Monday, October 31, 2011

isnin

Monday Blues. 

Tapi bukan untuk aku. Hari ni aku cuti. Hoyeh!

Dalam entri sebelum ini aku letakkan video iklan Cadbury Dairy Milk. Aku sukakan keunikan iklan itu. Cara yang dipilih oleh watak lelaki untuk mengambil hati watak perempuan sangat rare. Hehe. Ramai mengaitkan iklan itu dengan perasaan aku.

Haha! Tak de ape-ape la korang. Aku saja je letak video tu. Buat masa ini, 'dalam hati tiada taman'. Hehe. Hati tidak dibanjiri dengan bunga-bunga ya. Cuma dibanjiri dengan kertas kerja. Hehe.

Apa-apa pun ramai yang suka iklan ni. Bikin hati gembira sipi-sipi. ^__^

Sunday, October 30, 2011

perasaan kejap-kejap

ada sesiapa yang sudi buat macam ni kat aku? :)

Kadang-kadang perasaan yang lahir tidak dapat ditampan atau dilontar kejauhan. Terima seadanya.

Friday, October 28, 2011

fantastika fantasi |update|

Senarai cerita akan dimuatkan dalam tab Fantastika Fantasi.


terima kasih kerna sudi membaca. ^^

Wednesday, October 26, 2011

ikatan cinta chester

Wilis memegang erat kepalanya. Ditarik-tarik rambut ikal mayangnya. Sakit tidak terperi. Sudah berhari-hari dia menderita kesakitan. Ditambah pula dengan sakit merindui Chester. Wilis pandang tanpa emosi pada akuarium di penjuru rumah.

Chester. Seorang pemuda misteri. Bijak bermadah pujangga. Bisa membuat sesiapa jua tersenyum gembira dengan bicara manisnya.


Ya, dia memang bijak memancing hati wanita Wilis.

Wilis sudah terbiasa dengan bicara manis Chester. Hampir setiap hari Chester akan membelai Wilis dengan kata-kata manis seperti gula. Wilis terbuai. 

Tetapi sudah lebih seminggu Chester senyap. Panggilan Wilis tidak berjawab. SMS dan emel tidak dibalas. Wilis runsing. Rindunya semakin mencanak. Wilis mesti berjumpa dengan Chester. Rambutnya disisir dan ditocang satu. Wilis keluar mencari Chester. Wilis menuju ke tempat biasa mereka bertemu dahulu. Dari kejauhan Wilis dapat melihat Chester sedang bergelak ketawa bersama wanita lain. Chester mengusap manja pipi wanita itu. Hati Wilis terbakar. Dia berjalan laju pulang ke rumah.

Di rumah Wilis sudah tidak keruan. Wilis cuba mendail nombor Chester dengan harapan Chester akan menjawabnya. Deringan demi deringan.

"Hello," suara malas Chester menjawab.

"Chester, aku nak jumpa kau malam ni. Penting," kata Wilis.

"Tengoklah macam mana nanti."

"Chester, aku ada kejutan untuk kau." Wilis cuba memujuk.

"Yelah. Yelah"

Malamnya Chester datang memenuhi ajakan Wilis. Pabila dia masuk, dilihatnya rumah Wilis serba putih. Putih pucat. Wilis menjemput Chester duduk sebelum hilang ke dapur. Seketika kemudian dia muncul semula dengan dua gelas fresh orange.

"Kenapa kau nak jumpa aku, Lis?" terus Chester bertanya. "Aku nak cepat ni."

"Kalau ye pun, minumlah dulu. Penat aku buatkan air." Wilis menghulur gelas penuh berisi air berwarna oren. Chester meneguk pantas. 

"Kalau tak ada apa-apa, aku nak balik lah. Buang masa kat sini." Chester cuba berdiri. Kepalanya pusing. Terduduk sebelum terjelepuk. Chester pengsan.

Wilis cepat-cepat menarik tubuh Chester dan membaringkannya atas meja makan. Nasib Wilis baik kerna badan Chester tidak seberat mana. Wilis mengikat kaki dan tangan Chester pada meja. Ketat dan kemas. Wilis pasti sedikit masa lagi Chester akan terjaga kerna hanya sedikit dos ubat tidur yang Wilis tuang dalam gelas Chester tadi. Wilis duduk menunggu. 

10 minit kemudian Chester sudah terjaga. Tepat jangkaan Wilis. Chester meronta-ronta namun ikatan kemas Wilis menghalang pergerakan Chester.

