Sunday, March 27, 2011

jadual padat o_O

Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi komen :)

Aku tahu, kamu semua memang berhati mulia. Tidak mampu berkata tidak. Tetapi kan, dalam kehidupan ni, kita kena belajar untuk berkata 'Tidak'. Dalam situasi aku, aku perlu menolak. Masih tiada khabar dari Kak M.

Setiap
Isnin & Rabu - aku ada kelas malam selama 1 jam 30 minit
petang Selasa aku ada latihan sukan.
pagi Selasa, Rabu dan Khamis - aku ada kelas tambahan dari pukul 7 - 7.30 pagi

Selain waktu rasmi di sekolah, yang tersenarai kat atas tu antara tanggungjawab tambahanku. Itu baru 2% daripadanya. Aku bukan mengeluh. Bukan merungut. Namun, aku perlu rehat. Sedangkan diri sendiri pun tunggang terbalik, macam mana aku hendak mengurus anak orang lain? Hendak hantar-ambil anak orang? Jaga kereta orang? Jaga rumah orang? Aku tak mampu.

Aku sangat suka mengajar. Suka sangat-sangat. Tetapi aku bukan robot.

Aku juga perlu rehat. 


p/s: entri ini fokusnya kepada Kak M. tapi nampaknya terfokus kepada bidang kerja aku. aku bukan merungut. aku cuma hendak tekankan di sini, aku tidak mampu jaga anak orang sedangkan aku sendiri terkapai-kapai.

24 comments

March 27, 2011 at 9:12 PM

iyee....kite bkn robot kan...
kalau nak jge hati org sgt kn..



nnti mcm mina la....seksa sendiri..
huhuhu...

March 27, 2011 at 9:21 PM

sabo jela ye cikgu..
;)

March 27, 2011 at 9:22 PM

jangan paksa..kalau murid boleh ponteng, masakan guru tidak..

haha..

baca lah : Gadis Tiut Cendrung Musik K-POP

March 27, 2011 at 9:24 PM

biasalah tu kerja..mana ada yang senang :-)

March 27, 2011 at 9:25 PM

@mina: kdg2 saye letih jage hati org. org tak jage hati saye

@cik ezy: time kasih :)

@abg zam: hehe. saye bukan guru mcm tu :)

March 27, 2011 at 9:29 PM

@faris: ya. saye faham tentang tu. dan saye tidak merungut

March 27, 2011 at 9:38 PM

robot xde hati sebab 2 kita bukan robot...
hihi....

bznya miz dill jangan lupa kesihatan k...
mybe kak M 2 segan lagi nk mntk tolong kot, sebab 2 xdengar2 berita...

March 27, 2011 at 9:42 PM

thanks iema :)

March 27, 2011 at 11:12 PM

macam payah je jadi cikgu...

ni risau neh

March 27, 2011 at 11:12 PM

amir! jangan patah semangat! saye tau amir boleh!

March 28, 2011 at 12:14 PM

u jage anak sape ni dear?..
:)

March 28, 2011 at 1:14 PM

thanks :)

kalau nak jadi cikgu, better pegi maktab or upsi?

March 28, 2011 at 1:28 PM

Kata orang, biarlah kita menjadi lilin, menerangi orang yang berada disekeliling kita biarpun diri kita yang terbakar...ahaksss, kata oranglah...
But...itu lilin. Sekarang ni, Biarlah kita menjadi TNB, menerangi orang yang hanya membayar bill...no pay, no letrik :-)
Kadangkala membantu ada limitnya, kesabaran ada limitnya, mengharap ada limitnya...setiap perkara ada limitnya..pandai2lah Cik Dill meletakkan dimana limit sesuatu perkara... opsss terlebih sudah...

March 28, 2011 at 1:48 PM

nk buat mcm mne sabo je la mngkin ada hikmahnyaer... :)

March 28, 2011 at 2:15 PM

@amir: my personal opinion: i prefer maktab/institut pendidikan guru (IPG)

@jss: thanks kawan :)

@nick: ameen. thanks nick :)

March 28, 2011 at 2:30 PM

kuatkan smngt dill...ni la tnggungjwb,tp kesihatan kna jga jgk yer...:)

March 28, 2011 at 2:37 PM

cik dill amik la pic arnab tu..hehehe..

mina kasi je...nak komen kat shout box tak blh..opis block kan...huhuhu...

March 28, 2011 at 3:00 PM

@nonie: thanks dear

@mina: baek. akan diambil dengan jayenye~

March 28, 2011 at 3:16 PM

@naddy: anak kawan. i am going to say NO

March 28, 2011 at 4:07 PM

sy juga suka mengajar :)

sy juga bukan robot..

kta wanita..chewahhhhh....

jom mkn icecream smbil duduk tepi padang bola..:) cuci mata..auwww...

March 28, 2011 at 4:16 PM

jom2! nak aiskrim sket~

March 28, 2011 at 4:25 PM

wah ..padatnya jadual ..ish2 ..

March 29, 2011 at 1:00 AM

cik dill ni orang harapan kot... prestasi bagus... he he he...sabar je lah cik dill.... cakap elok elok kat kak m tu mesti bolehnye...

March 29, 2011 at 8:34 PM

xpe miss dill...u can do it...gud lark ea dear...^__^v PEACE~

Post a Comment