Thursday, March 31, 2011

beli buku~

Sudah lama tidak membeli buku. Bajet kureng. Haha!

membaca jambatan ilmu [March 24, 2011]

gosip panas tentang dill

Gambar eksklusif wartawan sedang bergosip tentang dill. Famous ke minah tu? Skema semacam je. Aku berani cakap la, belog die cabuk beb!

dengar sini rakyat jelata. aku ada gosip panas nak kongsi dengan kamu.
ape die? ce cite. ce cite

aku cite kat anak ayam dulu. macam ni...
siput & kekure: ape la gosip tu ye

korang, macam ni. sebenarnye kan..sok..sek..sok..sek..
si dill tu, perasan belog die terkenal. padahal habuk pun tak de. ce korang bace ape yang die tulis.
hampeh je.
siput, kekura & anak ayam: a'ah la. perasan.

Dill: apekah...aku kena kutuk dengan boneka comel, kiut ni? hampagas!

Wednesday, March 30, 2011

siapa bersiul pulak ni

Selepas menutup pintu peti ais, aku sibuk membasuh pinggan mangkuk di sinki. Tiba-tiba terdengar bunyi macam ada orang bersiul. Aku cuak juga. Tetapi buat-buat macho. Aku buat tidak tahu sahaja.

Beberapa kali aku terganggu dengan bunyi siulan itu. Bersahut-sahutan okei. Aku memang tidak selesa. Ah sudah. Siapa pula yang rajin bersiul ni. 

Setelah beberapa hari asyik dengar bunyi siulan, aku mula menyiasat. Periksa kabinet, bilik air, sebelah tv, bilik tidur, bawah tilam, tepi tingkap, bawah sinki dan sebagainya. Sambil-sambil tu aku buka-tutup peti ais sebab nak minum air sejuk. Best woo~ letih mencari, lepas tu teguk air sejuk.

Bunyi siulan lagi! Hah! Kat mana tu?!

Aku cepat-cepat cari. 

Cari punya cari, alkisah, peti ais yang bersiul. Bila tutup pintu je, terus berbunyi. Dua kali pula tu. Macam bersahut-sahutan. Aku yang cuak ni, gelak sendiri.

Hampeh.
amik dari Google

Tuesday, March 29, 2011

segmen cikgu bertanya: best ke couple?

Baik! Ditag oleh bro Azroy bin Kassim. Sila terjah ramai-ramai ke blog dia. Okei. Seperti biase, ade beberapa syarat yang kene ikut kalau nak join segmen ini. Klik kat gambar untuk ke belog tuan penganjur.

klik sini untuk lawat belog cikgu suraya

kamu couple ke tak?
Buat masa ni, tak~


kite single. jadi cerite pasal orang yang kite minat la.
Suke sangat kat seorang ni. Tapi dia tak tahu. Suka diam-diam je. Rasanya macam tak de harapan dengan die. Jap, nak tunjuk gambar die.

:)
best ke couple?
kalau masing-masing setia, tolak ansur, faham memahami, insyaallah satu hubungan tu akan jadi best. kalau jeles je memanjang, jenuh woo~

pernah gaduh besar?
pernah. sebab ade parasit dok gedik-gedik ngan die. pastu die layan. bengong. (cerite dulu. hihi)

ape harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?
semoga die ikhlas sayang saye & famili saye. usah le curang-curang. cam bangang je.

Tag:

*tiga orang dah la~

Monday, March 28, 2011

sapa menyapa sesama jiran la konon

Aku tinggal di kawasan yang padat dengan manusia. Ya, semua tempat pun padat dengan manusia :) Cuma di sini, memang terasa kepadatannya. Aku sangat bersyukur kerna dapat menyewa di kawasan sini. Dekat dengan tempat kerja dan pengangkutan awam pun banyak. Semasa hendak mencari rumah sewa dulu, aku memang cuba sedaya upaya untuk menyewa sebuah rumah dalam kawasan walking distance. Aku tidak punya kereta atau motor. Cuma kaki kurniaan Ilahi membawa aku ke mana-mana buat masa ini. Alhamdulillah.

Bila dah padat tu, macam-macam perangai la ada kan. Semasa aku pulang dari mengajar tuisyen, aku melalui sekumpulan anak muda. Aku membawa payung, takut-takut hujan. Di sini, kejap-kejap panas. Lepas tu tiba-tiba hujan lebat. Jadi, kita sediakan payung sebelum hujan :)

Kak, hari tak hujan. Tak payah la bawa payung.