"Chester, lama gila aku tunggu kau. Kau buat bodoh je dengan aku kan. Ko mainkan perasaan aku. Ko boleh manja-manja dengan perempuan lain. Kau buat aku rasa nak muntah dengan permainan buaya kau. Rindu aku konon. Pergi  mampos!"

"Lis..Lis..ke..ke..kenapa ni sayang? Lepaskan aku ye." Chester merayu. Matanya ternampak pisau pemotong daging di tangan Wilis. 

Wilis tidak menyahut. Dia mendekati Chester. Mulut Chester ditutup dengan pita selofan. Wilis mencarik baju Chester sehingga ternampak dada rata. Wilis angkat pisau dan terus membenam dada Chester. Dileret pisau dari atas ke bawah. Wilis kopak lubang luka sedia ada dan menyeluk keluar hati merah Chester. Menitik-nitik darah jatuh atas lantai. Chester tercungap-cungap. 

"Hati kau ni busuk! Aku benci!" Wilis meletakkan gumpalan daging itu atas meja dan mula menyiat hingga lumat. Baju Wilis basah dengan darah. Wilis merenung Chester. Dada Chester diam. Tiada turun naik lagi. Wilis masih belum puas. Dia mula mengerat badan Chester. "Jika Mona Fandey boleh buat 18 kerat, biar aku kerat 30!" kata Wilis. Sejam lebih Wilis mengerjakan badan kaku Chester. Wilis mengutip cebisan daging Chester dan memasukkannya dalam besen. Dia menuju ke akuarium. Wilis meletakkan cebisan demi cebisan ke dalam akuarium dan dalam sekelip mata cebisan itu hilang.

"Aku patut bela ikan-ikan ni dalam kolam. Lagi menarik!" Wilis ketawa sambil memasukkan daging lagi. "Makan besar kau malam ni, piranha."

Tuesday, October 25, 2011

dilema dia

Comot, mamak cubet pipi aku.





siapa agaknya ya?
p/s: ini bukan tentang dill.

fantastika fantasi

INI ADALAH ENTRI MELEKAT. ENTRI TERBARU ADA DI BAWAH ^^
Kesemua cerita di bawah ini adalah cerita rekaan Dill semata-mata. Dill ada menggunakan nama kawan-kawan sebagai watak dalam cerita dongeng ini. Harap kamu semua tidak kisah. Dill bukannya seorang penglipurlara gratis seperti kalian di luar sana. Ini hanya sekadar palitan warna dalam kehidupan.


gula-gula.
1. cintaku ibarat udara intro: versi Dill
2. kenangan ramadhan: versi Dill
3. merajuk: versi Dill
4. raya sakan: versi Dill
5. kisah tipu penulis hantu dan keropi: intro
6. kisah tipu penulis hantu dan keropi: sos tiram
7. catan: berudu

k.e.l.a.b.u.
1. sebalang kaca mata          2. kad hari lahir corak bola      
3. mata guli-guli                  4arang
5. slipknot                          6. helmet ori
7. buih-buih syurga              8. ikatan cinta Chester

Monday, October 24, 2011

love. relationship.

Susan sits alone in her bedroom. Holding a piece of paper. A simple yet heart-broken note.
I can't feel our love anymore. I found someone better. Good bye.
Her cheeks is wet with tears. Yes, she is very sad. Susan walks towards the nearest window. She could see thousands cars are speeding to their destination. Colourful road lights and also beautiful orange sky. But her heart feels so empty. Everything looks plain from her eyes. Tears run on her cheek again.

It has been four years and seven months. Susan loves Carl so much. He means everything to her. He supports her. He cares for her. He is always there for her. And now, no more Carl. He has found someone else. Yes, he betrays their love.

Susan picks up her Xperia Ray and starts dialing her good friend, Laila. Susan could hear Pink Floyd's voice before it is cut by Laila's voice.

"Laila, we've broken up," Susan's voice starts to break. Laila who is eating Cream and Cookies flavour ice cream stunned for a while.

"This is hard," Laila speaks by herself. "Susan, let's meet up. I will pick you up in 30mins." Laila hangs up and puts her ice cream aside.

In 30minutes time, both of them are already in Laila's car. They go to the nearest restaurant. Susan looks pale. She does not take any meal since morning. Laila orders food for herself and Susan too.

"Susan darling, listen. I know it is hard but you have to eat. Please," 

No words or actions from Susan. 

