Saturday, February 26, 2011

dunia warna-warni

Dunia kita ni penuh warna-warni. Daripada manusia sampai la ke barangan jualan di sana sini. Siang tadi aku sempat berjalan-jalan menyusuri lautan manusia. Ramai betul orang. Biasalah, hari Sabtu. Aku agak kebosanan kerana keluar seorang diri. Kawanku tidak sihat. Kasihan dia. Moga cepat sembuh, Insyaallah. Aku sempat tangkap beberapa keping gambar. Disebabkan kamera telefon bimbitku tidak sepower mana, maka gambarnya juga ala kadar sahaja.

 beg ni lawa. teringin nak beli. tapi buat apa beg banyak-banyak. aku bukan budak sekolah. -_-"

 gambar ni aku tangkap bulan 10 tahun lepas. warna-warni magnet peti ais. comel!

gelang macam-macam warna. siapa hendak beli, berlambak kat Jalan Masjid India, KL.

selendang ropol-ropol. warna-warni. i like~


Baru sikit. Belum lagi tengok baju kurung, baju batik, anak tudung (scarf), kasut, sandal, kerongsang, baju T, seluar polka dot, seluar warna badut dan macam-macam lagi. 1001 warna. 

Fesyen tudung zaman sekarang pun dah lain. Kalau dulu kakak-kakak, makcik-makcik, opah-opah cuma pakai tudung bawal, sekarang ni, tak pandang dah. Pakai selendang ropol-ropol, pusing sana sini. Pakai tudung Ariani la atau yang sewaktu dengannya. Tudung ekspres orang kata. Memang warna-warni dan cantik. Boleh letak reben ye pada selendang. Kagum aku.

Aku teringat statusku di Mukabuku satu ketika dahulu;

"cuba memakai selendang. terasa seperti kerang"


Aku gelak sendiri.

14 comments

February 26, 2011 at 11:05 PM

sungguh warna warni. hehe

February 26, 2011 at 11:09 PM

@khairul hisyam: buku encek khairul pun warne-warni :)


Miss Dill^^

February 26, 2011 at 11:49 PM

hehehe....smpai rambang mata di buatnye...hehehe...



ayat last tu mmg tak menahan...hahaha
cmno spt kerang tu...kihkihkih...

February 27, 2011 at 12:33 AM

@mina: memang berpinar-pinar mata dibuatnya. semua chantek!

mase tu nak cari ayat yang berima. selendang & kerang. macam masuk je kan. tibaikan aje. haha!


Miss Dill^^

February 27, 2011 at 2:16 AM

he he ...memang warna dan warni...he he...selendang warna wanri kot yang buat nampak mcm kerang...he he he.... kalau pakai set kat badan warna warni camana yek...kasut,stokin,seluar,baju,...apa lg yek...warna lain-lain kasi warni...peerrrgh....he he he.....

February 27, 2011 at 7:52 AM

@Mr Iz: kalau pakai set warna-warni kat badan, confirm org amik keje jadi badut. oh tidak..


@inspirationalefeks: beg cantik. awak blanje kite beg tu bleh? lalala~


Miss Dill^^

February 27, 2011 at 9:46 AM

sungguh warna warni dunia ini. macam kehidupan jugakk. :)

February 27, 2011 at 10:44 AM

kalau sekarang khalis nak sangat jumpe orang pakai tudung feshen lama-lama.. sbb tadung skrang dah canggih bebeno..nyilau tak nampak muke orang..hehe

February 27, 2011 at 2:26 PM

cool!

February 27, 2011 at 6:07 PM

@zaty: btol3x. kehidupan kalau hitam putih aje, baik tgk filem dulu2. ahaks

@khalis: saye masih pakai tudung bawal. hihi. fesyen lame tu :)

@she's retarded: yeah. colourful!

Miss Dill^^

March 1, 2011 at 2:18 PM

wah ..cantik2 ..
=)

March 1, 2011 at 2:22 PM

@nelly: kan kan kan...suke!!!


Miss Dill^^

March 1, 2011 at 2:26 PM

suka2 !!
=)

March 1, 2011 at 2:27 PM

hihi ^_________^

Post a Comment