Cik Adik, boleh pinjam payung?

Serius, aku tidak selesa dengan manusia sebegitu. Niat mereka mungkin bergurau senda. Tetapi biar berhemah. Entah-entah aku ajar adik-adik mereka. 

Sabar sajalah.

Sunday, March 27, 2011

jadual padat o_O

Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi komen :)

Aku tahu, kamu semua memang berhati mulia. Tidak mampu berkata tidak. Tetapi kan, dalam kehidupan ni, kita kena belajar untuk berkata 'Tidak'. Dalam situasi aku, aku perlu menolak. Masih tiada khabar dari Kak M.

Setiap
Isnin & Rabu - aku ada kelas malam selama 1 jam 30 minit
petang Selasa aku ada latihan sukan.
pagi Selasa, Rabu dan Khamis - aku ada kelas tambahan dari pukul 7 - 7.30 pagi

Selain waktu rasmi di sekolah, yang tersenarai kat atas tu antara tanggungjawab tambahanku. Itu baru 2% daripadanya. Aku bukan mengeluh. Bukan merungut. Namun, aku perlu rehat. Sedangkan diri sendiri pun tunggang terbalik, macam mana aku hendak mengurus anak orang lain? Hendak hantar-ambil anak orang? Jaga kereta orang? Jaga rumah orang? Aku tak mampu.

Aku sangat suka mengajar. Suka sangat-sangat. Tetapi aku bukan robot.

Aku juga perlu rehat. 


p/s: entri ini fokusnya kepada Kak M. tapi nampaknya terfokus kepada bidang kerja aku. aku bukan merungut. aku cuma hendak tekankan di sini, aku tidak mampu jaga anak orang sedangkan aku sendiri terkapai-kapai.

kalau baik pun, jadi hal jugak~

kiriman SMS untukku
Ada apa dengan SMS di atas? Ada cerita di sebaliknya.

Aku mendapat panggilan dari kawanku. Kita gelar dia Kak J. Memberitahuku tentang seorang hamba Allah  (Kak M) ini yang bersemangat bertanyakan pelbagai soalan tentangku kepada kawanku.

J, Dill tau bawak kereta tak? Dia ade lesen tak?

Saya tak tau kak. Walaupun saya rapat dengan dia, bukan semua benda saya tau.

Aku bukan apa, aku ingat nak mintak tolong dia ambik-hantar anak aku - 3 minggu. Duduk rumah aku, guna kereta aku.

Kak M cuba tanya Dill sendiri. Saya tak boleh jawabkan apa-apa untuk dia.

Okei. Kita hentikan perbualan mereka di situ. Kak J beritahu aku lagi, Kak M hendak menghadiri majlis kovokesyen anaknya di luar negara. Jadi dia mengharapkan aku untuk tengok-tengokkan anak-anaknya. Cuma, anak yang bakal ditinggalkan nanti, bukan budak kecil lagi. Sudah berumur 17 belas tahun dan 11 tahun. Kak M kata dia tidak harapkan sangat  anaknya yang tingkatan 5 itu.

Aku tidak biasa sangat dengan Kak M. Aku bukan satu tempat kerja dengannya. Aku juga punya komitmen lain di tempat kerjaku. Diri sendiri pun tidak terjaga, hendak jaga anak orang lain? Kalau keretanya tercalar? Rosak? Woho! Aku tidak berani.

Emakku sering berpesan supaya sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Ya, aku sedang mengikuti nasihatnya. Tetapi baikku bukan untuk dipergunakan sesuka hati. Bukan untuk dipijak-pijak. Ada batasannya. Aku tahu Kak J ambil berat denganku. Itu sebab dia telefon awal untuk beritahu sebelum aku terkejut dapat panggilan dari Kak M. Sehingga entri ini ditaip, dia belum menghubungiku lagi.

Jika orang yang tidak faham situasi aku, akan kata aku pentingkan diri sendiri atau kejam. Akan kata aku ini tidak membantu kawan-kawan. 

