Sebagaimana yang kita tahu, sebenarnya ramai juga yang ambil berat tentang perkembangan diri kita. Namun, kadang-kadang melebihi had yang sepatutnya. Aku sering ditanya pelbagai soalan dan dibasuh dengan ayat penyata dari manusia di sekeliling aku.
Bila hendak kahwin?
Tak de boyfriend? Tipu la...
Itu la. Sepatutnya cari boyfriend masa dekat U dulu.
Jangan jual mahal sangat.
Memilih sangat kot.
Bila hendak buat kenduri?
dan banyak lagi sehingga aku sendiri tidak ingat bentuk soalan atau ayat penyata yang digunakan.
Buat pengetahuan manusia yang sangat menitikberatkan perkahwinan aku, terima kasih. Namun aku ada sebab kenapa aku masih sendiri. Kenapa tidak ada teman lelaki ketika aku belajar dahulu? Maaf, aku bukannya seorang pelajar yang pandai serba serbi. Aku tidak tahu membuat dua kerja dalam satu masa (belajar dan bercinta). Aku hanya boleh pilih satu. Maka aku pilih belajar.
Memilih? Ya, aku memang memilih orangnya. Kita sedang memperkatakan tentang hidup aku sekarang. Semestinya aku memilih seorang Adam yang sesuai dengan jiwaku. Untuk aku hidup bersama sehingga akhir hayat. Aku bukannya mahu hidup sehari dua dengannya. Ini bukan almari pakaian. Boleh ditukar-tukar bila-bila masa.
Teringat salah seorang kawanku pernah berkata tika kami bersembang menerusi ruang sembang Mukabuku.
Bila nak kahwin?
Tak de calon lagi.
Jual mahal sangat kot.
(Aku tiba-tiba rasa bengang ya amat) Kenapa ya, bila seseorang kata dia tak de calon lagi, orang akan cakap dia jual mahal lah, memilih lah, ntah apa lagi lah. Orang yang bertanya tu tak fikir ke perasaan kawan dia?
(diam lama) oh. Belum jumpa lagi la kot ye. (dia serba salah kot)
Bukan apa. Siapa yang tidak mahu mendirikan masjid? Siapa yang tidak mahu disayangi. Namun, segalanya ketentuan Allah s.w.t.
Orang tidak tahu perasaan kita. Hanya Allah s.w.t. dan diri sendiri yang tahu.
And one more thing, I am not a desperate woman. Thank you very much.
And one more thing, I am not a desperate woman. Thank you very much.
22 comments
betul tu..org selalu fikir bila belum kawen sbb jual mahal sgt..
jodoh rahsia Allah... :)
Lain kali, kalau ada orang tanya, cuba ckp kat dia: Kenapa? Anda nak bermadu ke? =p
@khairul antasha: dah letih jawab soalan.
@amrah: waaa~ menci slalu kene tanye soalan tu. kalo tanye balik mcm amrah ajar tu, dapat pelempang free la pipi tembam saye ni :(
sy pun byk kali org tanya soalan pertama tu.. adeyyyyy
soalan2 bocor yg along dh tahu awal2 kalo along blk kg or g mana2 kenduri...hmmmm...
jodoh kita telah tertulis di Luh Mahfuz ribuan tahun sblm kita diciptakan lg..
jgn hiraukn mrka itu buat apa kahwin awal, kemudian menyesakkan fail2 kaunselor ngn masalah remeh-temeh. smpi masanya pasti kita akn khwin..
@khaifaiz: tu la kan. dah tak larat wo
@along: kita serupaaaa...
@nur fannun: yeap. time kasih :)
hmm.. mulut tempayan buleh ditutp.. kalu orang tanya jawab je yg jujur.. sabar la.. Khalis harap kesabarn nie Allah balas dengn yg ternaik untuk Miss Dill
time kasih khalis :)
Ameen.
hekhek . i'm not desperate person too :) .. terima kasih
yes! that's true :)
pak cik yanie slalu kne soalan2 camni,,lagi2 time ade knduri,aiyak! poning kpala nk mnjawab.
mmg pening nak jawab. last resort, senyum je. haha!
dia amek berat je 2 miz dill....
jgn la mrah2 erk...
nnt cepat tua...
bercinta sblm kawen kn xelok sebab
jodohkn ditgn tuhan...
iema, tu bukan pertama kali die tanye. dah banyak kali sampai naik bosan. haha!
nonie lak selalu tnya mak..bile nonie blh kawen~~
hahah..gatai!!
betul..kalu ade jodoh xkemana
nonie mmg gatai. haha!
hahaah..nonie gtai ngn miss dill je.hikhik :)
ye la tu. ade je jawapan die ni
salam...
entri yg best saya baca..selalunnya mcm tulah..apapun moga awak bertemu jodoh dalam masa terdekat ni...:)))
( pasti soalan tu dia org dah tak tanya lagi..}
cik dill...jgn dilayan dgn kata kata sebegitu...
mina ni kalau blh nak kahwin lg lambat..oppsss....dah jodoh kan..huhuhu...
cik dill kena pikir positif...
kenapa allah tak tunjukkan jodoh aku lg...kenapa allah bg ujian ni kpd aku ye...
maybe cik dill ada tanggungjawab kpd kedua ibu bapa cik dill yg perlu diutamakan dulu..
insyaallah...amin...
kalau salah tegur mina ye...hehehe.
@sekamar rindu: hihi. ameen. moga dimakbulkan.
@mina:saye tak amik port sangat. nak bina kehidupan dulu. nak tgk2 mak ayah lagi. cume dah tak larat nak jawab soalan yang sama