Saturday, July 9, 2011

lagi best woh oh oh

"Okay, tidy your desk. We will go to the library now."

Sepantas kilat budak-budak darjah dua Jaya mengemas buku-buku atas meja dan beratur untuk ke perpustakaan. Disebabkan aku sudah memberi amaran keras sebelum keluar, maka mereka berjalan dengan penuh berhemah. Mungkin mereka tidak mahu aku menyinga kemarahan. Hehe.

Dalam perjalanan ke perpustakaan, kami perlu menaiki tangga (tangga lagi). Aku berjalan di akhir barisan untuk memantau pergerakan mereka. Semasa menaiki tangga, aku terdengar beberapa suara kecil menyanyi sakan.

"Lagi best woh oh oh, lagi best woh oh oh."

Beberapa orang budak-budak menyanyi tanpa segan silu sambil mendaki tangga. Dahiku berkerut. Aku tidak pasti lagu apa yang dinyanyikan kerna aku bukannya ambil port sangat dengan bunyi-bunyian di kaca televisyen.

Waktu malam di rumah aku seperti kedengaran lagu itu di kaca televisyen. Cepat-cepat aku bergerak daripada dapur ke ruang tamu. Lah, lagu iklan rupanya. Betapa ignorant nya aku. Dalam masa yang sama aku berfikir betapa iklan memberi impak besar kepada budak-budak. Kalau setakat iklan yang ini boleh diterima lagi. Dibuatnya iklan merepek raban macam mana mahu buat? Maka ibu bapa perlu memainkan peranan penting di rumah - memantau apa yang ditonton dan didengar oleh anak-anak mereka.

iklan MyVi rupanya

29 comments

July 9, 2011 at 10:24 PM

selamat malam hehe...

media massa kdg2 mempengaruhi kanak2 hehe... elok lah kalau iklan yg menuju ke arah kebaikan.. tapi kalau yg menuju ke arah keburukan memang susah

July 9, 2011 at 10:34 PM

otak kanak kanak senang nak digest benda2 baru lebih lebih lagi kalau benda tu menarik macam muzik

July 9, 2011 at 10:44 PM

Jaga-jaga Dill..nantiterpengaruh untuk beli Myvi lak. haha

July 9, 2011 at 11:18 PM

ape yang best pun tak tau..rasanya make-up keta tuh jer yang lain sikit.

July 9, 2011 at 11:30 PM

myvi tu tukar casing sikit2 hehee...

jangan menyinga cikgu hehee... ingat, sebagai guru kite kena sentiasa kontrol cun dan bergaya gaya makwe2, faham? hahaha

July 9, 2011 at 11:33 PM

ada cobaan untuk tukar kereta ke?

July 9, 2011 at 11:35 PM

@cik Beskod
tu lah. nasib baik lagu myvi je ^^

July 9, 2011 at 11:35 PM

minyak dia kot...lain2 macam biasa jer...

July 9, 2011 at 11:35 PM

@Miz Novexx
oh. diorang mmg suke lagu :)

July 9, 2011 at 11:35 PM

@amir
oh. saye tidak bercadang utk beli myvi

July 9, 2011 at 11:36 PM

@ghost writer
yeke? saye tak pasan sangat. hehe

July 9, 2011 at 11:37 PM

@JONY AL BUAYAK
yeke? saye bukan perasan sangat myvi baru tu.

oh. sentiasa cuba kontrol. haha!

July 9, 2011 at 11:37 PM

@Nasriq
oh tidak. ^^

July 10, 2011 at 12:11 AM

pengaruh media mmg kuat...
parents kene hati2... hoho

July 10, 2011 at 12:29 AM

otak bebudak mcm span..cepat aje serap apa yg didengar~

July 10, 2011 at 1:21 AM

hehehe

July 10, 2011 at 2:35 AM

hehehe..hanya media jer la tempat kanak2 selalu tengok..hehehe

July 10, 2011 at 5:22 AM

lagi best,ooohhh2.jge2 anak anda,hehe

July 10, 2011 at 7:36 AM

hahaha biasalah budak2 sekrng ni..

July 10, 2011 at 12:33 PM

oasal tengok iklan sekejap..tak lama tu yang cepat budak budak tangkap tu...anak aku pun dah pandai layan iklan...he he he

July 10, 2011 at 1:41 PM

lagi best.. oh oo oh..
haha.. dh dengar 10 kali rasanya iklan ni baru perasan iklan MYVi

July 10, 2011 at 3:18 PM

@Shamsuddin Amin
yeap. mmg sangat powerful. nnt kite jaga anak kite elok2 ye darling. haha!

July 10, 2011 at 3:20 PM

@~SaL IjOu~
betul tu cik sal. bab2 gini cepat je hafal. suh hafal grammar, hampeh

July 10, 2011 at 3:20 PM

@yusri
cikgu yusri suke eh~

July 10, 2011 at 3:21 PM

@apik pehe
pastu hafal semua mende yang ade kat depan tb tu

July 10, 2011 at 3:21 PM

@amir aizat
yeap. betul tu amir aizat :)

July 10, 2011 at 3:22 PM

@ABU
bab2 gini diorang mmg cepat, abu

July 10, 2011 at 3:22 PM

@Mr iz
mesti qayyim suke tgk tb kan? haha! jenuh la ijat jage

July 10, 2011 at 3:23 PM

@amna
saye baru perasan kelmarin. haha!

Post a Comment