Terpulang. Pendapat masing-masing.

nombor keramat

Baru sahaja siap key in markah murid-murid kelasku. Fuh. Sekarang ini di mana-mana sahaja aku nampak nombor. Sudah gila nomborkah? Bukan nombor loteri ya.

ehsan pacik Google

Aduh. Markah mereka tidak begitu memberangsangkan. Aku susah hati. Macam mana hendak menaikkan markah mereka ini. Matematik, Sains, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu: Pemahaman dan Penulisan bukan bidang aku. Dan untuk rekod, aku pun tidak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris. Setakat hendak ajar sikit-sikit, boleh lah. Banyak sangat markah berwarna merah ni. Susah hati. Susah hati. Walau bukan subjek aku, namun aku risau juga. Takkan selamanya mereka hendak macam ni. Kena push ni. Suruh rajin belajar. Masalahnya, budak-budak kan. Diberi pilihan, buku atau tengok tv, mesti pilih tv. 

Aku akan cuba pulun habis-habisan untuk naikkan markah Bahasa Inggeris. Enam orang gagal. Sedih. Aku dah lobi, beli kamus bergambar, buat kerja sekolah, baca buku Inggeris. Mereka buat tak tahu je. Lepas tu, tak tau hendak jawab soalan ujian.


Rasanya, dah garang macam singa dah~

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011

Sambutan Earth Hour tahun ini.
kredit untuk pacik Google
pernah tulis di blog tentang Earth Hour 2009

si kening lebat

Aku suka tengok muka dia ni. Nur Elfira Loy. Mungkin sebab dia mempunyai kening yang tebal kot :)

ehsan pacik Google

aku dan tangga

Orang lain pergi ke gimnasium untuk bersenam. Tak pun pergi joging kat taman-taman. Kawan aku pernah bertanya kepadaku,

Tak pergi bersenam ke petang-petang ni. 

Saya rase sudah cukuplah saya turun naik tangga setiap hari. Tu pun kira bersenam dah.

Ya, aku tidak pernah pergi ke gimnasium. Nak pergi joging, pemalas nak mampos. Haha! Aku anggap apa yang aku lakukan setiap hari adalah senaman. 
tangga oh tangga~
Rumah sewaku berada di tingkat paling atas. Turun naik tangga lagi.
Aku berjalan kaki ke tempat kerja. 
Aku naik turun tangga ke pejabat sekolah.
Aku naik turun tangga ke bilik guru yang berada di tingkat 1.
Kelas-kelas yang aku ajar berada di tingkat paling atas. Dari tingkat bawah ke tingkat paling atas - lebih kurang 70 anak tangga.
Balik dari sekolah, berjalan kaki lagi.
Dipendekkan cerita, kaki memang sentiasa bergerak.  

Ingat lagi, ada satu hari tu aku kena pergi kursus kat Port Dickson. Kawan aku beria-ria kata dia akan ambil aku selepas solat Subuh. Aku punya la kalut siap-siap lepas solat. Bila nak turun tangga, aku tengok tangga gelap je. Penghuni kat sini tak pasang lampu ke. Aku pun turun perlahan-lahan. Sebelum ni aku sudah kira jumlah anak tangga setiap tingkat. Tengah syok-syok turun tangga, aku tergelincir. Astaghafirullah. Aku silap bajet jumlah anak tangga.  Tersilap kira. Jatuh tangga la jawabnya. Terdengkut-dengkut turun ke tingkat bawah dan berjalan ke perhentian bas terdekat. Kawan aku lambat 45 minit okay. Aku tertekan dibuatnya.

Kursus di PD dengan kaki sakit ya amat. Di sana kakiku bengkak. Nasib baik tak teruk. Bersyukur sangat-sangat. Sedih sangat sebab masa sakit, famili jauh. Rasa nak menangis. Sabar je.

Famili aku geleng kepala bila dengar cerita aku jatuh tangga. "Dill ni macam-macam," kata emak. 

Aku sengih.

Friday, March 25, 2011

rest in peace Elizabeth Taylor

Semalam terdengar berita tentang pemergian bintang lagenda terkenal Elizabeth Taylor. Dia mengalami masalah jantung.

kredit untuk pacik Google

Aku suka dia. Serius. Pada aku, dia sangat cantik dan berbakat. Pendapat orang lain aku tak tahu la. Setiap orang lain perspektif kan. Aku tidak mengikuti tentang dia sangat. Cuma aku aware yang dia kawan baik mendiang Michael Jackson.

Aku tidak hafal filem lakonannya.
Aku tidak ada koleksi gambar-gambarnya.
Aku tidak ingat karektor yang dibawanya.

Yang aku tahu, kecantikannya pernah menggegar bumi Hollywood satu ketika dahulu.

who is Elizabeth Taylor?

ah sudah! komputer ribaku buat hal

Skrin komputer ribaku sudah mula bergegar teruk. Paparan amat menyedihkan. Aku rasa gegaran kat skrin ni merupakan salah satu sebab kenapa aku sakit kepala teruk sebelum ini. Masalahnya, sekarang pun ia buat aku sakit kepala juga. 

