Saturday, July 30, 2011

mata guli-guli

Sarah memegang balang kaca yang penuh dengan guli. Berwarna-warni dan bersinar-sinar guli-guli itu. Hajat di hati mahu menghadiahkan koleksi guli itu kepada Hansen sempena hari lahirnya. Namun hajat tinggal hajat. Perkara yang berlaku tiga hari lalu terbayang-bayang dalam fikiran Sarah. Menggetar jiwa Sarah.

Tiga hari lalu Sarah mengambil keputusan untuk bersiar-siar keseorangan pabila Hansen terpaksa membatalkan janji temu mereka pada saat-saat akhir. Sarah kecewa namun dia faham desakan kerja Hansen membuatkan Hansen bertindak sedemikian rupa. Sarah menjenguk deretan butik pakaian mewah tetapi tiada satupun berkenan di hati. Tekak Sarah kehausan lalu dia masuk ke sebuah kafe berdekatan. Selepas menghirup kopi pekat kegemarannya, mata Sarah melilau sekeling kafe. Tiba-tiba matanya terpaku kepada sepasang kekasih sedang bermesraan di meja hujung kafe. Hansen! dan seorang perempuan yang Sarah tidak kenal. Hansen ketawa gembira sambil meramas-ramas jari jemari perempuan itu. Hansen mendekati wajah perempuan itu dan mereka berkucupan penuh nikmat. Hati Sarah terbakar. Tanpa disedari, habis meja kafe itu calar balar Sarah toreh dengan garfu. Tidak sempat sejuk kopi Sarah, dia meletakkan not RM50 dan berlalu meninggalkan kafe.

Hansen, sampai hati engkau curang denganku. Patutlah engkau seringkali memberi seribu satu alasan pabila aku mengajak engkau keluar. Rupa-rupanya engkau ada perempuan lain! Sarah mengusap-ngusap balang kaca gulinya. Dia tersenyum.

Hansen sampai ke apartment miliknya lewat petang Khamis itu. Dia keletihan kerna seharian menemani Gretta di rumahnya. Gretta memasak makanan kegemarannya sempena hari lahirnya pada hari itu. Dari layanan makan malam, sehingga layanan dalam bilik tidur. Hansen puas. Gretta memang memahami apa yang dia mahukan. Sarah? Sarah itu terlalu naif. Semuanya hendak dijaga. Hansen bosan.

“Sayang”

Hansen menoleh. Sarah! Mata Hansen melirik Sarah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bauan minyak wangi Sarah menggoda hati lelaki Hansen.

“Eh, Sarah! Bila sampai? Maaf, tak dapat nak jumpa you. Kerja I berlambak. Sana sini meeting” Hansen berhelah.

“Tak pe. I faham. Jom masuk. I ada hadiah untuk you. Birthday you kan?” Sarah merangkul pinggang Hansen dan menolak daun pintu. Hansen menuruti Sarah. Hansen sudah terbayang-bayang tubuh Sarah yang montok dan gebu. Malam ini dia mesti dapatkan Sarah.


“Sarah, you dari mana ni? Lewat betul you datang,” tanya Hansen.


“I ada surprise untuk you, Sayang. You tunggu la sekejap,” jawab Sarah lalu menuangkan air dan menghulurkan kepada Hansen. Sarah memasang lagu kegemaran mereka ‘Unchained Melody’ di radio Hansen dan dia meliuk lentok menari. Mata Hansen terpaku melihat Sarah. Baju jarang Sarah menampakkan hampir segala-galanya milik Sarah. Hansen meneguk air sedikit demi sedikit. Sarah semakin menghampiri Hansen.

“Sayang, you tahu kan I sayang you sangat-sangat.” Sarah mengucup bibir Hansen. Hansen memeluk Sarah. Ingin sekali dirobek-robek baju Sara namun dia terasa tenaganya semakin kendur.


“Sarah, kepala I pening,” kata Hansen. Dan sebelum matanya terkatup sempat dia melihat Sarah tersenyum. Senyuman lain dari biasa.


“Sayang, bangun!”

Pipi Hansen pedih. Dibukanya mata dan Sara di depan matanya. Hansen cuba bangun tetapi tangan dan kakinya telah diikat pada katil. Tanpa pakaian.

