Friday, February 25, 2011

koleksi beg warna-warni yang tak seberapa

Hari itu aku ada tulis yang aku aku hendak tunjukkan beg warna-warniku. Walaupun bilangannya tidaklah sebanyak mana tapi aku seronok ada beg warna-warni. Tiba-tiba terasa macam muda belia. Hehe. Tas tangan di tengah-tengah tu pilihan emak dan makcikku. Sangat cun, okay! Sling bag dan beg berbentuk ikan tu pilihan sendiri. Harganya murah dan berpatutan. Jadi, aku pun apa lagi. Rembat sekali dua ekor ikan. Ramai yang sukakan beg ikan tu. Ada yang berbentuk burung hantu. Kebetulan, bajet tidak mencukupi pula waktu tu. Aku hanya memandang beg burung hantu dari jauh. Selamat tinggal beg burung hantu. Aku akan merinduimu. Cewah.

sling bag, ikan dua ekor dan tas tangan

Belum lagi tunjuk barang-barang lain yang warna-warni. Masa belajar dulu, kumpul sticker. Macam-macam ada. Gambar ultraman, Himura Kenshin, Spongebob, Bleach, Precious Moment dan banyak lagi la. Aku pun dah tak ingat. Lepas tu, aku rasa macam membazir pula bila tidak digunakan. Aku beri semua kepada emak. Boleh emak gunakan untuk apa yang patut. Aku beli pin bergambar. Banyak aku kumpul. Lekat pada beg. Tapi bila dah lama, pinnya berkarat. Rosak beg. Terpaksa buang. Sedihnya. Tak habis dengan pin, aku beli pita selofan yang bergambar. Gambar pari-pari, gambar lembu. Aku pun dah tak tahu mana pergi semua barang-barang ni. Bila habis belajar, angkut semua balik. Sampai rumah, lesap semuanya. Kenangan warna-warni jadi pudar.

Sekarang ni aku beli riben bercorak untuk diletakkan pada papan kenyataan kelasku. Comel. Budak-budak kelas lain cemburu. Haha! Nasib la. Dapat guru kelas perangai macam budak-budak.


p/s: aku tidak tahu la kenapa jiranku ni dari tadi ketuk pintu rumahnya. orang dalam rumah tu tak dengar ke? tidur mati hape?!

11 comments

February 25, 2011 at 9:45 PM

wahhh...kite byk persamaan la...
kalo kat laptop...abis kena tampal..
hahaha...blum lg buat satu buku...
perhhh....mat pun smpai geleng2 tgk...





org dlm rumah tu xbrape nk dgr kot..hihihi

February 25, 2011 at 9:54 PM

@mina: kalau husband-to-be saye tgk nanti mcm mane la agaknye ye. haha! ade anak murid saye cakap, cikgu ni macam budak2 la. saye sengih je. nasib baik la die tu anak kawan saye. kuang3x

ketukan tu dah benti. bagus! aman donia.


Miss Dill^^

February 25, 2011 at 9:59 PM

kalau miss dill tgk rumah mina ni sure mengucap je...hehehe...


semua letak benda2 comel...siap tampal....chill gle la....

February 25, 2011 at 10:02 PM

terbaek la! best la mat sporting kan. tak de la die sibuk2 nak tanggalkan mende2 tu. cayalah!

Miss Dill^^

February 25, 2011 at 10:19 PM

haha,,sukenye mengumpull..khalis suke kumpul barang manchester je..si,,nnt bagila hadiah..haha

February 25, 2011 at 10:26 PM

@khalis: cewah. siap mintak hadiah. tak malu. haha!


Miss Dill^^

February 25, 2011 at 10:40 PM

ni rumah pun mesti cat warna warni..dapur cokelat, bilir air biru, ruang tamu hijau, master bedroom merah, bilik anak pink dengan orange,
ruang makan putih...pergghh dah macam disneyland dah...
Apa2 pun, hidup mesti penuh dengan warna warni baru ceria, kalau satu warna je...nampak macam nerd je

February 25, 2011 at 10:45 PM

@jomsantaikejap: tu bunyinye dah macam warne tadika je. haha! yeap. hidup penuh warna-warni mmg ceria :)

Miss Dill^^

February 26, 2011 at 1:08 AM

suka beg paling kiri tu. nakk!! :p

February 26, 2011 at 7:39 AM

@khairul hisyam: cantik kan? bli kat china. murah sangat2


Miss Dill^^

February 27, 2011 at 6:45 AM

cntik beg

Post a Comment