Saturday, July 16, 2011

cerita gotong-royong lagi

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun banyak lagi perlu disiap dan dikemaskan namun sekurang-kurangnya semua meja guru telah disusun baik. Dalam entri sebelum ini aku ada menulis tentang tugas aku pada hari ini.

Aku tiba pada awal pagi. Menunggu kawan-kawan lain tiba. Kebetulan murid-murid Tahun 6 ada kelas tambahan dan guru mereka belum sampai lagi. Kawanku merangkap Ketua Aliran meminta bantuanku untuk menggantikan guru yang belum sampai itu. Tiga puluh minit bersama mereka sangat seronok kerna aku memang sukakan subjek itu. Hehe.

Selepas tiga puluh minit aku lihat sudah banyak kereta di perkarangan sekolah. Aku bertanya kepada ketua kumpulanku bagaimana perancangan untuk mengemas Bilik Tetamu. Jawapan yang diterima agak lain dari jangkaanku. Rupa-rupanya Bilik Tetamu sudah tidak ada dalam pelan kerna ada yang mahu menggunakan bilik itu bagi tujuan lain. Maka, aku mengambil keputusan untuk mengemas bilik guru yang baharu. Menyusun meja macam-macam lagi.

Elok-elok mengemas, tiba-tiba tapak sandalku tertanggal. Elok sangat la tu. Padahal banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Nak buat macam mana? Aku cabut tapak sandal dan aku terus memakai lapisan nipis sandal itu. Nasib baik tidak terpijak paku. Alhamdulillah.

Maaflah, aku tidak sempat hendak menangkap gambar. Kawan sekerjaku yang bersemangat waja menangkap gambar kami semua. Rasanya gambar aku tidak ada. Haha!


oh man!

24 comments

July 16, 2011 at 7:19 PM

terpisah dua ke sandal tu?wuishh..dasyat.mmg betul2 bt kje ni.

July 16, 2011 at 7:29 PM

gigih betol wat keje sampai tercabot tu..
ekeke

July 16, 2011 at 7:59 PM

ada dah alasan nak beli sandal baru... hoho...

July 16, 2011 at 9:35 PM

yea da leh beli sandal baru...ki3

July 16, 2011 at 10:00 PM

Ya rabbi.. Hahaha.. Sian dill.. T kai boot la dil senang.. =D

July 16, 2011 at 10:09 PM

ala kesiannya,,
2la semngat sangat buat keje...

Anonymous
July 16, 2011 at 10:17 PM

Orang kuat gotong royong ni. hee. :)

July 16, 2011 at 11:15 PM

hehe.itu memang tanda berkerja tu.hehe

Jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

July 16, 2011 at 11:26 PM

wahhh gigih neh!

July 17, 2011 at 12:44 AM

@Abang Stalker
sandal tu pun dah daif, abang. kerah sket, rosak terus

July 17, 2011 at 12:44 AM

@Cik Ezy
kasut dhaif. rosak terus dibuatnye

July 17, 2011 at 12:44 AM

@Nasriq
meh rm!

July 17, 2011 at 12:45 AM

@Ct Aja
aja belanja! yay!

July 17, 2011 at 12:45 AM

@Liyana Zahim
ingat nak pinjam boot phua chu kang~

July 17, 2011 at 12:45 AM

@ïêmÃ¥ Ã¥¢klê§
haha! mane ade la~

July 17, 2011 at 12:45 AM

@Umedia Network
saye la paling pemalas~

July 17, 2011 at 12:46 AM

@Mohamadazhan.com
ehem. ahaks

*insyaallah. terima kasih jemput

July 17, 2011 at 12:46 AM

@Fathiah Hamim
'gigih' haha!

July 17, 2011 at 12:50 AM

Sila beli sandal baru ye ;p

July 17, 2011 at 1:45 AM

Mahu membeli sandel baru... Hukumnya wajib tu kalu begitu

July 17, 2011 at 6:50 AM

owh... sayang tuh.. sbb sy jenis peminat sendle. kalau tercabut atau rosak, rasa sedih gila.. hehehe

July 17, 2011 at 10:28 AM

@~SaL IjOu~
hehe. baek :)

July 17, 2011 at 10:28 AM

@khaifaiz
mcm tu la nampaknye, khai~

July 17, 2011 at 10:29 AM

@Siti Mashitah Saidin
kene bli baru akhirnye. ingatkan tahan lame. rupenye...

Post a Comment