Sunday, September 25, 2011

adab

Semalam seharian berjalan-jalan melihat alam. Shien Hafiey dan Cik Keropi, terima kasih kerna sudi melayan karenah aku yang merepek-raban ni. Kami singgah ke Sungei Wang Plaza. Kebetulan ada karvinal F&N kat situ. Jalan utama telah ditutup untuk memberi ruang kepada khemah-khemah F&N. Dengan asap kenderaannya, asap rokoknya dan asap original memenuhi segala. 

Oh. Bukan mahu gembar-gembur tentang cerita outing kami. Cuma ingin kongsikan sesuatu di sini.

Selepas solat Zuhur, kami singgah ke salah satu restoran steamboat dalam bangunan Sungei Wang/BB Plaza. Memang sedap (padahal aku tak reti nak order langsung. haha!). Setelah beberapa lama kami menjamu selera, aku terperasan ada mata yang asyik memandang. Aku rasa kita boleh terasa kalau ada orang merenung kita kan? Aku tengok dia. Salah seorang pekerja restoran tu asyik memandang meja kami. Tidak lama kemudian dia datang.

"Excuse me, may I clean up this table?"

Kami bertiga terkejut. Dia ni beria-beria mahu kemas meja sedangkan kami masih belum habis makan dan minum. Masih penuh sup dalam periuk steamboat jadi dikira belum habis makan ye.

"Yah, sure," jawab kawanku. Memikirkan yang dia hanya akan mengutip pinggan dan gelas kosong seperti di Pizza Hut. Rupa-rupanya dikemaskannya meja tu sebersih-bersihnya. Sampaikan periuk steamboat tu pun diangkut sekali. Seperti meja itu telah ditinggalkan pelanggan dan pekerja restoran sedang membersihkannya. Sedangkan kami masih di situ, merenung perlakuan dia.

Meja bersih.

Aku sudah buat muka. Shien Hafiey pun sama. Cik Keropi? Hehe. Cuba kamu tanya dia sendiri.

Seorang pekerja lain datang. "Excuse me, may we have the bill?" pintaku. Sekembalinya dia dengan bil aku menyatakan tentang apa yang aku rasa. Kawanku turut sama bersuara. Ia berkaitan dengan operasi 'pembersihan' mereka tadi.

Bla..Bla..Bla..

Aku cuma ingin memperkatakan tentang kesopanan dan kesusilaan. Apabila pelanggan masih berada di tempat mereka, tidak sopan rasanya kamu datang dan terus membersihkan meja mereka. Walaupun kononnya sudah diberi kebenaran untuk membersihkan meja, pada aku ia tetap tidak sopan. Ia seperti menghalau mereka pergi sedangkan mereka masih lagi menghabiskan saki baki makanan atau minuman sendiri. Tidak ada salahnya jika kamu mengutip pinggan atau gelas yang sudah digunakan sahaja. Ini gelas minuman pun hendak dikutip terus. 

Ia sama jua seperti menyapu lantai ketika sesiapa sahaja sedang duduk di kawasan yang kita hendak sapu. Ia tidak sopan. Mengapa masa tu hendak menyapu ketika ramai orang sedang merehatkan diri di situ. Yah, label lah aku sebagai seorang yang kuno atau terlalu berkira. Tetapi pada aku adab sangat penting. Aku acap kali mengingatkan anak-anak di sekolah supaya sentiasa menjaga adab.

How you act represents who you are.

Ini cuma pendapat peribadi. Tidak semestinya dipersetujui oleh semua. ^^

31 comments

September 25, 2011 at 8:34 AM

xpenah kena lagi..tapi tu gunanya adab kan...

kdg2 benda2 macam ni la yang buat kita terfikir ttg generasi akan datang....

^^"

September 25, 2011 at 8:34 AM

sabo.. sabo..

*kalau merokok di tempat awam yg ramai orang, lagi tak bertamadun!!
(emo ni..)

September 25, 2011 at 8:52 AM

kalau aku la, dah terbalik dah meja tu aku kerja kan...

September 25, 2011 at 10:13 AM

Lorhh, ade ke cam 2, kalau saye buat tak tau je Dill, duduk je lame2 kat situ, bknnya mkn free, bayar pe...hi3x

September 25, 2011 at 10:35 AM

setuju...adab kna jga.Nonie pernah kena wktu kt kedai makan.Selamber je die bersih n ttup kipas terus.

