Saturday, March 12, 2011

contest apa kata kamu tentang cinta

Kali ini mahu berbicara tentang cinta. cewah~


Bicara ini hanya aku utarakan kerna aku ingin join contest Encik Al Hakim. Jadi entri ini berkisar tentang Apa itu Cinta.

Kalau kamu semua ingin join pertandingan ini, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Dipetik dari blog Encik Al Hakim:
1.Buat satu entry tentang apa itu cinta.(tak de limit)
2.Letak banner ni di atas entry anda
3.Letak link entry yang dah dibuat di ruangan komen ini
4.Tag 2 orang rakan anda
5.Tarikh akhir 16.3.2011(cepat!)
6.Entry yang menarik akan di review.
-------------------
Banyak pendapat mengatakan cinta itu buta. Pada aku, cinta itu tidak buta. Yang membutakan cinta adalah manusia sendiri. Aku tidak punya pengalaman yang hebat dalam percintaan ini. Hanya cebisan kecil dalam sejarah kehidupan. Dengan ilmu yang tidak setinggi langit, tidak sedalam lautan, apa yang dapat aku simpulkan adalah cinta datang dengan pakej tersendiri. Sama ada dilukai atau melukai. Disayangi atau menyayangi. Dicintai atau mencintai.

Di kala melayari percintaan terhebat, waktu itu segala-galanya nampak indah. Tiada cela di mana jua. Bak kata orang, waktu itu bau kentut pun wangi :) Namun, apabila percintaan dilanda badai tsunami, macam-macam terjadi. Waktu ini tengok muka pun rasa hendak pelangkung. 

Pada pendapat aku, cinta memerlukan pengorbanan dari kedua belah pihak. Give and take. Jangan mengambil kesempatan sesama pasangan. Paling penting, kesetiaan. Aku letak satu contoh di sini:

Pasangan A dan B. Si A menyambung pelajaran untuk masa hadapan mereka berdua. Mereka dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa. Sepanjang si A berada di sana, berjuang dalam menuntut ilmu, si B bermain cinta di sebalik banjaran. Apabila tembelang si B pecah, si A merana. Di mana harga sebuah kesetiaan? Aku rasa si B sudah tiada cinta dalam hatinya apabila si A itu menjejakkan kaki di sana.

Perasaan cinta itu indah. Perasaan kurniaan Ilahi. Kita sebagai manusia sepatutnya mencintai Allah s.w.t. dan Rasul lebih dari segala-galanya. Namun, cinta sesama manusia juga perlu sebagai makanan jiwa. Food for our soul.

Noktah.

Aku harap kawanku yang dua orang ini sudi join sekali :)

10 comments

March 12, 2011 at 7:08 PM

cinta juga kadang kala melalaikan kita ..:)

March 12, 2011 at 7:13 PM

yeap. betul tu cik bunga. confirm2 topup cepat abes. ahaks

March 12, 2011 at 7:16 PM

pantas..masyeh sudi join..=)

March 12, 2011 at 7:21 PM

sokong kawan-kawan :)

March 12, 2011 at 9:27 PM

cinta?mina siyes takde pengalaman di kecewakan....sbb dulu mina selalu berdoa....


mina mohon jika mina dipertemukan dgn seorang lelaki...biarlah laki tu terus jd suami mina....



alhamdulillah......ehhhh...terpanjang pulak komen.....ckp cik dill tu betul...kena give n take...



tp jgn give bende tak sepatut pulak kan....kang laki main take je...
hihihi..

March 12, 2011 at 10:28 PM

biar waras dalam buat apa jua keputusan. jangan jadi gila serahkan apa saja tanpa fikir secara rasional. agama no 1 dalam apa jua keputusan.

March 14, 2011 at 4:33 PM

aha.. nice 1

March 14, 2011 at 4:40 PM

thanks cik nurussalwa :)

March 14, 2011 at 8:04 PM

cinta itu indah

March 14, 2011 at 8:15 PM

yeap. betul tu Miss Ran :)

Post a Comment