Nak baiki bukannya murah. Perlu duit. Aku tengah berjimat cermat ni. Allah. Dugaan kehidupan. Lepas satu, satu. Aku harap sangat adikku cepat sikit beli cakera keras (hardisk) supaya aku boleh buat back up. Banyak sentimental value walaupun usianya belum sampai dua tahun. Aku tahu, komputer riba ni boleh dikatakan masih baru kan? Aku tak tahu la kenapa dia buat hal. Aku banyak kerja woo.

Tolong bertahan hingga hujung tahun ni. Aku akan hantar kamu ke rumah sakit bila cuti sekolah akhir tahun tiba. Tolong. Tolong.

cerita balik dari sekolah

Masa dalam perjalanan pulang dari sekolah kelmarin, terlihat seorang murid sekolah duduk diam di tepi jalan. Kawan-kawannya duduk di sekitar dan mereka seperti gelisah. 

Cikgu, cikgu. Van tinggalkan dia.

Eh, kenapa? 

Mak dia tak bayar duit van.

Astaghafirullah. Kenapa lah pemandu van tu sanggup buat budak sekolah macam ni? Dia tak bersalah. Muka dia monyok je. Tak de salahnya tolong hantarkan budak tu balik ke rumah. Nanti bincanglah dengan emak dia. Budak itu tidak tahu apa-apa. Aku tidak dapat membantu kerna aku juga tiada pengangkutan. Aku hanya berjalan kaki pergi-balik sekolah.

Kebetulan ada seorang hamba Allah ini memberhentikan motornya. Beliau bertanya kepada budak itu tentang masalahnya. Beliau seperti mahu menghantar budak itu pulang. Tetapi, budak itu tidak tahu di mana rumahnya. Kasihan betul. Aku tidak dapat tunggu lama. Aku perlu hantar dua orang anak kawanku pulang ke rumah mereka. 

Kami berlalu pergi. Tidak tahu apa kesudahan cerita budak malang itu. Moga dia dapat balik rumah.

Thursday, March 24, 2011

Harley Davidson tu!

Fuh! Kena cepat-cepat taip. Masih ada kerja menunggu di sebelah ni ha. Siang tadi menunaikan segala tanggungjawab yang ada di KLCC. Sempat snap gambar kat bawah ni.

amacam?
Dalam kedai ni ada macam-macam aksesori untuk motosikal besar Harley Davidson tu. Aku tengok dari luar aje. Segan pula hendak masuk. Ye lah, poket bukannya tebal mana pun. :)


Aku ada juga beli sebuah buku. Tidak sempat hendak tangkap gambarnya. Lain kali ya. ciaO!

Wednesday, March 23, 2011

memang sibuk tapi belum dapat kalahkan YB lagi

Apa punya tajuk entri da..Haha!

Maaf kerna tidak sempat menjelajah ke blog kawan-kawan. Hari Isnin hingga Rabu memang aku sibuk dari pagi sampai malam. Maaf ya.

Sayang kamu semua :)

Tuesday, March 22, 2011

oh tren! kau memang menguji kesabaranku

Ahad lepas merupakan hari terakhir cuti persekolahan penggal pertama. Jadi, aku kena pulang ke tempat aku mencari rezeki. Tiket tren sudah selamat dibeli awal-awal lagi sebelum pulang ke kampung. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Tertulis pada tiket hometownku ke KL Sentral, pukul 11.57 pagi tren akan bergerak meninggalkan stesen. Pukul 11.30 pagi aku dan emakku sudah sampai ke stesen. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba ada pengumuman. Tren mungkin akan tiba lewat dari jadual. Kalau lewat 30 minit ke satu jam, aku okei lagi. Dijangka sampai pada pukul 1.30 petang. Astaghafirullah.

Emak dan aku menunggu kat stesen. Nasib baik berdua. Ada kawan bersembang. Kalau aku seorang, mati kebosanan la jawabnya. Tunggu, tunggu dan tunggu. 

"Tren ke Kuala Lumpur dijangka tiba pada pukul 1.45 petang." umum petugas stesen. Aku sudah tidak senang duduk.  Kemudian, pagar kecil dibuka dan aku menuju ke platform menunggu. 

