Masuk hari ini sudah empat hari bekalan air putus-putus di rumah opah aku. Sebelum ini memang ada penyelenggaraan saluran paip di kawasan berdekatan. Itu cerita 8 Jun lalu. Sehari sahaja janjinya. Sekarang sudah 11 Jun. Saluran paip lain meletup di mana-mana kah?
Ada banyak kekangan jika bekalan air tidak mencukupi. Bagaimana mahu basuh pakaian? Mandi? Mengambil wuduk? Memasak? Mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya? Mentang-mentang hari ini hari Sabtu, tiada sesiapa boleh menjawab panggilan di pejabat Lembaga Air. Duit kerja lebih masa didamba penuh namun bekerja sambil lewa. Di mana tanggungjawab kamu?
Cuba letakkan diri kamu dalam situasi sebegini. Pagi-pagi air ada. Bila sudah lewat petang, air tidak ada kembali. Hari kering. Bukannya ada hujan boleh ditadah. Dah selalu sangat macam ni.
Aku rasa aku masih boleh bertahan lagi jika tiada elektrik. Namun agak terasa jika tiada air. Banyak kali terjadi di rumah merpati aku. Sampai sahaja dari kampung, air tidak ada. Mahu sambil wuduk pun sudah jadi masalah. Di kawasan itu tidak ada debu-debu bersih untuk dibuat tayammum.
Boleh tak pihak berkenaan lebih peka dengan keperluan kami semua? Bukan hanya hirup kopi makan donut.
33 comments
dill tak mandi
:P
sama juga lah ni...kerana paip besar pecah...2 hari tak mandi ni...hehe
rumah aku cantik jer ader air...hehehe
aisehmennn....air lak yang takde.cuba duk kampung macam saya nih,tak perlu risau pasal air..melimpah ruah dill.
eh,dah tau dah ek sebut rumah merpati..hihi
@chemay
dah mandi & wangi ni okei. haha!
@Bigdaddyz
yeke. busuk tak? hehe
@arenafon
bangga sungguh tu~
@ghost writer
masalahnye saye kat kg le ni. tak de air la plak.
saye blaja dari sifu ghost :)
teringat plak pengalaman xde air kat uia dolu..terkocoh2 sume beratur tadah air..huhu
seksanya, de telaga tak...hi3
dill dah mandi ke...?
hahaha
x der air kan... hoho
kalo xde air ssh..
kalo xde letrik ok lg..
haha
@~SaL IjOu~
tu lah. mase tu tgh demam selsema. kene angkut air naik tingkat 3. rase mau pensan
@Ct Aja
ade telaga kat umah opah. tapi air tak banyak.
@Shamsuddin Amin
darling, orang dah mandi la. wangi ni tau.
@Cik Ezy Comot
kan kan kan...
kalau kat kolej selalu takde air... sabo jelaa miss dill ;)
ada sungai tak? kalau ada apa tunggu lagi... kasi tiruk la...
uh mcm ne nak hidup kalau air tak de..:)
salamualaik..
sabar cik dill. dugaan tu ^^
mungkin ada kerosakan yg diluar kemampuan pihak sedia ada utk perbaiki. ni dah mandi lum nih.. hehe
salam dill..
sumanje singgah sini sat...
betul..betul..xd air rsa sempit je dunia.nk buat ape pun xleh...
ehem2...ade bau ler!!mandi x??heheh ^_^
@Miz Novexx
mmg sabar tahap dewa
@Nasriq
cuti skolah ni ramai orang kat sungai tu
@ABU
tak tau la abu. mmg susah
@amna
mandi dah :)
@~~su manje~~~
hai su! time kasih singgah ye :)
@Nonie
mandi okeh
mau kena hantar surat rasmi ni
ingat pula time duk asrama...selalu ada mslh bab2 air nie...:D
mmg susah..:D
mina kalau takde air pun gelabah...
sabar ye cik dill....
kene komplen lebih2 ni kat jabatan air. teruk tul tak wat keje.