Monday, September 12, 2011

arang

Daniel masih tekun menghadap komputer riba di pejabat mini dalam rumah banglonya. Bebola matanya sudah pedih menahan mengantuk namun tugasan pejabat menuntut dia meneruskannya. Apabila jarum menginjak ke angka dua, kerja Daniel selesai. Dia mengambil keputusan untuk tidur atas kerusi empuk pejabat mininya.

Daniel tersenyum dalam tidur. Mimpikan Katrina yang menggamit jiwa raganya. Baru sahaja jari-jari mulus Katrina ingin digenggam Daniel, tiba-tiba dia terbatuk. Batuk tanpa henti membuatkannya terjaga dari mimpi.

Mata Daniel pedih lagi. Kali ini bukan akibat mengantuk. Perlahan-lahan Daniel membuka kelopak matanya. Asap berkepul-kepul di udara. Daniel toleh kanan. Api. Daniel toleh kiri. Api. Daniel dikelilingi oleh api maha marak. Daniel berlari ke pintu dan cuba membukanya. Namun ia terkunci dari luar. Dicubanya pula tingkap berdekatan namun seperti sudah digam dari luar juga. 

"Uhuk..Uhuk.." batuk Daniel semakin parah. Api semakin menggila. Daniel Panik. "Tolong aku! Tolong!" Tangannya mengetuk tingkap mengharap belas kasihan. Semakin lama ketukannya semakin lemah.

Api mendekati Daniel. Mula-mula menjamah kaki seluarnya. Daniel cuba menepis tetapi badannya pula disambar api. Terasa kulit badannya panas tidak terkata. Daging perut Daniel mula melecur. Seperti daging lembu goreng. Daniel menjerit kesakitan. Tiba-tiba sebatang tiang menghempap Daniel. Daniel terhenyak ke lantai. Dia tidak mampu lagi melepaskan diri. Kudratnya sudah tiada. Terasa api menjamah kaki, tangan, rambut dan badannya. Daniel sudah tidak merasa apa-apa. Telinga menangkap bunyi seperti badannya digoreng rangup. Air mata Daniel mengalir namun ia cepat menjadi wap. Perkara terakhir dilihat cuma bumbung rumah menghempap kepala Daniel. Hitam. Menjadi arang.


Dari kejauhan kelihatan satu susuk tubuh merenung rumah terbakar tanpa emosi. Berlalu pergi meninggalkan sekujur tubuh hangus tidak terperi. Tangan menggenggam satu tong minyak tanah.

Dua minggu sebelum itu.

"Aku nak engkau gugurkan kandungan itu! Aku tidak peduli!" jerit Daniel seperti orang gila.

"Tapi Dan, ini anak engkau! Cinta kita!" Melina merayu.

"Ah! Mampos lah engkau, perempuan!" Daniel menolak kasar Melina. Melina terjatuh dari sepuluh anak tangga. Percikan darah mengalir menuruni celah kaki Melina. 

Melina menjerit kesakitan. Terasa seperti nyawa disentap kejam. Perutnya perit seperti dicucuk-cucuk pisau tajam. Melina pinta simpati Daniel. Namun Daniel memandang hina dan berlalu dari situ. Meninggalkan Melina terpisat-pisat. Melina menjerit sebelum pengsan.

15 comments

September 12, 2011 at 7:09 PM

kejam di balas dengan kejam... tak tau nak kata apa ntah

September 12, 2011 at 7:20 PM

Gulp...

(cuba teka ni bunyi saye ngah seram atau tengah minum air oren tak ngajak awak?) hahahhaa

September 12, 2011 at 7:39 PM

menakutkan

September 12, 2011 at 8:48 PM

Dill!!! Kembangkan lagi cerita ni...

September 12, 2011 at 9:55 PM

kembang sekembang encek TK, haha..~

September 12, 2011 at 10:20 PM

rasanya harus ada sambungan terlalu pendek...

September 12, 2011 at 10:52 PM

yes..dill punya bakat.sila keluarkn idea2 menarik kepunyaan anda..

cayalah dill!

September 12, 2011 at 11:00 PM

padan muka dier, buat jahat dibalas jahat,,,

September 12, 2011 at 11:15 PM

ouchh kejamnya .

September 13, 2011 at 12:06 AM

tu dia, berbakat sunggu miss dill :)
ada sambungan tak ni?

September 13, 2011 at 12:31 AM

kill!! die!! kawus kuwe Daniel!

(betul ke aku eja tu??)

September 13, 2011 at 11:29 AM

dramatik...

tertanya-tanya, adakah sedari ni pernah menulis kat mana2 sebelum ni?

September 13, 2011 at 12:49 PM

kejam... minx simpang 44 larhh..

jom bacer seket..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

September 13, 2011 at 4:47 PM

kejam T_T

kdg2 xmau jht dibls jht...

September 16, 2011 at 12:26 PM

pandai la kamu buat citer...bes sangattt...lau buat nOvel pOn ok gak nie :)

Post a Comment