Kebetulan ada seorang mamat berbaju biru duduk berdekatan denganku. Ramah dia bersembang. Menceritakan tentang dirinya. Bertanya kepadaku sama ada aku masih belajar lagi. Aku kata aku sudah bekerja. Tiba-tiba bertanyakan tentang umurku. Selamba je dia. Aku kata umurku sudah banyak. Bila aku beritahu dia, dia seperti terkejut. Rupa-rupanya dia muda setahun sahaja daripadaku. Haha! Tren sampai. Kami pergi ke gerabak masing-masing.

Dalam masa yang sama, aku menghantar pesanan ringkas kepada emakku yang berada di sebalik pagar.

"Mak, mamat baju biru ni bersembang la pulak"

"Sembang le. Orang tua, tak pe"

"But Mom, he said he's 2* years old"

"Ei..ngape ghopenye macam dah umo 40?"

"Hahahahahaha!!! Mak jahat!"

Mak aku ni...

Monday, March 21, 2011

Tahniah, Zaid Najmuddin! Alhamdulillah.

Tahniah, Zaid Najmuddin!

Anak didik sekolahku berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan akhir Rancangan Adik-Adikku di RTM 1. Petah berpidato merupakan bakat beliau. Cikgu bangga denganmu. Semoga terus berjaya. Tahniah! :)

jiwa dan hati

Jiwa dan Hati merupakan dua orang sahabat baik. Ke mana-mana pun asyik bersama. Sampai orang kata sudah seperti belangkas. Persahabatan yang dibina berlandaskan kepercayaan. Satu hari, Jiwa terlihat hati menangis tidak henti-henti. Jiwa terasa pelik dan bertanya kepada Hati apa yang telah terjadi. Hati menceritakan perkara yang merunsingkan dirinya. 

"Jiwa, aku sebenarnya buntu. Di hadapanku ada dua batang jalan. Jalan A dan Jalan B. Jalan A ini penuh onak duri. Aku pernah cuba meredah jalan ini namun kakiku luka. Aku tidak mahu kakiku berdarah kembali jika aku lalu jalan ini sekali lagi. Jalan B pula adalah jalan yang tidak pernah diteroka orang. Jalan misteri. Aku baru jumpa jalan ini, dua tiga bulan lepas. Aku tidak berani hendak lalu. Nanti aku diterkam harimau, bagaimana? Aku buntu, Jiwa. Buntu. Kau tolonglah aku," cerita Hati bersungguh-sungguh.

Jiwa terdiam. Bagaimana aku hendak menolong sahabatku ini. 

"Hati, adakah kau pernah sampai ke penghujung Jalan A sebelum ini?"

Hati menggeleng. "Kaki dan tanganku luka teruk. Berdarah tidak henti-henti. Aku ambil keputusan untuk berhenti dan berpatah semula,"

"Kau tidak berani melalui Jalan B dan tidak sanggup meredah Jalan A. Aku tiada kata-kata yang sesuai untuk menenangkan hatimu, kawan. Nasihatku, kau fikirlah baik-baik. Aku tidak mahu lihat kamu luka teruk, Hati. Fikir masak-masak. Dunia ini memang penuh dengan macam-macam pancaroba. Pancaroba itulah yang membuatkan hati kau dan aku cekal. Aku sayang kamu, sahabatku," bicara Jiwa panjang lebar.

"Terima kasih, Jiwa. Aku akan cuba sedaya upaya." Hati mengesat air matanya.

Jiwa dan Hati meninggalkan persimpangan itu dan pulang ke rumah masing-masing. 


Nah, itu jawapan Jiwa dalam kisah ini. 


Tetapi jika kamu berada di tempat Jiwa, apa yang akan kamu katakan kepada Hati?

Sunday, March 20, 2011

back to school

Finally, a week of school holiday is over. And I have lots of work to be settled as soon as possible. 

Saturday, March 19, 2011

macam mana boleh terjebak dengan aktiviti air ni?

Online Registration will open in 5..4..3..2..1..0 Go!

Pelajar Taman Ilmu dan Budi rakus membuka aplikasi web untuk mendaftar subjek baru untuk semester depan. Aku dan rakan-rakanku, Fid, Tya dan Fizah tidak terkecuali. Kami sudah berbincang subjek mana yang ingin dipelajari nanti. 

