Tuesday, December 6, 2011

senda pagi

Masa: pagi
Cuaca: suam-suam kuku
Koordinat: kampungku tercinta

Sekarang ini musim buah-buahan kat kampung. Yang sedang hebat mencanak macam durian, manggis dan rambutan. Hujung minggu lepas aku bertapa di rumah Opah. Dalam masa yang sama Mak Su dan anak-anak turut sama ada di sana, Syafiq (17) dan Afikah (9).

Buah maggis sudah masak ranum. Pohonnya rimbun aja. Opah suruh Shafiq kait buah manggis.

Opah: Shafiq, manggis tu dah masak. Pergila kait.

Shafiq kelihatan malas nak bangun. Tapi dia turuti juga cadangan Opah. 

Shafiq: Adik (Afikah) nak ikut Abang kait manggis tak?

Afikah yang sedang tekun menonton tv terus meluru keluar meninggalkan Shafiq di belakang. Pintu rumah dikuak. Shafiq meloloskan dirinya. Daun pintu ditutup semula.

Suasana sunyi sepi. Tiba-tiba..

"Adik...tu rambutan. Abang kata manggis..."

Pecah gelak kami yang dalam rumah ni. Afikah tersilap pokok agaknya. Keliru antara rambutan dan manggis ke cik adik oi..Hahahaha!!!

ini rambutan

ofkos ini manggis

budak-budak...

14 comments

December 6, 2011 at 10:03 AM

ahaaa..;p..bdk2 umur bape tuu?

ira sukaaa manggisss!

rambutan suka jugaaa..

heeee

December 6, 2011 at 10:51 AM

Dill, saya punya rambutan beli sebab kat kampung tak menjadi.

sedapnye boleh makan banyak-banyak

December 6, 2011 at 11:03 AM

adeh cmne buleh tertukar

tapi dua dua buahan tu feveret lea.!

December 6, 2011 at 11:42 AM

manggis sangat sedap....entah bila dpt makan manggis lah huuhuhu

December 6, 2011 at 12:10 PM

maju sangat budak budak ni

December 6, 2011 at 1:03 PM

budak2 comel

cam sy masa kecil n sekarang

hahahaa

December 6, 2011 at 1:52 PM

kompius mana satu yg ada bulu..kekeee~

orlando ahmad
December 6, 2011 at 2:32 PM

abu sya'bun = rambutan

December 6, 2011 at 5:15 PM

ooooo aku ingat yang ada bulu2 tu durian!

December 6, 2011 at 8:27 PM

HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHA




ok ?

December 6, 2011 at 10:41 PM

i love fruits! hehe, bebudak kan, confuse ler tu!

December 7, 2011 at 12:25 AM

HAHAHA , pokok rambutan tinggi and besar sikit dari pokok manggis dik oii , pokok manggis best kalau main panjat2 nihh *teringat kecik2 .
Saya tak suka rambutan , tapi manggis suka . Hewhew ;P

December 7, 2011 at 4:06 AM

rambutan vs manggis?? NAK MANGGIS!!! haha..hi owner of d blog ^^

December 7, 2011 at 8:57 AM

pos sikit buah manggis.nak duaploh kilo boleh? kata kawan..hehe

Post a Comment