Thursday, July 7, 2011

permainan perasaan

Ops. Entri ini mungkin berbaur sedikit manis sana sini. Walau bagaimanapun apa yang aku tulis ini bukan untuk mempromosi tentang aku. Tetapi kalau terpromosi sedikit, apa salahnya kan? Haha!

Aku tidak punya jutaan pengalaman dalam cintan-cintun ini. Pengalaman aku cuma satu. Dan ia berakhir dengan penuh kepahitan. Aku tidak mahu ulas di sini kerna tidak silap aku sudah berbelas-belas entri aku membebel sakan tentang kepedihan hati dan yang sewaktu dengannya. Apa yang aku belajar, perhubungan jarak jauh memang mencabar. Bukan semua berakhir dengan sesi  bergambar luar pintu, posing gembira bawah pokok, tepi telaga, celah pokok ketapang dan sebagainya. Kunci utama bagi perhubungan jarak jauh adalah setia. Kita ni sudahlah punya iman senipis kulit bawang. Ditambah pula dengan dugaan mendatang bertubi-tubi. Pengalaman aku dihambur dengan kata-kata nista seorang parasit murahan cukup mengajar aku erti kehidupan. Dia sendiri tidak sedar bahawa dia sudah memperbodohkan dirinya dengan menjerit-jerit seperti manusia tiada tamadun. Huh! Imbecile wimp. Lelaki yang didambakan pula memilih untuk membelakangi aku dan memilih perempuan itu. Antara alasan bodoh yang diberikan, dia tidak boleh orang kesayangannya jauh dari mata. Oh man! Otak kamu kekurangan oksigen ya? Tidak boleh memahami apa itu setia? Ops.

Seperti halilintar memanah bumi, seperti itu juga aku dipanah dengan kata-kata nista parasit itu. Oh. Aku tidak melayan dia. Nanti aku juga dicop bodoh sepertinya. Ini cerita lama. Namun, aku masih terasa. Buat kawan-kawan di luar sana, usah permainkan perasaan orang lain. Kelak, kamu akan terima padahnya. Mengapa aku berani berkata sedemikian? It was tested and proven, guys. What goes around, comes around.

Sekarang lelaki itu mungkin bahagia. Tetapi bukan dengan parasit murahan itu. Sudah ada gadis lain yang terpaut padanya. Aku? Tidak ada cukup masa untuk semua itu. Aku rasa, jika diizinkan Allah, aku sudah tidak mahu berkapel. Biar terus dengan adab dan adat yang sewajarnya. Kurang maksiat, kurang dosa.

Aku ni sudah bertimbun-timbun dosanya. Wekap dill!


p/s: korang, ini cerita zaman tok kaduk. tah tahun bila tah. aku sendiri sudah lupa. haha!

7 comments

July 7, 2011 at 9:37 PM

sabo banyak2.. hidup ni macam roda..jangan jadi parasit kat hidup org lain..nnti ade parasit yang muncul kat hidup kite lak kan?

July 7, 2011 at 9:42 PM

bunyi kecewa je dill..hahaha.jgn la smpai nk terus menerus single ye dill.insyaAllah,setiap org jodoh da di tetapkn Allah.cuma cpt dan lmbt je.kne usaha jgk.bt masa ni biar la mencari keredhaan Allah dlu.itu lbh baik. :)

July 7, 2011 at 9:48 PM

Dill, wen some1 leaves, it mite be ALLAH wants to send u sme1 beter off than him~ Dun regret anyting.. At least u jz gave ur level best evendo it ends wif tears~ Love teaches ppl life.. A life which is full wif beauty n ugliness whch created by ourselves~

As u said wat goes around comes around.. Mayb tat dat she easily jz tounged out everytin to u but one day probably she'l feel how hard u jz felt.. Wat u need is jz to wait n c..

U'r strong enuf to face tis.. N im sure it has taught u 2 b tougher than b4..

Der are ppl who are stil concerned on u.. No worries sugar.. =)

July 7, 2011 at 9:56 PM

jangan terlalu ikut perasaan tau miss dill, ingat Allah selalu ada bersama kita

July 7, 2011 at 10:18 PM

akan ada jodoh untuk kamu... itu dah ketetentuanNYA... lambat atau cepat sahaja...

Anonymous
July 8, 2011 at 1:21 AM

Manusia mmg banyak gayanya. Sabar je lah. :)

July 8, 2011 at 3:12 AM

nanti sampai lah serunya tu ..yang penting sabar dan redha je... cuma cepat atau lambat je...sabar ye cik dill..

Post a Comment