Thursday, September 22, 2011

hey! bukan anak aku pun~

Sangat sedih dan kecewa dengan statement ini; 
Buat apa mengajar anak orang beria-ria. Lebih baik mengajar anak sendiri. Tak perlu kelas tambahan, tak perlu kelas malam
dan ianya datang dari mulut  seseorang yang sepatutnya mempunyai wawasan yang lebih hebat dari saya, sehebat jawatannya. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika aku dapat tahu mengenai perkara ini hati kecilku tersentak. Sedangkan aku yang baru setahun jagung ini tahu betapa pentingnya pendidikan tambahan untuk anak-anak inikan pula manusia yang lebih lama berkecimpung dalam alam pendidikan dan pelajaran. Sahabatku meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah manusia yang tidak begitu ambil peduli dengan anak orang lain. Aku faham kekecewaan yang cuba disampai dan dikongsikan oleh sahabatku pabila dia menulis sebegitu. Kerna dia seorang guru lama, dia lebih faham keperluan anak-anak di sekolahnya. 

Aku pula secara peribadi, sudah menganggap anak-anak murid ini sebagai anak sendiri. Mereka memerlukan bimbingan dan ajaran dari insan yang mereka anggap guru. Guru merupakan sandaran utama bagi anak-anak ini. Tidak dinafikan ada yang lebih selesa dengan tuisyen di luar. Tidak ada salahnya menambah ilmu di mana jua anda berada. Ia lebih baik.

Apa yang menjadi fokus di sini apabila kita tidak memikirkan tentang kepentingan pelajaran untuk anak-anak ini, ke mana mereka akan pergi? Jika kita hanya sibuk memikirkan tentang anak sendiri dan hanya mengajar anak orang lain seperti melepaskan batuk di tangga, akan excellent atau berjayakah anak kita nanti? Ikhlas tu penting.

Sesetengah manusia tidak fikir akibat di sebalik percakapan sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 

Walaupun aku belum mempunyai sebarang cahayamata sendiri, tetapi aku ada beratus-ratus kanak-kanak yang aku anggap seperti anak sendiri. Memanusiakan manusia memang mencabar. Apa yang kuharapkan semoga mereka berjaya menjadi manusia berguna. 

Kawan-kawan, usah anggap anak orang lain tu tidak sepenting anak sendiri. Mereka jua anugerah Ilahi. Cuma bukan seibu dan sebapa dengan anak kita.

Wallahu'alam.

27 comments

September 22, 2011 at 7:13 PM

pelajaran itu penting... malah menjadi tuntutan dalam agama...

September 22, 2011 at 7:43 PM

kalau bukan niat dan hati nak jd guru,
ini la jdnya.
guru ni septutnya dtg dgn niat ikhlas nk mengajar, menabur bakti.
kt sekolah dulu pun ada je cikgu mengajar smbil lewa.
bru nk tny mna yg tak faham dh kena herdik.
anak murid pun tak semangat nak belajar.

September 22, 2011 at 8:13 PM

perlu ada sifat amanah dalam menjalankan tanggungjawab ni.

September 22, 2011 at 8:32 PM

"Asrul tu dulu bengang ngan cikgu dia sebab ada cikgu skol rendah dia cakap dia bodoh byk kali n ludah kat pipi dia. Taik tol!" Amer sama-sama marah.

September 22, 2011 at 8:36 PM

pengakuan benar-aku seorang anak yang tak ada anak selain anak tekak.

September 22, 2011 at 9:43 PM

siapa yang cakap tu? bagi aku, selangkah melangkah kaki dalam bidang pendidikan ni, perlu disusuli dan wajib ada rasa tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa tak kira anak orang atau anak kita. yang penting keikhlasan. dan tanya semula, apa niat asal kita menjadi pendidik, sebab gaji atau sebab betul2 mahu mendidik anak bangsa? teruskan usaha kau mendidik anak sesiapa pun dill. aku lahir dari keluarga pendidik walaupun aku bukan pendidik, tapi aku yakin tanggungjawab itu perlu ada dalam bidang ni. ikhlas sekali. :)

September 22, 2011 at 9:46 PM

lau cm 2 baik ko amik gaji ps 2 dk umah je..hape la pangai..

