Saturday, June 18, 2011

bahasa jiwa bangsa

Entri malam ini berkisar tentang bahasa. Aku bukan ingin memperlekehkan kamu, kamu, kamu dan kamu. Hanya menulis seikhlas hati. Maaf jika aku terguris perasaan sesiapa. Aku manusia biasa. Bisa melakukan onar jua. Sebelum ini aku pernah menulis tentang pengaruh Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kehidupanku.

Zaman semakin berubah. Manusia dikata semakin maju. Begitu juga dengan Bahasa Malaysia yang mengalami evolusinya tersendiri. Walau bagaimanapun sedikit sebanyak wujud bahasa baru atau lebih senang aku gelar bahasa slanga. Aku akui aku juga ada menggunakan bahasa singkatan dalam SMS. Namun seingat aku, kebanyakan perkataan yang aku gunakan masih boleh difahami oleh penerima SMS. Aku biasa mengurangkan penggunaan huruf vokal dan mengekalkan huruf konsonan. Alhamdulillah, kawan-kawanku masih faham. Mungkin mereka seangkatan denganku. Maksudnya, kami sezaman ^^. Kat bawah ni aku sertakan perkataan baru yang aku jumpa di sana sini.

kowrunk,/korunk - korang (kamu semua)
haty - hati
maty - mati
nnty - nanti
semad - smart
buad - buat
nier - ini
nan - dengan
an - kan
un - pun
seday - sedih
ittew - kita
aq - aku
tatao - tidak tahu
kamoo - kamu
too - itu

Bahasa slanga pun berevolusi ye. Sekarang ini manusia zaman kini lebih senang menggantikan huruf 'i' dengan 'y'. Aku pun tidak faham mengapa. Mungkin nampak lebih umph? Selain itu pengaruh media massa juga turut terbabit. Ada filem yang memperkenalkan perkataan 'doh' atau 'doe', 'bhai' atau 'bai' dan 'der'. Setahu aku 'doh' tu singkatan dari perkataan 'bodoh'. Tolong betulkan jika aku salah. Adikku pernah memberitahuku 'bhai' atau 'bai' itu adalah singkatan perkataan mencarut dalam Bahasa Cina. Tidak ingin aku tulis perkataan itu di sini kerna ia seperti mencemar penulisanku. Adikku lebih mengetahui kerna dia dahulu belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Dan setahu aku, 'doe' bermaksud rusa betina.


Jadi bayangkan kawan kamu menggunakan ayat seperti ini, "Doe, aku letih ar" [Rusa betina, aku letih la]. Pelik bukan? Tetapi aku rasa manusia moden tidak mempedulikan semua itu. Janji nampak cool, segala yang lain sudah tidak penting.

Pernah dahulu adik sepupuku menghantar SMS tetapi aku tidak faham sepatah haram pun. "Tolong susun semula ayat. Saya tak faham," aku membalas SMS nya. Dan dia terpaksa menaip semula agar aku faham. Haha!

Di mana perasaan sayang kamu terhadap bahasa?

10 comments

June 18, 2011 at 10:54 PM

Nice info.
jgn lupa ye jenguk blog kami.

June 18, 2011 at 11:05 PM

itu lew pasal. cayew pown x paharm dowunk tuwlis apew.

haha. just joking Dill!

sekarang kalau tulis mesej pun, rasa tak selesa kalau tak tulis perkataan penuh.

June 18, 2011 at 11:10 PM

btl gk tue. kdg2 aq pun x fhm septhharem pung bhs sms & bhs mudamudi nier...

June 18, 2011 at 11:22 PM

Betul tuh! My mother pon salu merungut setiap kali my sis hantar SMS. Semua perkataan ada w kat blkg.

June 18, 2011 at 11:36 PM

tukang karut apa yang kau tulis itu aku amat kurang sangat memahaminya adakah itu perkataan yang di kemas kini yang paling terkini....keh3!

June 18, 2011 at 11:59 PM

hahahhaa gua ade sorang anak buah autisme, cakap die pelat dan tak betul sangat walau dah darjah 3, ade skali tu die sound direct kat gua pasal gua guna bahasa tunggang langgang... insaf den hahaha

June 19, 2011 at 12:12 AM

bahasa yang smakin diubah... penin memahami... +_+

June 19, 2011 at 12:19 AM

itew shukew kamoo - salah satu cth bhs yg dirosakkan..x suker...huhu

June 19, 2011 at 12:29 AM

kita suka memasukkan cara pertuturan kita ke dalam penulisan kita..nampak kita kurang bijak membuat pengasingan.

June 19, 2011 at 12:31 AM

orang sekarang, masa kecik dulu nak nak cakap bm betul betul tapi bila dah besar nak cakap pelat balik.... adoiiii

Post a Comment