"Susan, love comes with a package. It comes with happiness and sadness. I understand your feeling. I've been there before. You need to be strong. You will not die if he finds someone else to replace you, right? As women, we have our own pride. We have our own ego. We have our own right. You deserve a better person. God has someone else for you, love. Please don't torture yourself because of something you shouldn't. Love yourself first before you start loving someone else. If he doesn't want you anymore, so be it. I guess he is a great moron because he doesn't realize how precious you are. I am sure you will find a better person. This feeling can kill you bit by bit. Don't let it happen. You must fight, Susan. It is going to take a while to rebuild everything. But time heals. I trust you. Please trust yourself."

Susan looks at Laila. Her eyes are full with tears. She nods. "I understand, Laila. It breaks my heart so much. However, I will try to fight. Thank you so much." Slowly she grabs some bread and begins chewing.

"This is a good start." Laila said to herself. She smiles.
Love is special. It brings thousands feelings to us. Different people have different opinions about love. I have my own opinion. What about you?

Sunday, October 23, 2011

translation...again

I am working on someone's paper. Need to translate this person's essay from Bahasa Malaysia to English Language. I am not very good in translating. Somehow it cracks my head terribly. And now I am suffering from headache. 

Sometimes by saying 'Thank You' is not enough, you know.

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com


Telah ditag oleh si Wen ni. Aku tahu Wen memang segaja! Haha! Dush! 

Apa-apa pun dah lama tak join Giveaway. Kali ni dianjurkan oleh Pen Merah.

Tiba-tiba teringat satu pantun.

Pen Merah,
Pen Biru,
You Marah,
I love you

Eceh. Ops. Aku dah melalut.

Kepada kawan-kawan nak join, silalah klik banner tu dan terus terjah blog Cik Pen Merah kita. Hadiah masyuk-masyuk oh. Kalau dapat satu memang senyum sampai ke sudah. Haha!

Operasi membuli kawan-kawan. Aku nak tag:

Friday, October 21, 2011

warna kaseh dan dill.

Baru-baru ini salah seorang kawan blogger aku, Siti Mashitah, dengan baik hatinya telah menjemput aku menulis dalam satu blog bernama Warna Kaseh. Ramai penulis lain turut sama menyumbang karya masing-masing.

Masih teringat salah satu pertanyaanku kepada Siti (aku panggil dia Siti. Comel kan?), 

: semua cerita cinta kah?
tak semestinya. cerita general. nak cerita pasal family, ala2 kontrol histeria pon boleh.
: haha. alamak. terkena plak

Aku teringat yang aku tidak beberapa tahu menulis cerita jiwang karat atau romantik. Jadi kena la tanya kan. ^^ Selalunya cerita rekaanku berakhir dengan tragedi. Hehe. 

Setakat ini aku sudah menyumbang dua buah cerita pendek. Kalau kawan-kawan hendak membaca ceritaku dan juga cerita-cerita penulis lain, bolehlah melawat blog Warna Kaseh selepas ini ya. 

Warna Kaseh juga menjadi platform atau medan pertamaku menulis cerpen romantik. Percubaan pertama orang kata. Tetapi bila aku baca semula hasil penulisanku, aku geleng kepala. Macam mana la aku boleh menulis cerita sebegitu. Tak romantik mana pun. Aduh.

Kawan-kawan juga boleh 'LIKE' page Warna Kaseh kat Mukabuku.


Bersama-sama mewarnai dunia kita.

Senang-senang lawatlah http://warnakaseh.blogspot.com

p/s: terima kasih team Warna Kaseh kerna memberi kepercayaan kepada dill untuk menulis di sana. ^^

santai jumaat

thanks Google!

Sunday, October 16, 2011

blogger dikehendaki!

cuba menutup lensa kamera jurugambar apabila ditanya mengenai gosip liar

akhirnya mengabaikan jurugambar. enak menikmati hidangan sambil disinari cahaya hidayah.
budak comel.
Kau macam tak senang duduk bila aku panggil kau macam tu kan? Haha! Tak tentu arah dibuatnya.

Aku tidak punya DSLR. Cuma ada kamera handphone cabuk. Jadi la kan~

Terima kasih kerna tekun melayan karenah kami berdua, TK. ^^

lelaki idaman

Buat kawan-kawan alam maya pasti kamu mempunyai lelaki dan wanita idaman kan? Aku pun nak menunjuk jugak lah. Haha! >.<

Johnny Depp

Memang minat sangat dengan dia. Sejak cerita Edward Scissorshand lagi. Mengikuti hampir semua cerita lakonannya. Walau tidak 100%, sekurang-kurangnya aku tahu. Hehe. Tetapi sejak ada seseorang tu mengaku yang dia tu Johnny Depp, terus berkurangan minat aku terhadap pelakon ini. Ok. Aku tipu. Langsung tidak kurang. Hehe.

