Friday, February 11, 2011

roti gardenia dan cokelat nutella

Seminggu berlalu, penuh dengan timbunan tanggungjawab. Seperti biasa. Penghuni kelas 2 Maju sudah menjadi sebahagian dari hidupku. Sudah anggap seperti anak sendiri. Ramai betul anak aku. Haha! Masing-masing muka comel, tidak bersalah. Suci. Tetapi, liat sungguh nak siapkan kerja rumah. Adoi.

Layan roti Gardenia dengan sapuan cokelat Nutella malam ini. Memang sedap. Masa belajar dahulu susah betul nak merasa makanan macam ini. Iyelah, tak mampu kan. Aku hanya makan mi segera bila sudah tiada makanan lain yang tinggal. Bukan penggemar mi segera. Tidak sedap! (aku je la yang rasa macam tu). Buat la iklan gempak macam mana pun kat media massa tu, langsung aku tidak tergoda. Kalau zaman tu boleh dapat roti Gardenia dengan cokelat Nutella, memang heaven! Kenapa pilih roti dari mi segera? Okay, ini bukan hendak buat promosi percuma ye. Roti kaya dengan serat. Lagi-lagi roti Gardenia. Diizinkan Allah, memang boleh kenyang kalau kita makan beberapa keping roti tu. Aku jarang beli roti jenama lain. Lagi-lagi bila ada satu jenama roti tu dikatakan tidak bersih. Kilang buat roti tu kotor dan menjijikkan. Tak lalu aku tengok.

Bila kite sapu roti dengan cokelat Nutella, memang sedap la jadinya. Tetapi cokelat Nutella ni, harganya boleh tahan juga. Kadang-kadang kami kongsi duit dan dan beli dua makanan tu. Makan roti + Nutella beramai-ramai. Picnic! di asrama. Seronoknya zaman tu.

Sekarang ni aku sudah mampu beli Nutella sendiri. Alhamdulillah. Gardenia masih di hati. Kalau tak makan dengan Nutella, aku makan roti cicah Milo 3 in 1. Sedap. 

Kamu semua pernah cuba tak?


6 comments

February 11, 2011 at 10:03 PM

coklat notella tu blh mkn ke?
mina mcm was2 la....coz xde tanda halal...


ari tu nk beli...pastu kne marah..he3

February 11, 2011 at 10:18 PM

percaya x noni xmkn mee segera a.k.a meggi??
sumpah...mmg dr kecik xmkn..hehehe.tp pnh try la tp mg xleh blah ngn meggi.hehehe

February 11, 2011 at 10:24 PM

@kurekure: bahan-bahan dari tumbuhan. Insyaallah halal.yang penting, jangan wujudkan perasaan was-was kalau nak makan sesuatu. bile dah wujud, lebih baik jangan makan :)

@nonie: bagus! tak payah makan pun tak pe. bukan sedap pun. haha!


Miss Dill^^

February 12, 2011 at 12:42 AM

salam kak dilla....waaaaa dapnye mkn nutellaa...da lme x mkn

February 12, 2011 at 1:04 AM

Teringat zaman belajar. Time duit dah nak kering. Makan roti sapu jem coklat je la siang malam. Tapi tak pernah pulak beli Nutella tu :)

February 12, 2011 at 1:14 AM

@Elly: nanti beli & makan ngan adik2. memang masyuk~

@Cik Yana: cube la rase. sedap sangat~

Post a Comment