Tajuk segmen kali ini ialah Lelaki vs Perempuan dari Segi Fizikal. Ada beberapa soalan yang diutarakan oleh Encek BA.
1. Anda pernah jatuh cinta? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta? Kerana fizikal atau keperibadiannya?
Ya. Aku pernah jatuh cinta sebelum ini. Bukan kerna wang ringgit atau kekacakan melampau. Cuma peribadinya yang mencuit sanubari aku.
Ya. Aku pernah jatuh cinta sebelum ini. Bukan kerna wang ringgit atau kekacakan melampau. Cuma peribadinya yang mencuit sanubari aku.
2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup? Kenapa?
Fizikal tidak memberikan impak besar dalam pemilihan pasangan hidupku. Diizinkan Allah, aku menyayanginya kerna dirinya sendiri dan bukan kerna rupa paras, bentuk badannya.
3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik? Kenapa?
Satu ketika dahulu, aku senang melihat senyumannya.
4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia'.. Apakah anda setuju?
Bergantung kepada individu itu sendiri. Pendapat peribadi aku, bukan semua berisi tandanya bahagia. Kadangkala, bila stres pun boleh berisi juga :)
5. Setujukah, lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik? Jelaskan pilihan jawapan anda..
Pengalaman lalu aku mengajar bahawa lelaki kacak kaki perempuan. Namun, dari segi rasionalnya, bukan semua lelaki kacak kaki perempuan dan bukan semua perempuan cantik materialistik. Kawanku seorang lelaki kacak dan dia setia dengan isterinya. Sahabat perempuanku cukup cantik dan dia bersederhana dalam kehidupannya.
6. Beri contoh LELAKI IDAMAN dan Sila jelaskan pilihan anda..kenapa anda pilih 'si dia'
Diizinkan Allah, aku inginkan seorang Adam yang beriman jiwa dan raga. Sayang aku dan emak dan ayahku seadanya. Tidak perlu memukul gendang, mencanang betapa baiknya kamu. Biar diam namun nampak cahaya di wajah sendiri.
7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang?
Aku masih belum punya teman sejiwa. Jadi, aku tidak boleh menjawab soalan ini lagi :)
8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri?
Alhamdulillah, aku senang dengan fizikalku :)
9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya?
Jika untuk kebaikan rumahtangga, aku rasa tiada salahnya. Asalkan tidak bertentangan dengan syariat agama masing-masing. Kesihatan juga penting. Tidak guna badan langsing tetapi penyakit turut sama berdamping.
10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Memang banyak produk. Aku sendiri tidak pasti. Tidak berani mencuba. Sentiasa ingat pesan ayahanda. Jangan sesuka hati makan supplement atau apa jua produk tanpa nasihat pakar.
Noktah.
31 comments
hehe.. yg sederhana sahaja..
rajinnye jawab segmen..hehe.. khalis tak makan ape2 ubatpun.. kopi kat pasaran pun tak minum sangat..hehe
@khairul antasha: bersederhana lebih baik :)
@khalis: hehe. saje suke2.bistu minum ape ye?
menarik jg segmen blogger ben ni?
yeap. jadi, mari join skali :)
xpe lom temui sejiwa kerana insya"allah akan bertemu sehati...:)
hai rafi :)
thanks for dropping by
@insyaallah. thanks ilham
huhuhu....betol2...
senyum...xperlu kata apa2...
kacak luar kacak dalam..
cantik luar cantik dalam...:)
hai..salam kenal..suka baca jawapan orang..
@afuan: senyum itu sedekah :)
@missbby: salam kenal :)time kasih sudi singgah
datang sini baca jawapan anda..
fizikal dan paras rupa nombor 2
yang penting hati!
singgah dr blog abg ben^^
semoga berjumpa dengan Adam yang awak cari(:
singgah sini jom..
http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-lelaki-vs-perempuan-kerana.html
macam2 pendapat yang dekcik bace..
singgah lah blog dekcik
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/03/perempuan-kerana-fizikal.html
@mas, hazrina, nadiem, dekcik: time kasih sbb sudi singgah :)
dri blog abg ben..salam perkenalan yea....
follow awk nie...
http://nikaviolet88diary.blogspot.com/
bagi yaya pun fizikal jd no 2 berbanding peribadi :)
FRESH ENTRY :LELAKI VS PEREMPUAN KERANA FIZIKAL?
salam...
meyinggah sebentar..
senyuman yg manis..mampu buat hati terpaut..ye x? ;p
@nikaviolet,yaya,hidayah: time kasih sbb sudi singgah :)
sehingga akn mencuit sanubari? wao hebat la.. hehehe
;) sweet2
hahahha...nice2...jom singgah cini plak
http://salsabilahammar.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-lelaki-vs-perempuan-kerana.html
anyway, cantik blog awk..;)
@syazwani, salasiah: time kasih sudi singgah :)
kalo hati dah suke, semuanya tak kira dah...
ye. btul. hihi.
but, not really. :)
ade segmen ni yer... bila due date ni... hehehhe... rasa mcm nak join..
tak pasan lak due nye bile kak. rasenye tgh malam ni
nice entry...:)
selamat berkenalan ye...:)
prince dtg dri blog bro ben..
lau sudi jmputla ke blog prince yg newbiee n buruk nie...
singgah dr blog abg ben.. suka blog ni.. i follow... jom singgah umah cik gege..
http://gegeriuhgegeombak.blogspot.com/2011/03/ben-ashaarilelaki-vs-perempuan-fizikal.html
@prince: time kasih sudi singgah. ye ke newbie? mcm terbaek je dah :)
@cik gege: time kasih sudi singgah :)
hehehe...suke2...suke dgn jawapan cik dill....
tp mmg berisi la...mina lpas kawin ni....naik berisi betul...kihkihkih..
ni tgh maintain semula...
mina happy. tu sbb berisi :)