Tuesday, June 28, 2011

berbanggalah dengan emak ayah kamu

Petang tadi tertonton satu segmen dalam satu program gosip di kaca televisyen.

"Mungkin dia malu ayah dia seorang pendayung sampan. Bila masa pakcik kata pakcik tak mahu mewalikan dia? Jika benar, bersumpah"

Sambil menjawab soalan wartawan, mata pakcik itu berkaca. Aku sebak. Sampai hati anaknya menghebahkan kepada media bahawa ayahnya tidak mahu mewalikan pernikahannya. Tidak aku kenal siapa artis yang diperkatakan itu apabila gambarnya dipaparkan di kaca televisyen.

Tanpa emak ayah siapalah kita? Tidak akan wujudnya kita dalam dunia ini. Jika tergamak kita sebagai anak menidakkan kewujudan emak ayah, anak jenis apakah kita ini? Aku berkata dalam konteks emak ayah yang ikhlas menjalankan tanggungjawab yang digalas demi Tuhan dan anak itu sendiri. Bukan untuk 'emak ayah' yang hanya tahu buat projek kemudian tinggalkan anak yang tidak berdosa itu di celahan semak samun, tong sampah dan sebagainya. 

Buka mata, buka minda dan buka hati kamu.

Cuba muhasabah diri sebentar. Bila kali terakhir kamu bersalam dan mencium tangan emak dan ayah kamu? Bila kali terakhir kamu mengucup pipi emak ayah kamu? Bila kali terakhir kamu menelefon bertanya khabar tentang emak ayah kamu? Semalam? Seminggu lepas? Tahun lepas? Sepuluh tahun lepas? Maaf buat kawan-kawan yang sudah tidak punya emak ayah. Kita sama-sama doakan untuk mereka.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

p/s: korang boleh tengok cerita Papadom karya Afdlin Shauki.

13 comments

June 28, 2011 at 9:45 PM

artis segera AF

June 28, 2011 at 9:56 PM

2 hari sekali call mak... huhu... anak mak...

June 28, 2011 at 10:37 PM

Smpai ati budak tu ek? Tak tergamak kot nk wat cmtu.. Malu dgn ayh sndri.. Patot berbangga dgn ayah sndri.. Bkn malu, hina dan sgainye.. Derhaka anak tu..

June 28, 2011 at 10:45 PM

akhir zaman,ibu melahirkan TUAN die

June 28, 2011 at 10:47 PM

mintak sgt dpt posting kat kelantan nnt..nak berbakti pada mak ayah lebih dekat..~

June 28, 2011 at 10:49 PM

saya sayang mak dan ayah saya... (^_^)V

Anonymous
June 29, 2011 at 1:18 AM

dahlah artis picisan jer

mcm mana aku tau? aku terbaca blog lain.

June 29, 2011 at 8:08 AM

semoga tak terjadi begini kat diri sndri. aminnn

June 29, 2011 at 10:38 AM

siapakah artis yg x berati perut tu? meh kite humban dlm sungai amazon jadi breakfast ikan piranha!

June 29, 2011 at 11:23 AM

hari hari manja manja dengan mak abah//coti la katakan



ibu bapa,
tak ternilai tau harganya
tanpa mereka siapa lah kita

hargai mereka
hormati mereka

June 29, 2011 at 1:40 PM

ini mesti kisah melodi kan?

June 29, 2011 at 1:51 PM

betul tu cik dill... bila dah ada status kerek..lupa diri buta hati.... heran juga ni... kenapa dan mengapa dia berbuat begitu... adakah dia buta hati

June 29, 2011 at 5:40 PM

sape artis 2 Dili... 2 la da glamor lupa diri, da ssh esk2 mak bapak gak yg dia cari nti....

Post a Comment