Sekarang ni aku telah terjatuh suka dengan seorang pelakon baru yang meningkat naik. Ya. Ya. Aku tahu ramai minat mamat ni. Mula mengenali wajah beliau dalam drama bersiri Juvana. Kemudian mendengar dia mengalunkan beberapa ayat dari Surah Yasin kat website TV3. Lagi la guwa suka!

Botak.

Sekarang ni nampak lebih stailo. Hehe. 

Kawan aku pernah berkata kepada aku, 'Untung la, Johan. Ramai orang minat.' Aku minat dia bukan sebab dia handsome ke macho ke. Minat dia semata-mata sebab dia memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran. Sejuk hati. Cewah.

Johan, jom makan Tutti Frutti!

*kredit kepada Google untuk semua gambar.

Saturday, October 15, 2011

rasa itu indah

biar yang lama jadi pengajaran.
biar yang lama jadi panduan.
biar yang lama jadi ingatan.
supaya sentiasa bersedia untuk masa hadapan.
rasa itu indah sebenarnya.
Terpulang kepada kamu bagaimana mahu mengintrepretasi 'rasa' itu. Kamu lebih mengetahui. Tidak semestinya merujuk kepada cinta sahaja. Oh, aku menulis ayat-ayat ini dalam kotak komen Cik Keropi. Spontan.

Menurut salah seorang daripada sahabat baikku, pabila kita melontarkan kata-kata secara spontan, ia datang ikhlas dari hati. 

Aku titipkan di sini untuk perkongsian bersama. Semoga memberi semangat buat kamu semua ^^ 

Thursday, October 13, 2011

bagaimana hendak memesan kitab terfaktab?

Rata-rata bertanyakan kepadaku bagaimana hendak memesan Kitab Terfaktab ni. Maaf, aku mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan kalian. Sedikit sibuk dengan tanggungjawab.

Mula-mula kamu perlu klik SINI untuk mengisi borang pesanan online. Selepas klik kamu akan jumpa borang pesanan seperti di bawah.


-boleh buat bayaran  sama ada di Maybank atau CIMB

isi semua informasi kamu  dalam borang tu
kemudian klik SUBMIT.

Lepas kamu bank in atau membuat bayaran secara online kamu terus hubungi lejenpress@gmail.com tau. Sertakan sekali bukti pembayaran kamu. 

Sebarang pertanyaan kamu boleh hubungi lejenpress@gmail.com atau krew Terfaktab.

Aku harap kamu enjoy dengan buku-buku yang kamu terima nanti. ^^

sehingga 12 Oktober 2011: untuk abam HEROICzero

*kredit kepada Terfaktab.
*aku belum lagi menulis dalam mana-mana buku. aku cuma menulis dalam blog sendiri je.

Sunday, October 9, 2011

kitab terfaktab #1

Sebelum ini aku menjadi pembaca buku Ranap karya Fynn Jamal. Menelan segala puisi nukilannya. Kali ini aku mencuba membaca karya-karya pencinta dalam Kitab Terfaktab. Kamu boleh hubungi krew Terfaktab untuk membuat pesanan secara atas talian (online).



Pelbagai definisi cinta dari segala bentuk perspektif. Ya, Definisi Cinta Infiniti. Bentuk penulisan santai dan juga bermadah pujangga. Sebelum memulakan pembacaan, eloklah dibersihkan minda dan kemudiannya menelan penulisan pencinta-pencinta ini.
Sakitnya bila rasa ditipu dan dilukai? Macam kau kena cucuk dengan screwdriver mata philips, kemudian dicungkil dan ditambah lagi kedalaman cucukan pada belakang badan kau. Pedih? Rileks-lah, tak luka pun. Hati saja yang sakit. Namun, tak nampak sakitnya ye dak? - Long Distance-Relationship, Aqram, 2011, Kitab Terfaktab.
Nasihat dan tips bermakna daripada pencinta-pencinta sedikit sebanyak bisa membuat kamu berfikir semula tentang kedudukan hubungan kamu. Dan juga kedudukan kamu sendiri. 

Hey! Ada kartun kool juga di dalam kitab ini.


