk.

"Yelah. Yelah"

Malamnya Chester datang memenuhi ajakan Wilis. Pabila dia masuk, dilihatnya rumah Wilis serba putih. Putih pucat. Wilis menjemput Chester duduk sebelum hilang ke dapur. Seketika kemudian dia muncul semula dengan dua gelas fresh orange.

"Kenapa kau nak jumpa aku, Lis?" terus Chester bertanya. "Aku nak cepat ni."

"Kalau ye pun, minumlah dulu. Penat aku buatkan air." Wilis menghulur gelas penuh berisi air berwarna oren. Chester meneguk pantas. 

"Kalau tak ada apa-apa, aku nak balik lah. Buang masa kat sini." Chester cuba berdiri. Kepalanya pusing. Terduduk sebelum terjelepuk. Chester pengsan.

Wilis cepat-cepat menarik tubuh Chester dan membaringkannya atas meja makan. Nasib Wilis baik kerna badan Chester tidak seberat mana. Wilis mengikat kaki dan tangan Chester pada meja. Ketat dan kemas. Wilis pasti sedikit masa lagi Chester akan terjaga kerna hanya sedikit dos ubat tidur yang Wilis tuang dalam gelas Chester tadi. Wilis duduk menunggu. 

10 minit kemudian Chester sudah terjaga. Tepat jangkaan Wilis. Chester meronta-ronta namun ikatan kemas Wilis menghalang pergerakan Chester.

"Chester, lama gila aku tunggu kau. Kau buat bodoh je dengan aku kan. Ko mainkan perasaan aku. Ko boleh manja-manja dengan perempuan lain. Kau buat aku rasa nak muntah dengan permainan buaya kau. Rindu aku konon. Pergi  mampos!"

"Lis..Lis..ke..ke..kenapa ni sayang? Lepaskan aku ye." Chester merayu. Matanya ternampak pisau pemotong daging di tangan Wilis. 

Wilis tidak menyahut. Dia mendekati Chester. Mulut Chester ditutup dengan pita selofan. Wilis mencarik baju Chester sehingga ternampak dada rata. Wilis angkat pisau dan terus membenam dada Chester. Dileret pisau dari atas ke bawah. Wilis kopak lubang luka sedia ada dan menyeluk keluar hati merah Chester. Menitik-nitik darah jatuh atas lantai. Chester tercungap-cungap. 

"Hati kau ni busuk! Aku benci!" Wilis meletakkan gumpalan daging itu atas meja dan mula menyiat hingga lumat. Baju Wilis basah dengan darah. Wilis merenung Chester. Dada Chester diam. Tiada turun naik lagi. Wilis masih belum puas. Dia mula mengerat badan Chester. "Jika Mona Fandey boleh buat 18 kerat, biar aku kerat 30!" kata Wilis. Sejam lebih Wilis mengerjakan badan kaku Chester. Wilis mengutip cebisan daging Chester dan memasukkannya dalam besen. Dia menuju ke akuarium. Wilis meletakkan cebisan demi cebisan ke dalam akuarium dan dalam sekelip mata cebisan itu hilang.

"Aku patut bela ikan-ikan ni dalam kolam. Lagi menarik!" Wilis ketawa sambil memasukkan daging lagi. "Makan besar kau malam ni, piranha."

28 comments

October 26, 2011 at 11:01 PM

omaigad..sy suke cite ini!~
melompat keriangan ko piranha~

October 26, 2011 at 11:28 PM

huiyooooooo... senang hapuskan ukti...huhuhuuhu...

October 26, 2011 at 11:42 PM

argh
kejam!

October 26, 2011 at 11:53 PM

terasa hingga ke dadaku..awww..sakitnya tidak terperi..huhu..main2 lg sama pOmpuan..hahaha

October 27, 2011 at 1:49 AM

kontrol histeria. :)

October 27, 2011 at 8:13 AM

oh no... dah dpt agak ending citer ni... Aku hebatkan

October 27, 2011 at 9:17 AM

haa,bole buat movie.

October 27, 2011 at 9:35 AM

gila dasyat.

October 27, 2011 at 10:56 AM

boleh buat movie ni. :)

October 27, 2011 at 11:58 AM

anis kompius kejap , sapa yang saiko ..
willis ke penulis cerita . hahaaa

pakwe neelofa
October 27, 2011 at 1:48 PM

piranha ni kalo masak sweet sour sedap gak ni nyam3

October 27, 2011 at 1:58 PM

aiyooo, ngerinya

October 27, 2011 at 2:06 PM

ce buat cerita seram lak dill...

October 27, 2011 at 2:50 PM

haha..histeria!..kontrol hosteria..

October 27, 2011 at 2:53 PM

waaa wilis wanita berani. padn muka chaster

October 27, 2011 at 3:26 PM

sukaa sukaa :D hehe

October 27, 2011 at 4:39 PM

sesak nafas ni! harap2 x histeria he.. tengah kontrol ;)

October 27, 2011 at 5:41 PM

ini kispen yang sudah berapa kali aku baca punya tema yang sama.kau dalam keciknya tubuh kau masih mampu melepaskan diri dalam penulisan bergenre macam nih..protes ker aper nih,Dill?

haha..

btw,kispen kau memang hebat.

October 27, 2011 at 6:08 PM

oh tidak.. nape wilis jaat? emo pon wilis jgn smpai bunuh2. tak baek tau? chester itu mengingatkan sy pda seekor tupai.. sy heran.. walhal sy tdk pnh mbele tupai pon.. cume beberapa eko kucing yg benama, popot, bulat, black mafia, dan legam... Hahhaahha~

October 27, 2011 at 8:26 PM

wuhuu .. bila cinta di tolak , mcm2 reaksi yg luar kotak fikiran kita blh berlaku kn ..

iktibar :: jgn permainkan perasaan org !! ^_^

October 27, 2011 at 8:44 PM

err..hrp x dpt gf mcm wilis.mati woo..

October 27, 2011 at 10:36 PM

omg

October 28, 2011 at 12:02 AM

sakit badan aku bace.. kejammm kejammm..

October 28, 2011 at 10:21 AM

menyeramkan

tp kalo dpt tgk yg real lagi best

hihi

October 29, 2011 at 1:26 AM

o wow... dill best la.. sambung la lagi hehe

October 29, 2011 at 7:39 PM

bapak kejam.blog cikgu nie kena letak parental advisory.kang ada lak bebudak yang terikut.

October 30, 2011 at 9:41 AM

beshhh! :) histeria gua..keh keh keh :P

October 30, 2011 at 9:47 AM

wooo,'


ganas betul cerita ni, 18 sg.18 sg !!

Post a Comment