Friday, July 8, 2011

quick update

Hanya entri pendek dan ringkas. Ini adalah penjelasan kepada entri ini sebelum disalah tafsir oleh orang lain.

Tujuan aku menulis belog kerna aku punya passion dalam penulisan. Bukan hanya mengejar trafik semata-mata. Ya, memang boleh dilihat iklan-iklan nuffnang di sebelah kiri, atas dan di antara entri-entri aku. Namun, yang lebih penting buat aku, apa yang bisa aku sampaikan kepada kawan-kawan aku di alam maya. 

Tambahan lagi, aku menyatakan bahawa aku menulis entri setiap hari kerna aku memang ingin menulis sesuatu sebagai sejarah hari itu. Dahulu aku dikekang dengan pelbagai tanggungjawab kerja membuatkan aku semakin jauh dari belog. Rencah pekerjaan dahulu membuat aku bekerja tidak ingat dunia. Waktu itu aku masih tidak mampu untuk memiliki sebuah komputer riba dan perkhidmatan berukband. Jika aku ingin menggunakan internet, aku perlu pulang ke rumah Emak Ayah dan gunakan personal computer atau pc serta perkhidmatan Streamyx yang sudah sedia ada di sana. Masalahnya aku cuma cuti sehari dalam seminggu. Rasanya daripada menghadap pc, lebih baik aku membuta. Haha!

Apabila aku menyambung pelajaran di sebuah negeri di sebalik Banjaran Titiwangsangsa satu ketika dahulu, aku jua tidak punya masa berjela-jela. Lebih fokus dengan pelajaranku. Bagaimana untuk menjadi pendidik yang baik. Aku masih terus mencuba sehingga sekarang. Maka, belog aku cuma dikemaskini bila aku rasa selesa.

Sekarang ini Alhamdulillah, aku selesa dengan pekerjaanku dan aku punya masa untuk menulis. Tidak terlintas pun untuk mengejar followers beribu-ribu. Bila aku lihat angka semakin tinggi, aku semakin risau. Kenapa ramai sangat follow belog aku ni? Bukan tidak suka. Cuma risau.

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi.

p/s: rasanya aku mahu tulis pendek-pendek. tertulis panjang lebar pula. maaf!

13 comments

July 8, 2011 at 6:13 PM

ala dill...rilex buat secara jujur dan iklas...yang penting kita happy.

July 8, 2011 at 6:19 PM

pedulik kan jea la folower tu... yang penting kita happy...

July 8, 2011 at 6:30 PM

haha. entry pendek ke? hehe
takpe, teruskan berbelog. :)

July 8, 2011 at 8:16 PM

hahahhaa enjoy buat ape yg Lu suka hehehehe

July 8, 2011 at 8:18 PM

It thnk ur writin is super awesome dill!!!

July 8, 2011 at 9:14 PM

hahha.. ok.. kalau entry pendek dan ringkas macam ni, entry panjang tak tahu la.. hhehhe!!~


bg saya dill mesra, sebab tu orang suka follow blog dill.. entry pon nice je :)



^^

July 8, 2011 at 9:28 PM

teruskan berblog dengan gembira ! XD

July 8, 2011 at 9:34 PM

saya suka baca blog miss dill sebab banyak ayat2 best kat sini, rasa macam baca buku motivasi tau ;)

Anonymous
July 8, 2011 at 9:43 PM

pedulikanlah follower tu (merujuk kepada aku)

July 8, 2011 at 10:18 PM

masih tetap memahami apa jua tujuan orang mau ngeblog.masing2 punya passion.ngeblog satu pentas diri kita dari sisi hidup kita.

July 8, 2011 at 10:31 PM

ingatkan quick update akan ada 10-20 patah perkataan je

hahaaa

July 8, 2011 at 11:44 PM

comella kak dill ni
ckp nk pendek tp jadi panjang----> mmg nature seorang cikgu kot.hehe

July 9, 2011 at 9:43 AM

ade blogger, skadar nak kejar followers je kan? dulu pon RT cam tu gak, tp mcm dah dpt hidayahh je. haha. skang ni RT pon nak baiki mutu penulisan RT ke arah yg lebih berilmu. ;)

Post a Comment