Salah satu requirement untuk graduasi adalah dengan mengambil kelas kemahiran atau di sini kami panggil kelas skill. Ada banyak kelas skill yang ditawarkan. Macam bola jaring, badminton, pengucapan awam, bola sepak, menjahit dan sebagainya. Kami berempat sudah bersemangat untuk mengikuti kelas memasak. :)

Dill: Korang, tak boleh nak regis kelas memasak la! Dah penuh! Macam mana ni?!
Fid, Tya & Fizah: Kitorang pun tak boleh. 

Dengan kelam kabutnya, sibuk cari kelas lain. 

Menjahit - Penuh!
Bola Jaring - Penuh!
Badminton - Penuh!

Fid: Ha! Ada satu kelas yang tak penuh lagi! Kayak! Cepat-cepat, ambil nombor kelas ni. Sebelum penuh!

Akhirnya kami berempat masuk ke kelas Kayak. Fuh! Macam tak percaya.

Kelas pertama, rupa-rupanya ramai kawan kami yang tak dapat daftar ke kelas skill yang mereka nak. Maka berkumpullah di kelas Kayak. Haha! Dapat kenal kawan-kawan baru dari kos lain. Semuanya sporting dan baik :) Kelas kami tidak punya penghuni yang ramai. Bawah 20 orang rasanya.

Kami pernah ke Kem Lambaian Danau di Melaka untuk aktiviti kayak tika semester 6 dan menyusuri Sungai Pahang pada semester yang seterusnya. Masa berkayak memang seronok lah! Letih tu, tidak dapat dinafikan. Tetapi, pengalaman berkayak dengan kawan-kawan dan jurulatih sangat-sangat seronok.

Adda, Phyd - masih ingat tak?

Sangat merindui zaman itu~


p/s: lawat la blog Libragurlz. Ade name ai tau :)
p/s lagi: aku tak reti berkayak weh. jangan suruh aku ajar. nanti kite berdua terbalik. haha!

seniman

Hanya ingin berkongsi sekeping gambar dengan kamu semua. Mereka sering ada di kawasan Pasar Seni/Central Market (CM). Mendendangkan pelbagai irama, menghiasi suasana.

busking

apa yang aku jumpa di sana sini?

BTS adalah Berjaya Times Square. Selalunya bila aku dan kawan baikku keluar berjalan-jalan, BTS akan terselit sekali dalam pelan kami. Menjadi tempat tangkap gambar. Haha! Walau bagaimanapun, ada satu ketika, mata aku sempat melihat sedikit kesalahan bahasa di satu-satu tempat di sana. Bukan kerna aku ingin mengutuk bagai, tetapi ramai orang boleh nampak kesalahan bahasa ini. Bayangkan jika pelancong luar negara melihatnya. Siapa yang malu? Malaysia juga. Akan jadi bahan buat mereka bila pulang ke negara masing-masing. Malaysia tidak meneliti bahasa yang digunakan di mana-mana jua.

kamu perasan tak?

Gambar di atas aku snap tika menunggu kawanku di washroom. Kamu perasan tak apa yang silap di situ?

MAN UP! WHAT WRONG WITH HIS STYLE? 

Bukan What wrong ye. What's Wrong (What is wrong with his style?). Ini antara asas Bahasa Inggeris. Kenapa perlu ada kesalahan. Bukan satu buah pintu ada tertulis ayat ni. Ada dua tiga buah pintu ye. Aku ingin sahaja memperbetulkannya. Tapi nanti ditangkap kerna vandalisme.

Ada satu lagi gambar untuk kamu. Aku snap tika aku dalam bas ekpres ke Kuala Lumpur. Iklan ini elok dicat pada badan sebuah lori mini. 

maaf. tulisannya sedikit kabur. lori mini sedang bergerak.
Ini pun antara asas Bahasa Inggeris. Memang diajar kita mesti menggunakan 'an' bila jumpa perkataan bermula dengan a,e,i,o,u. Namun, bukan semua perkataan ya. Bergantung kepada bunyi permulaan satu-satu perkataan itu. Contohnya, university, universe, unique dan sebagainya. Memang bermula dengan huruf u. Cuba kamu bunyikan perkataan-perkataan itu. yuniversity, yuniverse, yunique. Betul, kan? Jadi, 'an' tidak boleh digunakan di sini.


An Unique Breathable  - wrong! It should be A unique

Lori mini itu telah berjalan ke merata tempat. Tanpa ada sesiapa yang sedar. Aku segan. Tolong peka dengan bahasa anda. Bahasa Melayu pun sama ya.


p/s: buat kawan-kawan yang tidak berapa faham tentang entri sebelum ini, maafkan aku ya.  Bak kata Miss Shikioaku guna bahasa tersurat dan tersirat. Siapa yang faham, bagus lah :)

Friday, March 18, 2011

jiwa jiwa jiwa

Ini entri yang ke-300. It is going to be different than usual. Really? 

