Ahad lepas merupakan hari terakhir cuti persekolahan penggal pertama. Jadi, aku kena pulang ke tempat aku mencari rezeki. Tiket tren sudah selamat dibeli awal-awal lagi sebelum pulang ke kampung. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Tertulis pada tiket hometownku ke KL Sentral, pukul 11.57 pagi tren akan bergerak meninggalkan stesen. Pukul 11.30 pagi aku dan emakku sudah sampai ke stesen. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba ada pengumuman. Tren mungkin akan tiba lewat dari jadual. Kalau lewat 30 minit ke satu jam, aku okei lagi. Dijangka sampai pada pukul 1.30 petang. Astaghafirullah.
Emak dan aku menunggu kat stesen. Nasib baik berdua. Ada kawan bersembang. Kalau aku seorang, mati kebosanan la jawabnya. Tunggu, tunggu dan tunggu.
"Tren ke Kuala Lumpur dijangka tiba pada pukul 1.45 petang." umum petugas stesen. Aku sudah tidak senang duduk. Kemudian, pagar kecil dibuka dan aku menuju ke platform menunggu.
Kebetulan ada seorang mamat berbaju biru duduk berdekatan denganku. Ramah dia bersembang. Menceritakan tentang dirinya. Bertanya kepadaku sama ada aku masih belajar lagi. Aku kata aku sudah bekerja. Tiba-tiba bertanyakan tentang umurku. Selamba je dia. Aku kata umurku sudah banyak. Bila aku beritahu dia, dia seperti terkejut. Rupa-rupanya dia muda setahun sahaja daripadaku. Haha! Tren sampai. Kami pergi ke gerabak masing-masing.
Dalam masa yang sama, aku menghantar pesanan ringkas kepada emakku yang berada di sebalik pagar.
"Mak, mamat baju biru ni bersembang la pulak"
"Sembang le. Orang tua, tak pe"
"But Mom, he said he's 2* years old"
"Ei..ngape ghopenye macam dah umo 40?"
"Hahahahahaha!!! Mak jahat!"
Mak aku ni...
17 comments
amboiii..lazer mak miss dill nie..hehehe
hottest entry di blog khalis :
Orang yang tak mempunyai tangan,tetapi hebat
Paku dan Budu mat saleh cakap melayu
Kereta polis canggih dari seluruh dunia
Rak buku yang menarik TETAPI buat Mak Mentua jeles
hahaha...jenis muke tua ek mamat tu???
oppss...:)
laki mmg cepat nmpk matang... ngeee~
klaka mak Miss Dill ^^
@khalis: mak memain je tu :)
@nonie: hahaha! ye kot. ops..
@miss shikio: emak saye mmg kelaka. ahaks
kematangan bukan pada usia..
tapi pada rupa..
hahaha.
:P
hahaha! speechless.
pedas betul....hahaha....
muka matang tu...kihkihkih
emakku mmg slamber. nasib baik kat sms jep
Mana tahukan dalam tiba2 terjadilah satu bibit2 yang tidak dapat dielakkan bermulanya daripada pertemuan di stesen keretapi..:-)
Kata orang dalam kita dok tak suka, itulah yang kita suka,dalam kita dok kutuk itulah orang yang kita puji...
Kata oranglah...
Blog No 3 - blogcomment 2
stedy la makcik...he he he... mamat tu bayak berfikir kot...he he he....
hahha..opsss!!ersasul lak..bkn tua,terlebih matang :)
naek tren memang kena byk bersabar..
mesti mamat 2 baru nk tacle mix dill, tp miz dill tua dr die pulak....
@jss: ye ke? hmm...nak pikir jap
@Mr Iz: ye la tu kot, pakcik
@nonie: hahaha! ops skali lg
@iema: oh..daku sudah tua
hahaha, lelaki yg matang... (",)
kdg2 muke lbh matang dr usia..
hihikk
lelaki mmg kebanyakkannya nmpak berusia dr usia sebenar..hehehe..kta perempuan juga yg nmpak muda..chewahhhhhh...
saya muka seperti orang muda tau :P