"Merindui itu tak salah. Tapi, jangan sampai rindu itu buat kau bertindak serupa orang gila sudah" - Kitab Terfaktab, 2011.
Aku setuju.

Pabila aku membaca kitab ini buat aku sedar bahawa banyak perkara perlu aku belajar untuk lebih memahami apa itu cinta.

Cinta itu bahagia. Cinta itu luka.

Dan kelukaan itu aku patrikan dalam cerita ciptaan aku yang penuh tragis dan berakhir dengan tragedi.

Wednesday, October 5, 2011

buih-buih syurga

Alan berdiri sendiri di balkoni kondo. Merenung jauh. Dalam kegelapan malam hanya kelihatan kelip-kelip lampu Menara Kuala Lumpur dari kejauhan. Seperti melambai-lambai Alan supaya ke sana. Sehelai kertas keronyok digenggam Alan. Perlahan-lahan dibuka kembali.




Alan merenung kertas merah jambu itu. Masih ada kesan gincu pujaan hati Alan, Mira. Serentak itu jua Alan teringat tika Mira menghulur kertas merah jambu dia sempat mengucup penuh kasih atas kertas itu. Alan menyambutnya dengan gembira. 

"Mira sayang Alan," ucap Mira dengan mata berkaca. Alan tersenyum bahagia.

Namun ia hanya tinggal kenangan. Alan menapak perlahan menuju ke bilik air. Sekujur tubuh seperti sedang bersantai dalam tab mandi. Alan mendekati tubuh itu. Diusap-usap rambut ikal mayang empunya tubuh.

"Alan sayang sangat Mira. Tapi Mira buat Alan sedih," Alan bicara sendiri.

Dua puluh empat jam sebelum itu.

"Hello, Mira! Alan ingat nak ajak Mira tengok wayang malam ni. Jom! Alan belanja!" 

"Sorry, Alan. Mira kena stay back kat ofis. Banyak kerja. Bos Mira dah bising-bising. Lain kali kita jumpa ye?"

"Hmm.." keluh Alan. Belum sempat dia berkata apa-apa, Mira memutuskan talian. Alan sudah berada di hadapan pejabat Mira. Malangnya Mira sibuk. Baru sahaja Alan ingin beredar, matanya terlihat dua merpati sejoli sedang bermesraan sambil menuju ke taman bunga berdekatan. Kekasih Alan sedang asyik berpelukan dengan seorang lelaki. Kadang-kadang Mira kucup pipi lelaki itu.

"Mira..." Alan berkata perlahan. Hatinya perit. Alan menunggu dan menunggu. Melihat sandiwara di hadapan mata buat hatinya terasa dirobek-robek dengan kerambit.

Sepuluh minit. Dua puluh minit. Tiga puluh minit. Satu jam Alan menunggu. Akhirnya Mira dan pasangannya beredar daripada taman. Nasib Alan baik kerna mereka pulang berasingan. Alan menghidupkan enjin keretanya dan mula mengekori kereta Mira. Sepuluh minit perjalanan, sampai sudah ke kondo Mira. Alan menunggu Mira memasuki pintu lif sebelum dia masuk ke lif yang satu lagi. Sampai ke tingkat lapan belas. Mira keluar. Menuju ke pintu rumahnya. Sibuk membuka pintu rumah sehingga tidak sedar Alan sudah berada di belakang.

"Mira"

Mira tersentak. "Eh, Alan. Mira tak tau Alan nak datang," Mira senyum kelat. Alan menolak kasar badan Mira masuk ke dalam rumah.  "Alan, kenapa tolak-tolak Mira ni," Mira marah.

"Mira, Alan sayang Mira. Sayang sangat-sangat. Tapi Mira curang dengan Alan," Alan meluahkan apa yang terbuku di dada. Sebelum sempat Mira menjawab, Alan menarik rambut Mira sekuat hatinya. Diseret Mira masuk ke bilik air. Dicarik-carik baju Mira sehingga kelihatan pakaian dalam Mira. Alan ikat tangan dan kaki Mira.

"Sekarang, Alan mahu Mira masuk dalam tab mandi ni. Masuk!" arah Alan. Terketar-ketar Mira masuk. Air matanya mengalir deras. Merosakkan make up yang sedia ada. Alan membuka paip dan air mula memenuhi tab mandi. 

