Tuesday, September 20, 2011

mayday..mayday..emergency call!

Baru-baru ini bateri telefon bimbitku buat hal. Sudah kembung jadi aku perlu menukarnya dengan yang baru. Bila dah tukar baru, aku ingatkan sudah tiada masalah apa-apa. Rupa-rupanya masalah tidak berhenti di situ. Bersambung-sambung masalah telefon bimbit seperti sinetron waktu petang.

Kabel telefon yang menjadi nadi perantara antara telefon bimbit dan komputer riba telah terkorban dalam perjuangan. Dengan rasa sedih aku pergi menjejakkan kaki ke Low Yat. Mencari kabel telefon baru. Disebabkan telefon bimbit aku ni canggih sangat, hampir semua kedai tak de jual kabel telefon untuk model telefon bimbitku.

"Nokia lama," kata mereka. Sudah ramai leng chai yang aku tanya. Namun jawapan mereka membuat aku hampa. Meneruskan pencarian sehingga berjaya membeli kabel telefon baru. Akhirnya!

Sekarang ini pula bateri telefonku acap kali mampos off sendiri. Aku mengadu pada Emak. Konon mintak simpati. Emak tengok telefon bimbit aku.

"Telefon ni dah tiga tahun kan, Along? Dah sampai masanya la tu. Mak punya telefon lama pun tahan tiga tahun je."

"Tapi Mak elok lagi telefon ni"

"Beli je la baru. Dah patut kena tukar tu,"

Aku sengih. (otakku ligat memikir tentang bajet. mana aku nak cekau duit ni weh!)

Emak ulang semula ketika dalam perjalanan menghantar aku ke pekan hari Ahad lepas.

"Tukar la, Along. Mak tengok dah buruk rupanya"

"Buruk? Sampai hati, Mak. Isk..Isk.."

Nokia cabuk

Mak suruh  beli telefon bimbit baru. Adoi. Nampaknya Sabtu ni kena survey. Ofkos beli pakai duit sendiri :_(

20 comments

September 20, 2011 at 6:31 PM

belilah Sony Ericsson kat kedai Melayu @ Mara ni. murah je=RM280, boleh video call dengan fama. dgn Jon Buayak pon bole.

sekian.:-)

September 20, 2011 at 6:41 PM

hahha ! carik handphone yg tahan lame :) hehe

September 20, 2011 at 6:42 PM

fuyyoooo... seronok la hang

September 20, 2011 at 7:03 PM

nokia n70? hmm dah lama tu...

kalo kat low yat carik kat kedai nokia, komfem ori, biar mahal asal quality...

gua punyer pesen lampu suluh, 4 tahun selamber berkhidmat dah, ahaks

September 20, 2011 at 7:14 PM

nokia n82 aku dah 2x masuk spital.kali nie lagi lama.haishh

September 20, 2011 at 7:18 PM

ok le nokia model ni.xde le cabuk sgt nk di bandingkn dgn hp abg,3310sen je..sobs~

September 20, 2011 at 7:19 PM

adik jat pun still pakai hp ni.masalah bat gak.tp dia syg betul dgn hp ni dill.hihi

September 20, 2011 at 7:22 PM

sedak la pakai nset baru..

rekemen: SE mini pro.

September 20, 2011 at 7:44 PM

aku ada nokia ni , skrin dah calar teruk dah . ha ha .

September 20, 2011 at 8:56 PM

wah...berhenpon baru la pasni


da 4thn hp dk guna ni sib baik la ok lg. ^__^

September 20, 2011 at 9:02 PM

hehe
em jadi masalah jugak kalau tiba-tiba telefon takde dalam rutin harian ni.
takpe dill, ada je yg murah.

September 20, 2011 at 9:39 PM

hihihi... kuat makan sgt tipon 2 sampai kembong perot die...hi3... nti upload hphone baru eaaa...hi3

September 20, 2011 at 10:22 PM

mak aku phone dia tu dari zaman rome lagi . adik aku yg guna skangg . kau tengokkk , jeles tak ?

September 20, 2011 at 10:35 PM

meh akak belanja...he3

September 20, 2011 at 10:50 PM

dill... ini henpon dari zaman batu ke? tak pernah tengok pulok... hoho...

September 21, 2011 at 12:20 AM

wahhh dah ada green light :D cari yang tahan lama la, tapi limit biasa la kan 3 tahun .

September 21, 2011 at 1:39 PM

Nokia aku lagi cabuk.. Tapi selagi ia tak ada masalah besar punya selagi tu aku pakai je..


Mak kau suruh tukar tu mungkin juga mak kau nak support separuh harga. ;D

September 21, 2011 at 7:37 PM

kite pon hari tu kene repair hp.. last2 hp lg 1 plak mampus sendiri. dah x leh on. tension toll. haha

September 21, 2011 at 10:04 PM

Talipon tu ada senimental value.. Luyana pn sme.. Dri dlu jrg tukar henpon.. Smpai kuat api kat btry bru tukar.. Wakakaka..

September 22, 2011 at 12:58 PM

hahaa, ingat mak nak kasik bajet tadi. xsangka duet sendiri jugak yer dill?

Post a Comment