Tuesday, March 1, 2011

akhirnya ayah jual motor lama beliau

Selepas maghrib tadi adikku telefon. Suaranya sebak. Tersekat-sekat tahan tangis. Ah sudah. Kenapa dengan dia ni. Dia memberitahu aku yang esok ayah kami akan menjual motosikal kepunyaannya. Motosikal itu sudah lama dengan kami. No plat ABR ****. Sekarang ini sudah AH*. Hmm, aku pun sudah tidak pasti no plat di Perak sudah sampai mana. Motosikal tu banyak kenangan dengan kami. Tiba-tiba adikku senyap. Tidak bersuara. Aku panggil-panggil namanya. Rupanya dia menangis. Dia sedih. Aku memujuknya. Aku katakan, aku cuba pujuk ayahku. Aku akan telefon dia semula selepas menelefon ayahku. 

Hello, ayah.

Hello, ha. Lama tak dengar cerita.

Ayah, kenapa nak jual ABR. Tak payah lah. Adik sedih tu. Dia nangis.

Ayah pun sedih juga. Teringat bawa Kak Long jalan-jalan masa Kak Long kecil dulu. Bila teringat, sedih Ayah.

Selepas Ayah cakap macam tu, tiba-tiba air mataku turun. Aduh. Aku pula sedih. Masa tu Ayah masih meneruskan percakapan tentang kenangan famili kami dengan motosikal itu. Aku faham, Ayah perlukan motosikal baru kerana ABR sudah lama. Acap kali sakit. Masuk bengkel. Makan banyak duit. Aku tidak dapat pujuk Ayah. Selepas memutuskan talian, aku menelefon adikku. Menyatakan aku tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menangis juga.  

Biar orang kata kami gila kerna mengalirkan air mata kerana sebuah motosikal. Biar orang kata kami emosional kerna sebuah motosikal. Biar orang kata kami mengada-ngada kerna sebuah motosikal. Yang mahal bukannya motosikal itu. Yang mahal bukannya alat ganti motosikal itu.  Yang tidak ternilai adalah kenangan lama. Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit hatta dengan intan permata.

Kenangan lama mengusik jiwa. Menangis dalam diam. Sayu.

17 comments

March 1, 2011 at 10:03 PM

betul...sama la dgn mina...

dulu ada org nk sewa keta apak pun...
mina meraung2 tak kasi...
takut org tu curi...huhuhu...


sabar ye...

March 1, 2011 at 10:06 PM

mina, sedih sangat. dah nanges tadi
:(

March 1, 2011 at 10:40 PM

uhukkssss...no komen. tisu please...

March 1, 2011 at 10:45 PM

uwaa~

March 1, 2011 at 10:50 PM

cik dill sabar tau....mina pun blh paham perasaan tu...pe kata cik dill beli kt ayah cik dill...

March 1, 2011 at 10:56 PM

mina, dengan tahap kawangan saye skarang, saye tak mampu. rasenye ayah dah book motor baru

March 1, 2011 at 11:07 PM

Kesiannye.. Pasnih tgk gamba moto tu jela utk ubat rindu.. =)

March 1, 2011 at 11:17 PM

masalahnye gamba moto tu pun tak de. uwaa~

March 1, 2011 at 11:58 PM

tangkap la gambo cepat2..pasni boleh isi dalam frame..

March 2, 2011 at 12:01 AM

moto kat kampung. saye kat tempat lain. nanti nak suruh ayah tangkap gambo

March 2, 2011 at 12:51 AM

:( sedih mendengar apabila barang kenangan itu terpaksa dijual

March 2, 2011 at 1:36 AM

bawa besabar bertenang.... tak pe kenangan tu akan tetap abadi... kadang kadang kita kena mengorbankan sesuatu untuk mendapat sesuatu yang lebih baik walaupun kekadang amat payah kita menerimanye......tak mau nangis nangis la kalau air mata je yg meleleh ok la ni siap air idung skali meleleh ...hiiissss...he he he he.....

March 2, 2011 at 6:46 AM

@khrlhsym: memang sedih. tak dapat digambarkan dengan kata-kata

@Mr Iz: ehem. nanges je ye. tiada air idung. tett!


Miss Dill^^

March 2, 2011 at 4:22 PM

miss dill, shoutbox kamo...
(tiada kene-mengena dengan post)

March 2, 2011 at 4:26 PM

nape ye?

March 2, 2011 at 4:26 PM

hmmm...bila baca tajuk ni tingat motor TXR yg tersadai kat rumah sewa tu..snggp bwk lari dr kg x nk bg mama jual..kenangan cinta yg lalu..ohh TXR bila la aku ada modai nk sempurnakan ko blk...huhuhuuu...

March 14, 2011 at 11:18 PM

insyaallah. satu hari nanti :)

Post a Comment