September 22, 2011 at 9:48 PM

yaa betul..kalau salah kita tegur..cara berhemah.. anak2 pewaris bangsa ^^

September 22, 2011 at 9:59 PM

klau guru pon memilih kasih, kesian kat budak yang laen ..huhu

September 22, 2011 at 11:07 PM

laling, tak semua cikgu kat malaysia berperasaan dan berdedikasi macam kamu...

dalam setandan pisang pasti ade yang busuk...

yang penting kamu jangan buat begitu, keje itu amanah dan akan ditanya bila kat mahsyar nanti..

lalalalala

September 22, 2011 at 11:48 PM

orang nak jadi cikgu,die nak jadi jugak..bile stress sikit,mulelah.. kalo rasa tak ikhlas,xyah join.. ni tak,sebab gaji+jawatan+title guru,sibuk nak jadi cikgu gak.. last2 mule lah jd cmni.. cis!

September 23, 2011 at 12:12 AM

anak-anak sedara pon kena layan baik-baik..

September 23, 2011 at 12:22 AM

ini nama nya berkerja kerana jadi hamba duit bukannya menjadi hamba yang berkerja kerana ibadah!

September 23, 2011 at 8:55 AM

guru la pekerjaan paling sesuci murni.knp la masih ada lg yg berfikiran mcmtu.x ikhlas mengajar,mmg x berkat la ilmu yg ank2 bangsa kita dpt.

p/s:dill,abg da add dill kt fb abg.Afiq Eusof.

September 23, 2011 at 9:03 AM

nmpak sgt tak ikhlas.kan. hihuhuhu..


wehwehweh, nnt anak aku kau tuisyen eh ??

September 23, 2011 at 10:01 AM

statement nak makan kaki tuh.. grr geram.

September 23, 2011 at 10:03 AM

betul. jgn pentingkan diri sgt. pikir hal sendiri ja.
ilmu pon mau kedekut ke? :P

September 23, 2011 at 11:02 AM

Bagi saya pekerjaan yang paling mencabar dan besar tanggungjawab nya adalah guru, kalau guru tidak dapat memberikan pendidikan yang baik maka tidak terhasil lah Doktor, Angkasawan negara dll... Orang yang membuat statement tu bekerja kerana duit semata-mata bukan kerana tanggungjawab...

September 23, 2011 at 12:31 PM

ikhlas bekerja , ikhlas mendidik , insyaAllah hasil nya lebih .


Biar apa orang kata , kita dengan berdiri kita .


=)

September 23, 2011 at 12:46 PM

walaupon bkn ank sendiri , kita still kena lyn dieorng baek2 :)

September 23, 2011 at 2:04 PM

mengajar biar ikhlas

September 23, 2011 at 4:16 PM

boley jadikan cik dill sebagai cth terbaek!~ =)

September 23, 2011 at 7:17 PM

jat sokong.lebih2 kalau guru,tanggungjawab yg bsar dan mulia.

September 24, 2011 at 10:58 AM

ha'h..mmg geram ada cikguu cmtu,,ngajar mcm tak nak ngajar,,,nak gaji je,,,ikhlas tak,,ngajar tugas mulia,,tp sebaliknya,,
tp ada jgk akak dgr kt pasar last year cuti sekolah...seorg ibu dengan 3 anaknya,,,sedap2 je kata..lambatnya buka sekolah,,,serabut jga anak,,nakal,,
oooo,,,dalam hati akak kata,,apala punya mak,,anak nkal nak serah ke cikgu bru dia thu bru jga anak 3 org..penat,,cikgi lbih kurang 25 orang,,,tu 1 kelas..ish,diorg ni,,grr

September 24, 2011 at 4:25 PM

Erk... Ades, apa punya fahamankah itu. Ni namanya pilih kasih. Dalam ilmu tiada pilih kasih...

P/s: Maaf, kesibukan yang sangat memuncak. Jadi biskut sekarang kejap ada kejap takde. Adoiyaaai~

September 24, 2011 at 5:32 PM

tugas seorng guru sgt murni..lebih murni n penuh keberkatan jiwa mendidik sepenuh hati n ikhlas..

September 25, 2011 at 12:16 AM

keikhlasan amat penting bagi seorg guru..
teruskan usaha dill...
kamu yang boleh buktikan..

=)

Post a Comment