“Apa ni Sarah? You dah gila ke?! Lepaskan I!” jerit Hansen.

“Sayang, you tak suka ke? I ada rancangan khas untuk you.”

Di tangan Sarah kelihatan sebilah pisau lebar. Bersinar-sinar. Peluh jantan Hansen turun laju. Sarah menghampiri Hansen. Ditorehnya dada Hansen.


B.E.T.R.A.Y.E.R.


Hansen menjerit kesakitan. Sarah menjilat darah di dada Hansen. Penuh nikmat.


“Sayang, you ada perempuan lain bukan? Oh, I tak marah. Sebagai balasan, I nakkan mata you. Mata you cantik. Macam guli. I ada sebalang kaca penuh guli tau! You tunggu kejap. I tunjuk kat you” Sarah berlari-lari anak mengambil balang kaca dan menunjukkan kepada Hansen.


“Sarah, you gila! Tu bukannya guli! Tu mata manusia! Perempuan gila!”


Serentak dengan itu, mata Hansen dirodok dengan pisau lebar itu. Sarah mencungkil-cungkil mata Hansen.


“Ketat pulak mata you ni, Sayang. Susah I nak korek.”
Hansen meronta-ronta. Akhirnya Sarah berjaya mengeluarkan mata Hansen. Hansen mengerang kesakitan.


“Baru satu, Sayang. I perlukan satu lagi.”


Sarah mengulangi operasi korek-mengoreknya. Selesai sudah mata Hansen diambil, Sarah mengambil sebaldi air sabun.


“Kesian you, Sayang. Mesti you haus. I ada buatkan air. Nganga”


Sarah menuang sebaldi air sabun ke mulut Hansen. Sehingga perut Hansen kembung. Sarah pijak-pijak perut Hansen hingga kempis.


“Sayang! sayang! Bangun!” Sarah menggoyang-goyangkan badan Hansen. Tiada respon. “Ala, Sayang ni tidur pulak”


Sarah ambil karung plastik hitam, letak badan lembik Hansen dan bungkus kemas. Sarah terfikir mahu buang di lorong gelap belakang rumah anonymous.


“Rumah siapa ya?”


Sarah mengangkat kening dan melihat kamu yang sedang membaca kisah Sarah. *lirik mata*
"Kamu mahu kongsi guli dengan Sarah?"

#kad hari lahir corak bola
#sebalang kaca mata

13 comments

July 30, 2011 at 10:56 PM

eh sarah main angkat kening pulak degan aku ye... sorry la sarah ye... i ni dah kawin... takut la sarah nanti tak pasal pasal kepala i kena lesung batu tumbuk cili .... you cari lelaki lain lah ye sarah... he he he he

July 30, 2011 at 11:00 PM

erkkk..
guli? mata?
uwaa.. seram2.. lari laju2..
haha

July 30, 2011 at 11:09 PM

erkkkkk.... Mr Iz... komen aku macam kau... aku nak tunang... sila jangan main mata..


hoho... dill nak jadi penulis seram ke ni?

July 30, 2011 at 11:15 PM

gulp!

oh..makin seram citer dill ni..

July 30, 2011 at 11:18 PM

err menarik !

tapi ending dia agak curios ~ siapakah ? hahah ;p

addin taknak !

July 30, 2011 at 11:18 PM

sarah, bleh tuju lagu?

July 30, 2011 at 11:51 PM

mata.balang.torehan.cungkilan.

dill, kau marah sama siapa nie?

July 31, 2011 at 12:02 AM

nak pinjam ...

July 31, 2011 at 12:05 AM

ah,sarah gila.
btw bole bagi guli2 satu? ;p

July 31, 2011 at 1:14 AM

xmau terlibat sarah...
saya xabis study lagi.....

July 31, 2011 at 10:51 AM

hahahhaa... pinjam guli, nak mian congkak..

July 31, 2011 at 4:30 PM

dill.


rasa yang "sarah" rasa itu sama macam apa yang sarah yang sedang menaip ini rasa. :)

Anonymous
July 31, 2011 at 5:02 PM

tayah la pandang2 chemay..
hishh sarah niee
-.-

Post a Comment