September 25, 2011 at 10:37 AM

cmtu ke dia bt?mmg kuang ajau la.yg korg baik sgt knp.sound je la..kita mkn bkn free ok.

September 25, 2011 at 10:54 AM

kalo TH ckup la tu kali pertama dan terakhir mkn kt situ

September 25, 2011 at 11:13 AM

restoran mahal2 mmg gitu gamaknye.. cik ana mmg pantang gila jns cmni.. mmg boleh EMO gila ahh kalo kene cmtu..grrrr!!! :P




*ape name tmpt tu dill? nak boikot terus :P

September 25, 2011 at 12:10 PM

kat KL mcm mcm kerenah pelik boleh dilihat

September 25, 2011 at 12:35 PM

uish..ade ke mcm tu?
sabo jela
tp geram jugak kan mcm nak halau kite je
dh jgn pegi lagi kedai tuh
boikot boikot

September 25, 2011 at 1:19 PM

tula cik Dill..igtkan dia nak amek pinggan kotor aje..sekali sumenye dibantai bersihkan sekali..ampeh betul~ x beradab~ (--")

September 25, 2011 at 3:38 PM

baa~ CAK!!

slalu kena mcm tu... dn slalu marah... haha..

September 25, 2011 at 3:48 PM

perghhh ! kuang asam betoi pkerja tu ..
sound je ..haha

September 25, 2011 at 6:09 PM

eik pelik gile orng tu..hahahaha kalau aku ada kompom sajah aku marah.. mcm nak mengusir pulak...

September 25, 2011 at 7:58 PM

kenapa layan mcm tu ?
mcm kita datang makan free pulak.
tp taz service punya la mahal.
service mcm hampeehhhh.....

September 25, 2011 at 8:13 PM

yups. aku sama ngn kamu dill, mmg tak sopan kalau kita belom habis, dan terus ambil pinggan. kecuali, jika kita terbalikkan sudu. haish.. org2 yg keja service coustermer, aku cadangkan kena masuk sesi kaunseling dulu la.. hahaha

September 25, 2011 at 9:11 PM

aku setuju!

September 25, 2011 at 9:34 PM

yela.. tak sopan betul.

macam nak halau sangat customer.grr

nape tak pi direct je jumpa manager kat sana?

kalo schaze dah lama pi sound kat manager :D

September 25, 2011 at 11:04 PM

huiii... Gua pown tak suke orang2 tak beradab, tapi selalunyer foreigners je yg carik pasal ngan Gua, sobss...

September 25, 2011 at 11:06 PM

orang luar negara atau org tempatan ni?

September 25, 2011 at 11:17 PM

kalau tak silap saye, dia foreigner.

September 25, 2011 at 11:26 PM

Lau liyana ckp je no! Bnci kot.. Nk lap meja awl2 soh kt blah so tat ade plgan lain lak msuk..

September 26, 2011 at 12:31 AM

betapa pentingnya adab.. kalo takda adab x majula dunia.

September 26, 2011 at 7:50 AM

memang la tak sopan.. penyapu tu.. nampk sngat nk suruh org tu blah..
sape buat cam tu, memang kejam r.

September 26, 2011 at 1:15 PM

biasanya time2 org nk tutup kedai cm2la dill.

September 26, 2011 at 2:30 PM

pernah terjadi masa kuar makan ngan adik saya. Waiter dia buat macam tu jugak dan sgt2 poyo.

Adik sy pe lagi ngan divanya marah2 smpi buat waiter tu menangis.

;D

September 26, 2011 at 4:40 PM

makan tak abis? ee, ruginya kan? adesh. napa xsteamboatkan saja pelayan tu. muahaha!

September 26, 2011 at 7:39 PM

peh ! tengah makan kot . tak pernah dibuat orang .

September 26, 2011 at 8:04 PM

kalau bawa mak,konpem mak maki terus.pastu dia akan cakap "ni lah pertama dan terakhir aku dtg sini"
kat kedai tu.haha.tp kalau iqa....sound gak kot.
biadap doh!

September 26, 2011 at 9:44 PM

sangat tak sopan , ada ke patut macam tu . huh !

September 26, 2011 at 9:56 PM

betul lah.. terus hilang mud nak makan kat situ lagi dah.. haishh... nampak sgt macam nak halau cust. huhuhu

Post a Comment