Saturday, March 5, 2011

cikgu, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

"Cikgu, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa pergi ke KLCC". beritahu anak kawanku merangkap anak muridku.

Teringat kisah awal bulan Februari lepas. Nasibku tidak begitu baik. Modem broadband hilang dan bingkai cermin mata patah. Memang menarah poketku yang sudah sedia kering itu.

Aku ingin membeli modem baru dan destinasi terdekat (sebenarnya tu je tempat yang aku tahu) adalah Suria KLCC. Aku mengajak anak kawanku, Afiqah untuk menemaniku ke sana. Dia baru Darjah 3. Minta kebenaran emaknya untuk membawanya ke sana. 

Afiqah dan keluarga jarang keluar berjalan-jalan kerana ayahnya bekerja jauh di Pantai Timur. Hanya emak, abang dan adik bongsunya tinggal di sini. Mereka tiada kenderaan. Sama seperti aku. Alhamdulillah dikurniakan kaki, boleh juga berjalan ke mana jua.

Aku bawa dia berjalan dalam Suria KLCC tu. Dari hujung sebelah sana sehingga hujung sebelah sini. Setiap tingkat. Itu permintaan dia. Aku ikutkan aje. Cuma aku tidak bawa dia masuk ke kedai yang terselit di celah-celah bangunan. Banyak sangat aih.

Hampir pukul 1 petang, aku ajak dia pulang. Dia seperti tidak mahu pulang ye. Mahu berjalan lagi. Belum puas agaknye budak tu. Namun, kami pulang juga. Nanti emaknya risau pula. 

Lain kali bawa abangnya pula. Insyaallah.


syok mencuba topeng

8 comments

March 6, 2011 at 12:37 AM

wah bagus la cikgu ni.... bagus tu... lain kali bole la buat rombongan cik dill pulak... lawatam beramai ramai....ke tempat menarik dan bersejarah ke....he he he.... wah cikgu dah ajar anak muridnye window shopping ye...he he he he

March 6, 2011 at 12:44 AM

hihi. window shopping je mampu. ahaks. kalau ade keta lagi best. bleh g Jusco lak. :)

March 6, 2011 at 1:12 AM

baiknye cik dill...mina kalau pegi jln2 pun..suka bwk sepupu2 kecik2..

seronok kan tgk diorang happy...

March 6, 2011 at 1:29 AM

bukannye baik mane pun. mmg niat nak bawak die jenjalan :)

March 6, 2011 at 10:37 AM

klcc memang tempat lepak Khalis masa belajar dulu.. last pergi?baru 3 4 bulan lepas kot..masuk petrosains..hehe

March 6, 2011 at 11:10 AM

jarang pegi KLCC. terasa mcm KLCC ni bukan family shopping complex. :)

March 6, 2011 at 8:43 PM

bestnye dpt ckgu macam ni..
ari2 nk g KLCC..
ekeke

March 6, 2011 at 8:45 PM

kalau ari2 nak g KLCC, apekate kite lukis KLCC kat kertas mahjong & duduk tengok kertas tu selalu. terbaek :)

Post a Comment