Thursday, June 2, 2011

KFC ni kitorang punya seh~

Lokasi: Kentaki, Sungei Wang
Mood: Suam-suam kuku

Aku tidak berapa gemar makanan segera kala ini. Mungkin kerna aku semakin tua kerepot. Ia turut sama mempengaruhi selera makanku. Namun pada suatu hari dalam bulan April yang lalu, kawan baikku kepingin nak makan ayam kentaki. Aku turuti sahaja kehendaknya. Kami memilih tempat duduk agak jauh dari manusia lain. Ingin sedikit privasi. Mudah berbicara. Selang semeja dari kami aku lihat ada sekumpulan anak muda berumur dalam lingkungan awal dua puluhan. Aku letakkan tray makanan kami dan menyelesakan diri. Sebelum makan, baca doa ya. =)

Aku dan kawanku bersembang bukan tentang hal negara. Cuma tentang kami berdua dan manusia yang wujud dalam  hidup kami. Bla...Bla..Bla..bersembang itu ini. Tiba tiba 

Hahahahahahahahahhahaha!!! Kaw nier lar! Mencik aku doh! Shilake la kowrunk nier!

Damn! Budak-budak muda itu melepaskan ketawa kaw-kaw punya. Aku rasa mereka ketawa sampai nak putus urat tekak. Seperti Kentaki itu rumah mereka. Tidak mempedulikan ketenangan yang didamba oleh orang lain. Aku terganggu. Kawan aku terganggu. Aku kerling famili di meja sebelah, sudah buat muka tidak selesa. Aduh! Mukaku terasa hangat. Jika hangat itu berwarna, aku pasti mukaku sudah penuh dengan tompok-tompok hitam, merah, biru, kuning, hijau dan jingga. Segannya aku dengan perlakuan mereka. 

Ketawa mereka pecah lagi. Kawan aku sudah buat muka. Takkan hendak mengubah tempat duduk sewaktu makan. Nanti dapat banyak suami pula. Haha! Kami ambil keputusan untuk menghabiskan makanan kami dan cuba memekakkan telinga dengan hilai tawa mereka. Mungkin mereka fikir tindakan mereka cool kerna puluhan mata memandang mereka. Mungkin mereka bangga. Walau bagaimanapun, mereka perlu sedar betapa pentingnya menghormati orang lain. Bukan kita dan puak-puak kita sahaja tinggal di bumi ni, ramai manusia lain. Bertoleransi dan hormat-menghormati amalan mulia.

Selalunya perkara ini terjadi kerna mereka inginkan perhatian orang ramai. Yah, kami cool. Tengok la kami!  Cool la sangat jika tindakan kamu mendapat sumpah seranah percuma dari manusia di sekeliling kamu. Kita hidup bermasyarakat. Kepekaan itu penting. 

No man is an island. - John Donne, English Poet.

32 comments

June 2, 2011 at 11:02 PM

cool... memang cool pun... mat cool mat cool kawan ku... mari dekat mari dekat mat cool...

June 2, 2011 at 11:08 PM

@Nasriq
nasriq....dush! dush!

June 2, 2011 at 11:11 PM

hai dapat banyak suami pun tak suka,lelaki suka banyak isteri...hehe

June 2, 2011 at 11:14 PM

@daddyzkool
haha! mane bleh perempuan banyak suami la. daddy ni...

Anonymous
June 2, 2011 at 11:27 PM

hempuk ja kepala diorang
cikgu kan garang

June 2, 2011 at 11:28 PM

@Aimi dan Pakcik Hashim
pastu guwa kene hempok beramai2 ngan diorang. mampos

June 3, 2011 at 5:42 AM

bolehlah dieorang kawan dengan mat kool. :)

June 3, 2011 at 9:04 AM

Ramai je mcm tu.. cKP kuat2 nk tarek phatian ramai.. Anggaplah mreke kurang ksh syg.. Hahaha~

June 3, 2011 at 9:31 AM

hAHAHA ...SYOK2

June 3, 2011 at 11:44 AM

hi3... len kali gelak sama, gelak lg kuat dr diorg...hi3

June 3, 2011 at 12:03 PM

@KAMIHIDUP
haha! hingar bingar ketaki tu dibuat mereka

June 3, 2011 at 12:04 PM

@Liyana Zahim
tak tau nak fikir positif mcm mane lagi dah kalau terpekik terlolong sana sini

June 3, 2011 at 12:04 PM

@nelly
uik. nelly suke eh?

June 3, 2011 at 12:05 PM

@Ct Aja
pastu saye kene hempok ngan orang lain. haha!

June 3, 2011 at 12:50 PM

kentaki.. hehe, lama tak dengar perkataan ni :)

June 3, 2011 at 12:57 PM

@amna
hehe. mengimbau nostalgia?

June 3, 2011 at 3:26 PM

dh lama x mkn KFC dgn kwn2.. hmm..

June 3, 2011 at 4:32 PM

salam
makan kepsi tak ajak gua

June 3, 2011 at 7:55 PM

sronok sgt gamaknye dorg mkn kfc smpai ketawa ikot sukati dorg..
huhu

June 3, 2011 at 10:27 PM

hello singgah malam di sini hehhe..
saya membaca entri anda hehe ^^
wah g kfc hhehe ^^
btw salam perkenalan ^^

June 3, 2011 at 10:58 PM

@NICK IRFAN
pasni nick makan besar ngan kawan2 kat kentaki ye :)

June 3, 2011 at 10:58 PM

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
meh no tpon. lenkali saye call :)

June 3, 2011 at 10:58 PM

@Cik Ezy
excited sangat dapat makan ayam ketaki la tu kan, ezy

June 3, 2011 at 10:59 PM

@alyajane
salam perkenalan! thanks yah!

June 3, 2011 at 11:28 PM

ekeke.

selalu sangat jumpe orang macam ni.

gelak kuat kuat.
entah ape yg syok sangat tah.

-.-'

June 3, 2011 at 11:33 PM

x kene gaya betul bebudak ni..jiwa memberontak agaknya~

June 3, 2011 at 11:53 PM

@cik azeya
kat umah die tak dapat gelak kuat2 kot. sbb tak de orang peduli. hihi

June 3, 2011 at 11:53 PM

@~SaL IjOu~
remaja.

konon.

June 4, 2011 at 9:58 AM

semak gak jenis2 bising camtu..

tapi kdg2 kalau aida ngan member ramai2 lepak pun ade terbuat meriah gelak cam tu gak..huhu..tak perasan..

=.=

June 9, 2011 at 12:24 PM

kalau mina la...kompem dah kena kaw2...kdg2 sakit hati gile kan...ayoo...

June 9, 2011 at 1:56 PM

@aida4eva
kadang2 kite tak sedar kite ni mcm mane kan :)

June 9, 2011 at 1:56 PM

@KUREKURE COMEL
nnt kene tumbok ngan diorang lak. diorang ramai

Post a Comment