Sunday, July 17, 2011

menghampiri lima kosong kosong

Mendapat ilham dari belog Tukang Karut. Dia memberi peluang kepada kawan-kawan belog untuk bertanyakan tentang pelbagai soalan kepada dia sempena entri ke-500 nya. Setakat ni dia bisa menjawab semua soalan. Tahiniah! Hehe.

Entri dia yang itu sedikit sebanyak menarik minat aku untuk turut sama berbuat sedemikian. Maka, sempena entri aku yang ke lima kosong kosong selepas ini, aku juga ingin memberi peluang kepada kawan-kawan untuk bertanya soalan kepadaku. Insyaallah, jika tiada masalah apa-apa aku akan cuba menjawab soalan kamu semua dalam entri lima kosong-kosong dan seterusnya.

Bajet terkenal bagai la kan sampai hendak memberi peluang orang lain bertanyakan soalan? Haha! Tak de lah. Saja hendak happy-happy. Cuma aku ada sedikit garis panduan sebelum kawan-kawan bertanya soalan.

Kamu tidak dibenarkan bertanya tentang:

#nama penuh aku;
#umur spesifik aku.

Itu je kot. Yang lain, asalkan tiada menyentuh sebarang sensitiviti aku akan menjawabnya. Tukang Karut, aku menyisip idea kamu di sini. Tolong roger aku jika kamu berasa tidak selesa. Akanku remove entri ini. 

Terima kasih. ^^

7 comments

July 17, 2011 at 11:33 AM

hoho... bayar royalti la...

ok... nak tanya ni...
dah sedia ke belum?
ke tak sedia lagi?
Ke takut nak jawab soalan...

hoho...
Ok ok... dalam komen pun boleh lak mengarut...

1. Andai kata ditakdirkan berjodohan dengan shah rukhkhan dan bruno mars, siapa yang akan dipilih?

2. Kalau jumpa ular dan buaya, mana yang akan dibunuh dulu...

3. Dill... aku lapar... Tak ada makan makan ke kat sini?

Anonymous
July 17, 2011 at 11:41 AM

Tahniah kepada dia. :)

July 17, 2011 at 11:51 AM

nk tny ni..lahir thn bpe? :D x tny umur,tny tahun je..lalalla~

psst*tahniah da nk hampir lima kosong2. ;)

July 17, 2011 at 12:02 PM

hehhe congrat miss<3

btw, boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

saya masuk GA CONTEST yg memerlukan komen yg byk2 :) tolong aime ye. Thx a lot

July 17, 2011 at 3:50 PM

makan kegemaran?
tempat2 yng ingin dilawati?

hahaha soalan kanak2..tapi msti jawab tau :P

July 17, 2011 at 4:06 PM

Mak kate jgn gtau name sbnr t kne sntau haaa~

July 18, 2011 at 2:16 AM

aku jawap soklan tukang karut:

1. aku pilih alien Mars.

2. bunuh rasa takut.

3. dill...tak reti nak masak.nak makan pegi kedai makan.

haha..

Post a Comment