Dunia sekarang ini ibarat barangan di dapur. Oh. Aku rasa skop dunia terlalu besar untuk dihamparkan di sini. Maka aku memilih bumi Malaysia ya. Okei. Kita mula sekali lagi. Dunia Malaysia aku kira seperti barangan di dapur. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, ubi kentang, kulit kayu manis, asam jawa, asam keping, cili kering dan pelbagai lagi barangan. Maaf, otakkku kesempitan maklumat tentang jutaan lagi barangan lain.
Kita lihat sekarang pelbagai perangai manusia atas bumi Malaysia ini. Ada yang memilih untuk hidup dalam perspektif sendiri dan ada yang memilih untuk berantakan antara satu sama lain. Kadang-kala seseorang itu tidak tahu dia telah membuat pilihan yang salah sehingga dia menerima akibatnya. Perangai manusia ini bila dicampur-adukkan bisa buat bumi hingar bingar. Bawang merah ditumis bersama bawang putih dan kulit kayu manis akan mengeluarkan bau harum, penggerak nafsu makan. Begitu juga dengan manusia. Apabila sudah dicampur sana sini perangainya pasti ada hasil tersendiri. Pilihan di tangan masing-masing sama ada bau haruman mewangi atau bau hangit perit berdaki.
Allah s.w.t. telah mengurniakan kita 'aql maha hebat. Dilindungi oleh tengkorak kental. Usah pula kamu hentak kepala di jalanan. Pasti hancur berderai tengkoraknya. Mengapa tidak digunakan dengan sebaik-baiknya? Mengikut kajian, manusia hanya menggunakan beberapa peratus bahagian otak. Sebahagian besar yang lain masih perlu diterokai.
Jadi, kamu mahu masak apa hari ini?
29 comments
masak lemak cili hati....keh3...semoga semua bertemu dengan yang benar sahaja.
kalo masak jangan letak ajinomoto
saya setuju ngan entri ni, btw bijak la dill guna bahan2 kat dapur sebagai contoh (^_^)V
Hati masak kicap, gulai jantung, telur mata, dan makan buah tangan...
nice la kak dill ;)
payah nak jawab ni.. agaknya tiba masanya apa nak masak tak tahu kerana akal dah buntu untuk berfikir
@RepublicAku
hehe. harap2 mcm tu lah
@ORLANDO AHMAD AL BUAYAK
ajinomoto penambah perisa,penyedap rasa. badan binasa
@Miz Novexx
haha! mane ade la senior. pakai tibai je ni
@Nasriq
ade2 je kamu ni
@Nurul Jannah
terima kasih jannah comel
@mykhalis
hehe. khalis, g masak cepat!
okay entry neh bessttt bro! :D
@Fathiah Hamim
err..terima kasih :)
Masaklah megi sbb ia diyakini tidak membebankan rmai pihak.. Hahaha~
heh!.akal mmg ada..tp kebykkannya lebih suka ikut mengikut..haihhh
wah ..motivasi ..
like !
nice entry..
setuju....hehe
a very nice point of view :D
iema malas masak la..
dok umah mak la yang masak...
haha....
@Liyana Zahim
pastu rambut pun gugur~
botak.
@Khairul Antasha
lebih ramai pengikut dari pemimpin agaknya
@nelly
eheh. thanks nelly~
@zarazueyin
thanks zara.
p/s: saye suke panggil name awak. zara~
@akmaL
thanks akmal ^^
@ïêmå å¢klê§
budak malas~
aku x pandai masak. sori
tiada pendapat perfect
tiada bahan perfect
tiada masakan perfect walaupun bermacam2 bahan sudah dicampurkan
nampaknya kena lebih kecikkan malaysia hanya sebesar kuali..dan kita cuma perlu memasak otak kita di dalamnya dengan ramuan yang terbaik..
Kekadang sy tumis hangus jugek dill.. Herherherher~