Thursday, March 17, 2011

survey, timbang berat dan ukur tinggi percuma sahaja

Hari ini rumah aku menerima kunjungan beberapa orang anak muda, pelajar perubatan Universiti Malaya (UM) di mana mereka membuat survey dan pemeriksaan kesihatan.

Empat orang pelajar lelaki datang ke rumah pagi tadi. Banyak betul soalan yang mereka tanya. Ingatkan sepuluh soalan je. Sekali, aku tengok ada satu buku. Dah macam menjawab ujian pula. Responden sudah tentulah aku dan emakku. Kami berdua sahaja di rumah waktu-waktu begini. Merangkumi pelbagai aspek. Bukannya kami tau semua perkara. Salah seorang dari mereka menggunakan medical jargon.

Don't use medical jargon. We don't understand. Just use the layman terms.

Aku tegur. Dia ketawa. 

Selepas bertungkus-lumus menjawab soalan mereka, kami meneruskan aktiviti biasa. Tonton televisyen, makan tengahari dan tonton televisyen semula. Haha!

Dalam pukul 4 petang tadi, ada sekumpulan pelajar UM lain datang lagi. Kali ini siap dengan penimbang berat, tiang ukur tinggi dan alat untuk periksa tekanan darah. Salah seorang dari mereka, berkata kepadaku,

Dik, timbang berat di sini.

Aku gelak. Adik?

Mak aku menyampuk. Dia sudah tua. (kan aku kata mak aku memang rajin jawabkan soalan untuk aku)

Timbang punya timbang. 44.9kg! Mana mungkin! Aku protes. Timbang lagi sekali. Nasib baik nombornya sudah bertukar. Aku tidak seringan itu ye. Sedikit berisi. Haha!

Mereka pulang dengan nombor-nombor yang mereka perlukan. Aktiviti kami diteruskan dengan menonton televisyen dan menulis blog.

p/s: 
1.comel jugak pelajar medik UM. aku beritahu emak yang mana satu aku kate comel. Mak aku setuju! Hoyeh! Mak, kite geng!


2. jauh betul mereka datang. sampai ke Perak ni ha!


3. berat aku bukan 44.9kg! aku lagi berat la! Berat aku nak cecah 50kg dah weh.

20 comments

March 17, 2011 at 4:55 PM

awet muda la mi dill..
hihi..

kalau iema mmg dah mngntuk dah jwb survey tebal2...

March 17, 2011 at 5:29 PM

wahhh..anak branak sama2 sporting..hehe..syok ooo..blh tengok tv same2..hehe..lupe lak skrang musim cuti sekolah..heh

March 17, 2011 at 5:59 PM

knapa pelajr UM y comel itu xdtg rumah nonie..tnya la seberapa soalan pun!hahahaha

March 17, 2011 at 6:04 PM

@iema: kami tukang jawab je. soalan bebudak tu tanye secare live :)

@khalis: nanti khalis pun g la tgk tv ngan mak, isteri n baby :)

@nonie: gatai die ni

March 17, 2011 at 6:24 PM

duduk dekat kwsn UM ker..

bestnya.. dah lama tak timbang berat...

March 17, 2011 at 6:29 PM

tak de la kak. diorang datang perak ni

March 17, 2011 at 8:22 PM

hahaha :)

March 17, 2011 at 8:26 PM

dah ade cinta hati, jage elok2. gatai!

March 17, 2011 at 9:51 PM

salam..

wahh...untungnya.....dapat pemeriksaan kesihatan dariapad pelajar2 peruabtan UM tu..

March 17, 2011 at 9:53 PM

jawab soalan jep. hihi

March 17, 2011 at 10:56 PM

meh abang plak nak komen panjang2..haha..
berat sangt la tu 44 kg je..

March 17, 2011 at 11:06 PM

penimbang tu salah la abang zam. aduh. haha!

March 17, 2011 at 11:16 PM

apa timbang2 berat . hahaa
anis sekarang alergik ngan bnd aneh tu . no way . nnt anis x lalu nak mkn utk 2 minit ... :D

March 18, 2011 at 1:05 AM

salam...

Rajin benar budak2 UMni buat survey ye..siap bawa penimbang berat..tak berat ke bawa penimbang berat?

March 18, 2011 at 4:08 AM

eh dia orang tak datang umah aku pon...he he he... jawapan mak cik dill tu yg best tu.... cayalah mak cik.. give me 5...he he he...

March 18, 2011 at 10:35 AM

@anis: haha! 2 minit je? minit-minit yang seterusnye bleh makan dengan bestnye. kan?

@faris: mereka kuat! seperti incredible hulk! :)

@Mr Iz: motif? nak kate saye tua ye? cis!

March 18, 2011 at 10:50 AM

perhhh...ni jeles ni...cik dill nmpak muda dan ringan...hehehe....



ada jamu air dgn goreng pisang tak?
kihkihkih...

March 18, 2011 at 11:00 AM

ringan? oh tidak. i berat ye. hihi

tak jamu pape. haha! jamu ngan jawapan jek

March 18, 2011 at 11:14 AM

ringannyaaaaa... :P

sy & mak sy seperti kamu & mak kamu juga.. :)

March 18, 2011 at 11:16 AM

ringan? hahahahahahahahahahahha!


hoyeh! bleh kite ngedate berempat nanti:)

Post a Comment