"Alan, Mira minta maaf. Mira janji tak buat lagi," rayu Mira. Alan buat tak tahu dengan rayuan itu. Tangannya mencapai serbuk pencuci jenama terkenal dan menuang ke dalam tab. Buih-buih mula terbentuk. Mira kaget. Air semakin penuh. Alan mula menekan kepala Mira sehingga tenggelam. Mira meronta namun dia tidak mampu melawan tenaga jantan Alan. Alan tekan dan terus menekan. Sehingga tiada lagi rontaan. Tiada nafas lagi yang keluar dari rongga pernafasan Mira. Alan ambil pisau lipat dan mula menoreh muka Mira. Tulisan halus-halus.
Buih-buih cinta kamu tidak kekal. Pecah pabila terbang ke udara. Seperti jua nyawa kamu. Hilang bila aku carikkan.
Air sabun bertukar warna. Merah darah penuh semua. Alan bingkas bangun dan menuju ke balkoni. Senyap sunyi. 


"Cinta? Ah! Persetankan!" bisik Alan.

Monday, October 3, 2011

pesta saudara-mara

Air dicincang tidak akan putus.
Awal pagi semalam sepupu membuat jamuan makan tengahari cum sambutan hari lahir anak masing-masing. Alhamdulillah aku dan adik sempat menjenguk ke sana. Terima kasih kepada sepupu kerna sudi datang mengambil kami. ^^



Tidak banyak yang boleh dibebelkan di sini. Aku letak gambar je lah ye. ^^. Padahal aku nak letak dua keping je. Jangan marah ha~


ini baby Mu'allim. tengok, dia mengeliat sakan~

Akak sepupu beli kek chocolate indulgence. Pergh~ Tak sempat nak ambil gambar kerna dah selamat hadam dalam perut :)

Sunday, October 2, 2011

bihun tomyam sama air buah

Hari ini entri pasal makanan lagi. Tidak mahu merepek panjang. Sila nikmati gambar-gambar kat bawah ni ^^


menu Cik Keropi

menu guwa

lawanya reben tu~

TK, nampaknya kami dinner bersama-sama jua hari ini. ^^
Area: Wangsa Maju. 
For further details, please ask Cik Keropi. :)

Saturday, October 1, 2011

ciken cop bersama lamb cop

Malam ini berkesempatan makan malam bersama Cik Keropi. Terima kasih kerna sudi menjemput aku ini dengan Ferrari oren milik kamu ^^

Restoran mesra keluarga. Ya, memang penuh dengan keluarga. Single mingle macam kami boleh dikira dengan jari. Tapi rasanya kita berdua je tadi yang single kan? Huhu


chicken chop

lamb chop

TK, halamak~

Ahaks!

terkesima dengan dia

Hebatnya dia dalam berpuisi bikin aku terawang sendiri.
Lewat sore Jumaat, aku sendiri bersama daging-daging bernyawa lain berada dalam sistem aliran transit ringan  menuju destinasi masing-masing.

"Stesen berikutnya, KLCC. Next station, KLCC." Berkumandang suara merdu wanita robotik di corong pengumuman setiap gerabak. Aku berdiri di tepi pintu automatik. Cuba mengecilkan diri sebaik mungkin untuk memberikan setiap inci ruang kepada daging-daging bernyawa untuk menyelit sama.

Pintu terbuka. 

Berderu masuk semua. Mataku terpaku kepada satu susuk tubuh kurus. Dia melangkah masuk. Ditemani seorang wanita. Kukira isteri tercintanya.

Pintu tertutup semula.

Tangannya memegang beberapa karung plastik. Salah satunya tertera tulisan Kinokuniya. Yah, aku tahu dia suka membaca. Sebelum ini pernah terjumpa dengannya di MPH, Midvalley Megamall beberapa tahun yang lalu.

Dia mudah kukenali kerna stail rambut dan janggutnya yang hebat. Cermin mata simple dan stail pemakaian ringkas. Berdiri terhuyung-hayang dalam gerabak. Aku pelik mengapa tiada siapa yang sudi mempersilakannya duduk. Dia jua seorang tua.

Gerabak semakin sendat. Dia semakin terhimpit. Akhirnya dia berdiri di sebelahku. Aku sangat gembira tak terkata. Jika ada kawanku di situ sudah pasti aku pinta tangkapkan gambar momen kami bersama. Hati aku terjerit-terjerit mahu bersuara. Namun mulutku terkunci. Tidak ada sebait perkataan mampu diluahkan. Ya, aku terkesima.

Akhirnya aku sampai jua ke destinasiku. Aku sempat menghadiahkan senyuman. Aku harap dia perasan senyuman aku. Semoga berjumpa lagi, Pak Samad.

A. Samad Said.