Ketika aku sedang menyusur laluan kehidupan dengan tenang, tiba-tiba di hadapanku muncul satu longgokan dedaun kering. Di sebalik warna keperangan dedaunan itu, terselit dedaun kehijauan, pinta diselamatkan dari longgokan itu. Berharap aku menariknya keluar dari warna mati.

Aku pandang tanpa rasa apa-apa. Tiada perasaan belas. Tiada benci. Tiada dendam. Tiada suka. Mahupun harapan. Puas si daun hijau menjerit meminta aku memahaminya. Menerangkan segala. Namun, aku sudah tidak percaya apa jua mainan kata-kata si daun hijau. Cukup sudah segala onar diberi. Cukup sudah duka dihadiahi. 

Daun hijau, seperti apa yang kamu nampak, kamu masih hijau. Perjalanan kehidupanmu masih panjang. Pilih jalan yang diredhaiNya. Elakkan terbabas dari landasan kebenaran. Ya, dunia ini indah. Penuh warna-warni. Penuh gula-gula manis. Penuh lolipop sana sini. Yang Maha Esa telah kurniakan 'aql kepada kamu. Gunakan sebaiknya. Belajar membezakan mana yang baik dan buruk. Aku tidak akan berada di sisi kamu lagi, daun. Kamu belajar mencari kehidupan hakiki dengan menyayangi Ilahi sepenuh hati.

Daun hijau, aku doakan kamu berjumpa dengan daun hijau yang terbaik untuk kamu. Jangan sia-siakan dia seperti mana kamu lakukan kepada daun-daun hijau yang lain satu ketika dahulu.

Thursday, March 17, 2011

survey, timbang berat dan ukur tinggi percuma sahaja

Hari ini rumah aku menerima kunjungan beberapa orang anak muda, pelajar perubatan Universiti Malaya (UM) di mana mereka membuat survey dan pemeriksaan kesihatan.

Empat orang pelajar lelaki datang ke rumah pagi tadi. Banyak betul soalan yang mereka tanya. Ingatkan sepuluh soalan je. Sekali, aku tengok ada satu buku. Dah macam menjawab ujian pula. Responden sudah tentulah aku dan emakku. Kami berdua sahaja di rumah waktu-waktu begini. Merangkumi pelbagai aspek. Bukannya kami tau semua perkara. Salah seorang dari mereka menggunakan medical jargon.

Don't use medical jargon. We don't understand. Just use the layman terms.

Aku tegur. Dia ketawa. 

Selepas bertungkus-lumus menjawab soalan mereka, kami meneruskan aktiviti biasa. Tonton televisyen, makan tengahari dan tonton televisyen semula. Haha!

Dalam pukul 4 petang tadi, ada sekumpulan pelajar UM lain datang lagi. Kali ini siap dengan penimbang berat, tiang ukur tinggi dan alat untuk periksa tekanan darah. Salah seorang dari mereka, berkata kepadaku,

Dik, timbang berat di sini.

Aku gelak. Adik?

Mak aku menyampuk. Dia sudah tua. (kan aku kata mak aku memang rajin jawabkan soalan untuk aku)

Timbang punya timbang. 44.9kg! Mana mungkin! Aku protes. Timbang lagi sekali. Nasib baik nombornya sudah bertukar. Aku tidak seringan itu ye. Sedikit berisi. Haha!

Mereka pulang dengan nombor-nombor yang mereka perlukan. Aktiviti kami diteruskan dengan menonton televisyen dan menulis blog.

p/s: 
1.comel jugak pelajar medik UM. aku beritahu emak yang mana satu aku kate comel. Mak aku setuju! Hoyeh! Mak, kite geng!


2. jauh betul mereka datang. sampai ke Perak ni ha!


3. berat aku bukan 44.9kg! aku lagi berat la! Berat aku nak cecah 50kg dah weh.

SEGMEN BLOGGER : LELAKI vs PEREMPUAN ( FIZIKAL )


Tajuk segmen kali ini ialah Lelaki vs Perempuan dari Segi Fizikal. Ada beberapa soalan yang diutarakan oleh Encek BA.


