Semalam separuh hari berada di sekolah untuk Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dan Kem Bestari Solat. Terkocoh-kocoh budak-budak menghafal Surah Al-Qariah, Al- Zalzalah dan Al-'Adiyat. Yang bersemangat waja, cuba memperbaiki markah dari baik kepada cemerlang. Yang mahu lulus paras hidung, hanya membaca ala kadar tanpa mencuba sebaik mungkin. Tidak guna belajar solat bagai nak rak jika tidak dipraktikkan di rumah. Betapa pentingnya pendidikan dari rumah. Segala-galanya bermula dari rumah.
Okay. Mari bercerita tentang kuman.
Selepas aktiviti di sekolah, aku berkejaran ke Masjid Jamek. Mahu menemani sahabatku membeli sedikit barangan. Semasa dalam perjalanan keluar dari kawasan LRT Masjid Jamek, aku terlihat ramai manusia berpakaian pelik berlegar-legar di situ. Masing-masing memegang sekurang-kurangnya satu botol berwarna biru. Manusia itu seperti memakai sut angkasawan. Kemudian kami ternampak lagi manusia memakai pakaian serba hijau. Aku kira mereka itu Kuman. Rupa-rupanya ada promosi cecair pencuci tandas Domex. Aku dapat sebotol percuma. Kuman-kuman dan Agen Pembasmi Kuman itu sangat comel ya. Mengedarkan risalah dan botol sample Domex percuma kepada orang ramai. Sahabatku sudah mula menangkap gambar Kuman dan Agen Pembasmi Kuman. Tiba-tiba ada seorang mamat berbangsa Cina menawarkan diri untuk menangkap gambar kami bersama manusia comel itu.
Comel kan Kuman dan Agen Pembasmi Kuman ini?
Memakai pakaian sukan tika berjalan-jalan sana sini. Terasa seperti budak sekolah. Haha! Bila lagi hendak rasa sebegini kan?
38 comments
cett..
nak nampak muda la 2 :P
@ïêmå å¢klê§
saye mmg mude dan comel. hihi^^
haha... ingat kuman betul2 tadi,tipah tertipu
comel la kuman tu kan, nak sign boleh???
bahaya2..kman merata2..
nice shot~ (^^!
@Miz Novexx
hihi. kuman2 & agen pembasmi kuman tu semua sporting. terlupe lak nak amik autograf. hehe
@senyumSOYA
thanks soya!
dill sgt kecik
time kasih
:D
@Anis Mohd
itu lak yang difokusnye. huhu
ala bukan je selalu kan buat benda yang pelik22..hheeh
awet muda... hehhee
isk... pergi tak ngajak pung...
kuman besarr~
ingatkan si kuman dan kumin...rupanya sang kuman... untung tu dapat free...he he he
HAHAHAHA
sempat lagi bergambar,
style abes !
Kuman lg burok dri kostum yg mreke pkai itu.. Hahahahahahahahahah~
comel jek kuman2 tu...
hahaha
sampai hati ke nak bunuh...??? LoL
besarnya kuman.
pic kawan ko kecik sangat
siap ada beg sekolah kat depan?memang cam budak2..hehe
@WidadCutieyGirlZ StorY
hehe. tapi diorang comel
@JARI YANG TERBARAI
saye kah? ehem. (tersenyum malu)
@Nasriq
kebetulan. sori ah :)
@^baju kurung^
mmg besar!
@Mr iz
kan..untung. tapi belum digunakan lagi
@muhamad hanif
excited lebih~
@Liyana Zahim
hahaha! ade2 je yana ni
@Shamsuddin Amin
kalau secomel diorang, tak sanggup rasenye.ahaks
@KAMIHIDUP
serius besar!
@Kapten Atok
sengaja letak kecik2
@mykhalis
comel tak? hihi
pakai tshirt n tracksuit ketika berjalan2 adalah comel....hehe
awk nmpk mcm bdk skolah :)
cmelnya akak..
bersama kuman3 tu ehehe...
latest entry : Mukmin Professional??
@zarazueyin
hihi. bile lagi nak jadi budak skolah kan~
@aNiS aNiSa
terima kasih adik comel :)
lawan bersih ke..?
harharhar
teringin nk pakai suit tu
@kokser kokdam
dush! naye je~
@intan.maisarah
confirm sara nampak comel ^^