1. Anda pernah jatuh cinta? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta? Kerana fizikal atau   keperibadiannya?
Ya. Aku pernah jatuh cinta sebelum ini. Bukan kerna wang ringgit atau kekacakan melampau. Cuma peribadinya yang mencuit sanubari aku.

2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup? Kenapa?
Fizikal tidak memberikan impak besar dalam pemilihan pasangan hidupku. Diizinkan Allah, aku menyayanginya kerna dirinya sendiri dan bukan kerna rupa paras, bentuk badannya.

3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik? Kenapa?
Satu ketika dahulu, aku senang melihat senyumannya.

4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia'.. Apakah anda setuju?
Bergantung kepada individu itu sendiri. Pendapat peribadi aku, bukan semua berisi tandanya bahagia. Kadangkala, bila stres pun boleh berisi juga :)

5. Setujukah, lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik? Jelaskan pilihan jawapan anda..
Pengalaman lalu aku mengajar bahawa lelaki kacak kaki perempuan. Namun, dari segi rasionalnya, bukan semua lelaki kacak kaki perempuan dan bukan semua perempuan cantik materialistik. Kawanku seorang lelaki kacak dan dia setia dengan isterinya. Sahabat perempuanku cukup cantik dan dia bersederhana dalam kehidupannya.

6. Beri contoh LELAKI IDAMAN dan Sila jelaskan pilihan anda..kenapa anda pilih 'si dia'
Diizinkan Allah, aku inginkan seorang Adam yang beriman jiwa dan raga. Sayang aku dan emak dan ayahku seadanya. Tidak perlu memukul gendang, mencanang betapa baiknya kamu. Biar diam namun nampak cahaya di wajah sendiri.

7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang?
Aku masih belum punya teman sejiwa. Jadi, aku tidak boleh menjawab soalan ini lagi :)

8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri?
Alhamdulillah, aku senang dengan fizikalku :)

9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya?
Jika untuk kebaikan rumahtangga, aku rasa tiada salahnya. Asalkan tidak bertentangan dengan syariat agama masing-masing. Kesihatan juga penting. Tidak guna badan langsing tetapi penyakit turut sama berdamping.

10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Memang banyak produk. Aku sendiri tidak pasti. Tidak berani mencuba. Sentiasa ingat pesan ayahanda. Jangan sesuka hati makan supplement atau apa jua produk tanpa nasihat pakar.

Noktah.

My 1st Giveaway by Shida dan Esya

Yah! Ditag oleh Cik Aleen. Pagi-pagi buta kena tag. Terbaik lah! Haha! Jadi, kita teruskan.



Kalau kamu semua ingin turut sama menyertai GA ini, klik saja banner itu. Ada syarat-syarat yang perlu kamu ikut.

Dipetik dari blog penganjur
  1. Mestilah korang kena ada blog nak join GA ni. Mana yang tak de sila la buat blog ya (:
  2. Follow blog shida dan blog Esya (tiada paksaan ok)
  3. Buat tajuk entri "My 1st Giveawak by Shida dan Esya". copy banner pada entri dan sidebar. (link kan ke blog shida)
  4. Sila sambung slogan ini: saya suka buat blog kerana....... *buat seringkas yang mungkin sebabnya shida tak suka baca yang panjang lebar macam karangan =p (buat ringkas tapi menarik dan padat)
  5. Setelah selesai semua di atas tag 5 rakan blogger korang (dia mesti tahu) dan komenkan link korang ke entri ini. Mudahkan =)

Saya suka buat blog kerana blog merupakan platform atau medium untuk jiwa saya menulis. Bukan untuk popular. Bukan untuk mengejar duit. Hanya menulis untuk ketenangan jiwa. A table for the food for my soul.

Boleh kamu berlima join GA ini?




Wednesday, March 16, 2011

motor baru ayah.

Okay, ini adalah motor baru ayah aku. Merah putih. Honda. Seperti motor anak muda. Ayah aku pun berjiwa muda juga. Haha! Tak de lah. Ayah kata sudah tiada EX5 buatan Jepun. Hanya tinggal buatan Thailand. Ayah mahukan Honda asli dari Jepun. Nah! Motor ini menjadi pilihan. Aku rasa, adik-adik lelaki ku akan jealous. :)

handsome tak saye?
Mungkin ada di antara kawan-kawan blog fikir motor ini bakal menjadi kepunyaanku. Oh tidak. Tidak. Aku tidak punya lesen motor. Masih tidak punya harta sendiri. Baru hendak membina kehidupan. Doakan aku berjaya. :)